Sunday, December 15, 2019

, , , , , ,

TUTORIAL : Cara Cari Lokasi Tanah Berpandukan Geran Tanah.

TUTORIAL : Cara Cari Lokasi Tanah Berpandukan Geran Tanah.


Ada beberapa cara untuk menentukan lokasi tanah berdasarkan geran tanah yang diberi.

Cara yang paling tepat adalah dengan mengupah jurukur untuk menanda sempadan tanah tersebut.

Ada teknik mudah dan percuma yang boleh digunakan. Teknik ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, asalkan mempunyai 2 benda ini:

  1. Gambar plan tanah daripada geran, biasanya di muka surat 3.
  2. Akses internet.

Saya akan terangkan bagaimana langkah-langkahnya. (Pastikan anda baca nota penting di bawah sekali)

1. Buka website iplan.townplan.gov.my. Pilih ‘semasa’.



Paparan sebegini akan keluar. Tutup ‘dialog box’ lapisan guna tanah semasa dengan menekan pangkah.



Klik pada simbol kanta untuk membuat KANTA PEMBESAR (carian). Pilih ‘Lot’.



Masukkan maklumat no lot, mukim, daerah (jajahan) dan negeri. Lihat gambar rajah di bawah sebagai contoh. Saya masukkan maklumat lot tanah saya di Mukim Selising, Pasir Puteh, Kelantan.  Klik ‘search’.





Paparan seterusnya yang keluar merupakan tanah lot yang dicari. Yang berwarna oren adalah lot tanah tersebut.



Bagaimana cara untuk menentukan lokasi tanah tersebut?

Gerakkan tetikus ke arah petak oren. Perhatikan bahawa ada nombor koordinat di bahagian bawah. Diberi dalam bentuk X & Y.



X adalah longitud. 

Y adalah latitud. 

Salin nombor latitud dan longitud yang diberikan.

Buka https://www.google.com/maps. Masukkan koordinat bermula dengan Y dahulu, kemudian ‘koma’, kemudian koordinat X. Contohnya 5.88133,102.34407

Alhamdulillah…usaha berhasil!





Tekan peta yang diberikan, dan minta ‘direction’.

Gunakan apps google maps atau waze untuk membawa akan ke lokasi tanah tersebut.

Carian sebegini juga boleh dibuat untuk bangunan seperti rumah, kedai ataupun kilang. Asalkan anda mempunyai maklumat daripada geran tanah.

**Nota penting: Kaedah ini hanya terpakai untuk tanah yang sudah mempunyai nombor LOT.

Sekiranya tanah tersebut masih lagi Hakmilik Sementara dan hanya mempunyai no PT, anda tidak boleh menggunakan kaedah ini. Kerana no PT tidak didaftarkan dalam pengkalan data iplan.townplan.

Apa yang anda boleh lakukan ialah dengan melihat plan tanah pada muka surat 3 geran, cari no LOT tanah yang berdekatan. Kemudian buat langkah-langkah di atas, dan anggarkan sendiri di mana lokasi tanah anda.



Saya harap post kali ini memberi manfaat yang besar kepada pembaca. Kalau anda rasa belajar sesuatu daripada post ini, silakan komen di ruangan bawah.

Jika anda memerlukan khidmat ejen untuk menjual tanah anda di Kelantan, hubungi saya dengan segera.

Dibenarkan share dengan menyertakan sekali link artikel post ini. Terima kasih.

credit to : https://safwansalleh.com/2019/03/13/bagaimana-mencari-koordinat-lokasi-tanah-berdasarkan-geran-tanah/
Share:

0 comments:

Post a Comment