Monday, March 21, 2022

, , , ,

Tempahan penginapan bagi semua Rumah Peranginan Persekutuan dan Rumah Transit bagi tempoh 03 April 2022 hingga 30 Jun 2022 akan dibuka pada 25 Mac 2022 (12.00 tengah hari).

Notis Makluman 

Tempahan penginapan bagi semua Rumah Peranginan Persekutuan dan Rumah Transit bagi tempoh 03 April 2022 hingga 30 Jun 2022 akan dibuka pada 25 Mac 2022 (12.00 tengah hari).
#bphjpm


Info

Rumah Transit adalah merupakan rumah penginapan sementara untuk kegunaan pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri:

  1. penginapan pegawai dan kakitangan yang baru dilantik sementara urusan penempatan dilaksanakan oleh Kementerian/Jabatan;
  2. penginapan pegawai dan kakitangan yang baru dilantik atau ditukarkan sementara mendapat rumah sewa atau kuarters;
  3. penginapan pegawai dan kakitangan yang bertugas di luar kawasan;
  4. penginapan peserta-peserta program anjuran Kementerian/ Jabatan/Agensi Kerajaan;
  5. penginapan keluarga pegawai dan kakitangan yang berkunjung ke Putrajaya (bagi pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di Putrajaya); dan
  6. penginapan sementara bagi penghuni kuarters yang mengalami bencana (contoh: kebakaran) yang menyebabkan kuarters tidak dapat diduduki.

Kemudahan Rumah Transit ini diuruskan oleh Seksyen Pengurusan Rumah Peranginan di Bahagian Pengurusan Hartanah bermula pada 1 Julai 2009. Pada masa kini, terdapat sejumlah 37 unit Rumah Transit yang terdiri daripada dua (2) unit Rumah Teres jenis Semi-D yang terletak di Presint 11, Putrajaya,1 buah rumah teres di Labuan dan selebihnya merupakan Rumah Apartmen 3 bilik terletak di pelbagai lokasi.


Share:

0 comments:

Post a Comment