Wednesday, August 23, 2017

, , , , , , , ,

PROMOSI - REKAAN TUDUNG EKSKLUSIF SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017

Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 Keluarkan Tudung Eksklusif Berharga RM120


Rekaan tudung eksklusif Sukan SEA




SELEPAS 16 tahun, Malaysia sekali lagi terpilih menjadi tuan rumah pada temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 yang dijenamakan sebagai Kuala Lumpur 2017 (KL2017).


Temasya dwitahunan yang bakal diadakan pada 19 hingga 30 Ogos 2017 itu akan menyaksikan atlet negara berentap dalam 38 acara sukan bersama kontinjen dari negara-negara Asia Tenggara.

Keterujaan menanti berlangsungnya KL2017 yang bakal tiba pada Ogos nanti telah memberi peluang kepada jenama HerMajesty Scarves untuk menghasilkan ‘buah tangan’ istimewa sempena meraikan temasya sukan tersebut.


Sebagai jenama yang mengeluarkan produk berupa kain tudung dan selendang, HerMajesty Scarves berasa begitu teruja apabila diberi peluang untuk mengeluarkan hijab bertemakan temasya Sukan SEA dengan rekaan corak eksklusif khusus untuk meraikan KL2017.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif HerMajesty Scarves, Noridah Udin Niah Bahari, jenama itu telah diberi kepercayaan dan hak mutlak untuk mereka corak tudung bercirikan sambutan temasya KL2017.


“Kami telah dipelawa oleh pihak FMStore yang merupakan pengeluar produk barangan rasmi KL2017 untuk mengeluar dan menjual tudung edisi khas sempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9,” ujar Noridah yang juga merupakan pengasas HerMajesty Scarves.

ANTARA rekaan tudung eksklusif bertemakan KL2017 bersama bungkusan istimewa bersempena temasya Sukan SEA 2017.

Bercerita tentang penglibatan syarikatnya dalam KL2017, ibu kepada dua orang cahaya mata itu memberitahu, FMStore tidak mempunyai barangan berupa kain tudung tetapi telah menjalin kerjasama dengan pihaknya untuk menghasilkan rekaan tudung eksklusif untuk temasya sukan tersebut.

Menganggap pelawaan tersebut merupakan satu peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan, HerMajesty Scarves telah menghantar 11 rekaan tudung untuk ditapis pada April lalu dan tujuh daripadanya telah dipilih.


Bercerita lanjut tentang tema yang diketengahkan, Noridah memberitahu, rekaan tudung yang dihasilkan terbahagi kepada dua iaitu untuk kelompok korporat dengan rekaan lebih formal serta rekaan berkonsepkan kontemporari mengikut rekaan semasa yang menjadi permintaan di pasaran.

“Contohnya seperti corak peta Asia Tenggara yang merujuk kepada negara-negara peserta yang terlibat dalam KL2017,” jelas wa­nita berusia 36 tahun itu.

Selain itu, bagi mengangkat tema kesukanan, rekaan tudung yang dihasilkan turut mempunyai corak melambangkan acara-acara sukan seperti hoki, bola sepak dan olahraga serta corak logo rasmi KL2017 iaitu wau.

Turut tertera pada rekaan tudung tersebut ialah slogan rasmi KL2017, iaitu Rising Together (Bangkit Bersama) dengan pilihan warna-warna ceria yang sesuai dengan logo KL2017.

Menggunakan material daripada kain sutera satin, tudung yang dihasilkan itu dianggap istimewa kerana mempunyai nilai sentimental bersempena temasya KL2017 untuk menjadi kenang-kenangan.


DUA orang model menggayakan rekaan tudung bercorak peta Asia Tenggara dan pemandangan bandar raya Kuala Lumpur yang direka khas untuk KL2017.

Setakat ini, HerMajesty Scarves hanya mengeluarkan 1,000 helai tudung bagi kesemua rekaan untuk dijual kepada orang ramai.

“Namun, kita sangat mengalu-alukan mana-mana syarikat korporat yang berminat untuk menaja tudung ini kepada petugas-petugas KL2017 termasuk sekretariat dan sukarelawan pada temasya itu nanti,” jelasnya.

Untuk mendapatkan tudung KL2017, orang ramai boleh membelinya di semua lokasi acara yang dipertandingkan serta boleh mendapatkannya di KLCC Gift Shop, KLIA, stesen LRT terpilih dan KL Sentra.


Untuk sehelai tudung, ia dijual pada harga RM120, namun setiap pembelian melalui laman web HerMajesty dengan menggunakan kod promosi HerSEAGames, pembeli akan mendapat harga istimewa bernilai RM99 sehelai.

Menurut Noridah, sebahagian daripada hasil yang diperoleh akan disalurkan kepada Yayasan Myprihatin iaitu sebuah badan yang membantu pesakit kronik kanak-kanak dalam membiayai kos pesakit luar dan logistik kanak-kanak ter


*sumber - http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0709&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm

*BOLEH BELI SECARA ONLINE DARI WEB:
http://www.hermajestystore.com




Kalau selalunya apabila hari sukan disambut, antara barang cenderahati yang dijual adalah seperti tshirt, beg, alat tulis dan sebagainya tapi kali ini, bersempena Kuala Lumpur 2017 (KL 2017), tudung dijual secara eksklusif pada semua hijabista!

Menjelang 24 hari lagi temasya Sukan SEA edisi ke-19 KL2017 bakal membuka gelanggang, pelbagai usaha dilakukan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan bagi menarik setiap golongan memberikan sokongan. Salah satunya adalah, penjualan tudung bertemakan KL 2017 yang pada kami, coraknya sangat unik.
Salah satu rekaan tudung warna terang.


Hadir dalam tiga jenis rekaan tudung scarf dan empat jenis rekaan shawl, tudung dari material velvet satin ini menampilkan corak-corak ikonik Malaysia seperti corak wau, peta Malaysia, menara KLCC, logo KL 2017 serta maskot KL 2017, Rimau. Setiap satu tudung ini berharga RM120 dan anda boleh membelinya di sini. Ayuh tunjukkan sokongan anda pada pasukan Malaysia di KL 2017 nanti.



*sumber - https://www.google.com/amp/www.rojakdaily.com/RojakDailyAMP.ashx%3Farticleid%3D3041%26title%3Dsukan-sea-kuala-lumpur-2017-keluarkan-tudung-eksklusif-berharga-rm120
Share:

0 comments:

Post a Comment