Monday, August 28, 2017

, , , , ,

RM100 Juta bajet tambahan diluluskan oleh Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu

RM100 Juta bajet tambahan diluluskan oleh Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu semalam untuk perbelanjaan bekalan tambahan Bajet 2017 bagi mempergiatkan kelancaran pembangunan dan pentadbiran negeri ini.




Menurut Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, tambahan peruntukan itu diluluskan daripada Kumpulan Wang Pembangunan untuk perbelanjaan Rancangan Kemajuan Negeri bagi tahun ini.



Peruntukan tambahan ini bagi tujuan meneruskan pelbagai projek kebajikan yang memberi manfaat kepada rakyat dan pelbagai perancangan pembangunan negeri.

Beliau menjelaskan, kerajaan negeri memperuntukkan perbelanjaan tambahan itu merangkumi 10 projek termasuk pembangunan pelancongan Tasik Kenyir; Pembangunan Kawasan Bebas Cukai Tasik Kenyir; Laluan Berkembar Fasa II di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri; Rumah Mampu Milik (RMM) Seri Bandi, Kemaman dan juga pembinaan istana baharu di Bukit Chendering, Kuala Terengganu.



Selain itu, peruntukan juga diperlukan bagi Program Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Kampung dan Masyarakat; projek menaik taraf Kompleks Sukan Daerah-Daerah; pembangunan saliran Negeri Terengganu; sistem saliran Sungai Buaya dan Sungai Seluang, Marang dan pembangunan projek kecil seluruh DUN.

*Sumber~
https://www.youtube.com/watch?v=crkYn4PTFzA
https://terengganutimes.com/
Share:

0 comments:

Post a Comment