Thursday, March 24, 2022

, , , , ,

Pendaftaran untuk sekolah murid Tahun 1 sesi 2023/2024 boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022 sehingga 30 April 2022

[MAKLUMAN]: Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023 / 2024

Perhatian buat ibu ayah yang mempunyai anak berumur 5 dan 6 tahun. 

Pendaftaran untuk sekolah murid Tahun 1 sesi 2023/2024 boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022 sehingga 30 April 2022

Borang Pendaftaran Tahun 1 boleh diisi secara online oleh ibu bapa dan penjaga  melalui Portal SPS (Modul Pengurusan Murid Kementerian Pendidikan Malaysia) KPM.

Untuk mendaftar boleh layari lawan web 

*Sila buat pengesahan ke sekolah yang dipohon dalam tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan. Untuk makluman keputusan penempatan murid ke sekolah adalah bergantung kepada kekosongan sekolah dan bukan berdasarkan sekolah yang dipilih. 

Senarai semak dokumen...
- Surat Beranak / Sijil Anak Angkat
- Bil Utiliti Terkini (Bil TNB / Air ? Telefon)
- Kad Pengenalan Ibubapa / Penjaga
- Surat Nikah / Surat Cerai
- Surat Hak Penjagaan / Perintah Mahkamah (jika berkaitan)
- Laporan Doktor & Kad OKU jika berkaitan 
- Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan dan Imunisasi

*Kegagalan mendaftar secara online bakal merumitkan proses persekolahan anak nanti.

Terima Kasih.
Share:

0 comments:

Post a Comment