Sunday, January 5, 2020

, , , ,

Langkah-langkah Bagaimana Nak Mendapatkan Wang KWSP Henti Caruman setelah pilih SKIM PENCEN


Langkah-langkah Bagaimana Nak Mendapatkan Wang KWSP+ Henti Caruman, setelah pilih SKIM PENCEN…



  STEP 1-
      Jika Kerani anda rajin – Mereka akan siapkan dokumen Permohonan Surat Pengesahan Masuk  Skim Pencen sepantas kilat boboboy sebelum tarikh anda berkhidmat 3 tahun pun…
a.       Jika tidak rajin (normal, bukan malas ye), anda harus ingatkan mereka 1 atau 2 hari sebelum tarikh anda berkhidmat 3 tahun.



2.     STEP 2-
      Selepas step 1 , Dokumen itu akan dihantar ke SPP (bagi guru dan pensyarah Politeknik serta Kolej Komuniti)….Kalau selain itu mungkin SPA.



3.       STEP 3-
      SPP akan membalas dokumen itu dengan SURAT  Pengesahan Masuk Skim Pencen.
a.       Surat diterima kerani

b.      Salinan surat akan diberikan kepada anda.


4.       STEP 4-
      Kerani seterusnya akan memproses supaya pemotongan gaji untuk KWSP dihentikan, liaise dengan Bahagian Kewangan.
a.       InsyaAllah pada bulan berikutnya, Pemotongan Gaji untuk KWSP dihentikan (duit lebih dalam saku)



5.       STEP 5-
      Anda bawa salinan Pengesahan Masuk Skim Pencen, ke Pejabat KWSPbawa beserta,

a.       salinan buku bank atau penyata akaun,

b.      salinan ic,

c.       dan salinan surat tawaran/pengesahan ke jawatan,
 semua dokumen ini disahkan, di bahagian kewangan, atau pihak yang boleh sahkan.



6.       STEP 6-
      Selepas anda proses dokumen-dokumen  di no. 5 di Pejabat KWSP, insyaAllah duit anda kumpul di KWSP akan masuk ke akaun anda dalam  satu jangka waktu, mungkin 5 hari bekerja, 2 minggu ke…. (duit melebih2 dalam saku)


p/s:*maklumat detail boleh lihat di web
http://www.jpapencen.gov.my/pemberian_taraf_berpencen.html

sekian terima kasih.


Share:

0 comments:

Post a Comment