Friday, August 18, 2017

, , , , , , , ,

VIDEO - RAKAMAN CCTV KEJADIAN ROMPAKAN KEDAI EMAS DI KEMAMAN CENTRE POINT, TERENGGANU

Sedikit gambaran dari rakaman video cctv tentang rompakan kedai emas di kompleks kemaman centre point.



*Rakaman video dari cctv dalam cebtre point kemaman:





Polis Buru Tiga Suspek Bersembunyi

Polis Terengganu mengepung dan mengeledah selama hampir tiga jam kompleks beli belah Centre Point Kemaman di Chukai, Terengganu, ekoran kes rompakan sebuah kedai emas di dalam bangunan itu kira-kira jam 2 pagi tadi.


Tindakan dibuat selepas polis mengesyaki tiga suspek yang melakukan rompakan itu masih berada di dalam bangunan.



Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup CCTV, tidak dilihat kelibat suspek keluar dari bangunan berkenaan.

Justeru kompleks berkenaan ditutup, manakala peniaga, pekerja dan orang ramai dilarang memasuki permis.

Bagi membantu mengesan suspek, Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman turut mendapatkan bantuan dari Unit Anjing Pengesan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.

Unit berkenaan tiba pada jam 10.30 pagi, sebelum memulakan operasi mengesan suspek.



Selepas digeledah sehingga jam 1 petang tadi, polis mengesahkan semua suspek telah melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, tiga suspek berkenaan dipercayai warga Indonesia berdasarkan loghat percakapan, mereka disyaki masuk menerusi pintu di tepi kompleks berkenaan.

Suspek dipercayai menebuk dinding sebuah butik untuk memasuki kedai emas.

Sebelum itu penjenayah yang memakai topeng dan bersenjatakan parang turut mengikat dua anggota rela yang menyedari kehadiran mereka.


*sumber - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1808248855871208&id=100000583337135
Share:

0 comments:

Post a Comment