Monday, August 21, 2017

, , , , , , , , ,

TEKNOLOGI - Android 8.0 Oreo Akan Hadir Ke Peranti HTC, Huawei, Samsung, Nokia, Dan Sony Menjelang Penghujung 2017

Android 8.0 Oreo Akan Hadir Ke Peranti HTC, Huawei, Samsung, Nokia, Dan Sony Menjelang Penghujung 2017





Google hari ini akhirnya telah mengumumkan versi terbaru sistem operasi Android yang digunakan pada lebih satu bilion peranti seluruh dunia, iaitu Android 8.0 Oreo. Bersama-sama pengumuman berkenaan, Google turut mengumumkan penawaran versi terbaru Android ini kepada pengguna melalui kerjasama pengeluar peranti.



Menurut Google, pengeluar oeranti seperti Huawei, HTC, Motorola, Nokia, Samsung, Sharp dan Sony dijadualkan untuk melancarkan peranti baru dengan Android 8.0 Oreo atau menawarkan kemaskini kepada peranti sedia ada mereka. Kebiasaannya, pengeluar peranti akan memberikan fokus utama kepada peranti utama mereka, sementara peranti dengan spesifikasi pertengahan dan lain-lain sering diabaikan begitu sahaja,



Sekiranya mengikut seperti yang dijadualkan oleh Google, maka kita mungkin akan melihat peratusan penggunaan Android 8.0 Oreo meningkat lebih pantas berbanding dengan pelbagai versi Android yang lain sebelum ini.

Buat masa ini, pengguna peranti Nexus 5X, Nexus 6P dan juga Pixel telah mula menerima kemaskini Android 8.0 Oreo secara berperingkat bermula hari ini.

SUMBER RUJUKAN: ANDROID


*sumber - https://amanz.my/2017145954/


Share:

0 comments:

Post a Comment