Tuesday, August 1, 2017

, , , , ,

TUTORIAL BERGAMBAR - NAK BELI MELALUI LAZADA TETAPI TIDAK ADA AKAUN - CARANYA SENANG MACAM NI

TUTORIAL BERGAMBAR - NAK BELI MELALUI LAZADA TETAPI TIDAK ADA AKAUN



CARANYA SENANG.., MACAM NI : TUTORIAL BERGAMBAR

1 - Buka website lazada https://www.lazada.com.my 


2- cari dan kenal pasti barang yang hendak dibeli..

3- klik pada "shipped from malaysia" seperti bulatan anak panah merah tunjuk tu. tujuan untuk pastikan seller dari Malaysia. dan barang itu dapat sampai dengan cepat dan tepat waktunya.

4- Biasanya saya akan pilih harga rendah kpd mahal. untuk pilih barang yg murah² seperti dalam bulatan anak panah merah tu..

5- Dah jumpa barang nak beli tu, sila baca detail.  saiz, berapa lama jangkamasa pos dan sampai, kos penghantaran, kuantiti dan sebagainya. Lepastu cuma perlu klik BELI SEKARANG / BUY NOW / ADD TO CART ..contoh sini seperti bulatan anak panah merah tu..

6- Setelah klik BELI SEKARANG ..,anda akan dibawa kesini.. sila tekan butang KELUAR

7- Anda akan dibawa ke halaman maklumat pembeli. Disini anda isikan semua maklumat anda. bagi yang dah ade emel, itu kelebihan bagi anda. dan boleh tekan TERUSKAN.
8- Bagi anda yang tidak miliki emel jangan bimbang. Ini cara buat pakai emel temperory (sementara) untuk membeli di LAZADA. anda perlu buka website emel temperory iaitu : https://tempail.com/  *Bila dah buka web emel temporay, anda akan diberikan alamat emel sementara. boleh copy emel tersebut. Paste pada borang belian lazada tadi.. *sila salin alamat emel ini sekiranya perlu.
9- Setelah tekan butang TERUSKAN.., anda akan dibawa ke halaman cara pembayaran. ada beberapa cara bayaran boleh dilakukan. disini saya ambil online banking. pilih sepertu dalam bulatan anak panah merah. *Contoh saya guna online banking melalui maybank. tekan butang BUAT PESANAN ANDA ..

10- Anda akan dibawa ke halaman mayban online. atau mane-mana pilihan bank untuk pembayaran. *cara bayaran banking online ini hanya untuk anda yang memiliki online banking sahaja.



11- Setelah selesai membuat pembayaran, anda akan di bawa ke halaman resit LAZADA yang menunjukan pesanan anda sudah berjaya. sekarang anda cuma perlu menunggu barang anda sampai.

***Anda boleh lihat kembali pada emel temporary anda, ada emel masuk daripada LAZADA


***Pengesahan pembelian anda daripada LAZADA

*SEKARANG SELESAI , ANDA CUMA PERLU TUNGGU 2 HINGGA 3 HARI WAKTU BEKERJA UNTUK BARANG ANDA BELI SAMPAI. SELAMAT BERSHOPPING DI LAZADA ;)


*KELEBIHAN CARA INI:
- TAK PERLU AKAUN TETAP, NAK BELI ISI JE FORM
- CEPAT DAN MUDAH

*KEKURANGAN CARA INI:
- SEKIRANYA BARANG TIDAK SAMPAI ATAU BARANG ROSAK ATAU TIDAK SEPERTI PESANAN, ANDA TIDAK BOLEH MINTA GANTI RUGI.


***RISIKO TANGGUNG SENDIRI***

*p/s - Saya biasa guna cara ni untuk beli barang yg harga bawah rm50. tak rugi pun.
Share:

0 comments:

Post a Comment