Wednesday, August 2, 2017

, , , , ,

INFO - Kerajaan beku pengambilan jawatan baharu sektor awam

Kerajaan beku pengambilan jawatan baharu sektor awam




Kerajaan membekukan semua pengambilan bagi jawatan baharu dalam perkhidmatan awam, namun dikecualikan bagi tujuan mengisi kekosongan yang disebabkan persaraan, perletakan jawatan, kematian dan penamatan perkhidmatan, lapor Utusan Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun berkata, keputusan itu sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk menggunakan sumber manusia secara optimum sejak April 2014 dengan mengawal jumlah perjawatan dan pengisian sektor awam.


“Berikutan itu, jumlah pelantikan ke sektor awam sejak 2015 hingga tahun ini berlaku penurunan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Bagi tempoh 2013 hingga Jun tahun ini, seramai 133,282 pemohon jawatan dalam sektor perkhidmatan awam telah diterima Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), iaitu 38,659 (2013), 37,707 (2014), 24,606 (2015), 25,046 (2016) dan 7,264 (sehingga Jun lalu),” katanya yang menjawab soalan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mengenai jumlah lantikan dalam sektor awam bagi jawatan sokongan dan pengurusan dari 2013 hingga kini ketika sesi soal jawab lisan dalam sidang Dewan Rakyat, Selasa lalu.

Entulu juga menjelaskan, jumlah pelantikan calon bagi jawatan kumpulan pelaksana adalah lebih tinggi berbanding kumpulan pengurusan dan profesional iaitu masing-masing 101,333 (pelaksana) dan 31,949 (pengurusan dan profesional) bagi tempoh tersebut.

Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan pembekuan jawatan baharu itu yang dilihat tidak memberi peluang kepada anak-anak muda.

Selain itu, netizen juga mendesak kerajaan menurunkan had umur pencen kepada 50 tahun agar peluang perkerjaan dalam sektor awam itu dalam diberikan kepada mereka yang berminat berkhidmat dalam sektor awam.

*BEBERAPA LUAHAN HATI NETIZEN:



**sumber diperolehi dari - https://terengganutimes.com/kerajaan-beku-pengambilan-jawatan-baharu-sektor-awam





Share:

0 comments:

Post a Comment