Monday, August 21, 2017

, , , , , , ,

INFO KERJAYA - 1,000 Peluang Kerja Di Industri Solar EPIC Berhad


1,000 Peluang Kerja Di Industri Solar EPIC Berhad

KEMAMAN – Satu lagi kejayaan kerajaan negeri Terengganu melalui anak syarikat GLC EPIC Berhad bakal mentransformasikan ekonomi yang sedang membangunkan projek loji janakuasa tenaga solar kapasiti 18.5 megawatt dengan kos RM80 juta dijangka beroperasi Mac 2018.




Menteri Besar Terengganu ,Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata , ia bakal memberi 1,000 peluang kerja kepada rakyat tempatan dari negeri ini.



Katanya, projek yang digerakkan oleh anak syarikat kerajaan negeri itu menjadi perintis dan pemancu industri solar di pantai timur yang beroperasi di kawasan perindustrian Teluk Kalong.

“Pembangunan sistem solar berskala utiliti diatas kawasan seluas 28.32 hektar dalam tiga fasa itu mampu menjana keuntungan yang dianggarkan sebanyak RM262 juta dalam masa 15 tahun hasil jualan kepada Tenaga Nasional Berhad ( TNB) kelak.

“Projek ini dijangka mengeluarkan tenaga tahunan kira-kira 33 juta kilowatt dan memberi pulangan keuntungan melalui beberapa fasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan projek loji itu di Awana Resort World Kijal di sini semalam.


Turut hadir sama, Yang dipertua Dewan Undangan negeri, Datuk Mohd Zubir Embong, Ahli lembaga Pengarah Kumpulan EPIC , Datuk Mohamed Awang Tera, Pengerusi EPIC Mushtari Engineering Sdn Bhd, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif EPIC, Noor Fadzil Mohamed Nor.


Selain dari itu, Ahmad Razif berkata, dengan adanya projek-projek ini ianya akan mengurangkan masalah 3P yang selalu saya war-warkan, pertama masalah perumahan, kedua masalah kos sara hidup dan yang ketiga masalah pekerjaan.


“Berdasarkan perjanjian , EPIC Bhd akan membekalkan tenaga solar kepada TNB selama 21 tahun.

“Dengan adanya projek ini rakyat negeri Terengganu akan dapat manfaat yang positif nanti,ujarnya.


Terdahulu, Ahmad Razif turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman antara EPIC Mushtari Engineering Sdn. Bhd dengan Stork Technical Services Holding B.V ( Syarikat antarabangsa dari Netherland) bagi mewujudkan perkongsian teknologi dan kepakaran dengan rakan niaga antarabangsa.


sumber– Terengganu Times




Share:

0 comments:

Post a Comment