Monday, March 28, 2022

, , , , ,

KWSP UMUM PENGELUARAN KHAS UNTUK AHLI YANG MASIH TERKESAN OLEH PANDEMIK

Berikut adalah informasi ringkas berkenaan Pengeluaran Khas. Nantikan informasi terkini yang akan dikongsikan dari semasa ke semasa!

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 April 2022 dan berakhir pada 30 April 2022, manakala tempoh pembayaran akan dilaksanakan bermula 20 April 2022.

Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, dan perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

#kwsp #kwspinfo #kwspahli

sumber KWSP
Share:

0 comments:

Post a Comment