Tuesday, August 8, 2017

, , , , , , , , , ,

BERITA TERKINI - KAKI SEORANG REMAJA BERDARAH SEMASA SEDANG BERMAIN AIR TANPA SEBAB


TERKINI - KAKI SEORANG REMAJA BERDARAH SEMASA SEDANG BERMAIN AIR TANPA SEBAB DIKETAHUI PUNCA, SETELAH DISIASAT PUNCA SEBAB PENDARAHAN ITU SANGAT MENGEJUTKAN SEMUA PIHAK. -LIHAT VIDEO



Melbourne: Seorang remaja ‘berlubang’ kedua-dua kakinya selepas dimamah serangga ketika berendam dalam air laut selepas main bola sepak di tepi pantai di Brighton, baru-baru ini.

Sam Kanizay, 16, berkata, kerana kepanasan, dia merendamkan kakinya di dalam air laut selepas main bola sepak dan merasa sengatan di kakinya tetapi menyangka ia disebabkan baru lepas bersukan.

Bagaimanapun, ketika keluar dari air dia terkejut melihat kedua-dua kakinya berlumuran darah tetapi tidak melihat luka.



Doktor yang merawatnya di hospital juga tidak dapat memastikan apa yang berlaku.

“Pada mulanya saya menyangka terpijak batu, tetapi tidak logik kerana keseluruhan tapak kaki saya sehingga buku lali berdarah.



“Doktor akhirnya mendapati puluhan lubang kecil pada kaki saya menyebabkan mereka mengagak saya digigit kutu air,” katanya.

Susulan itu, ayahnya Jarrod membuat siasatan sendiri dan berjaya menangkap ratusan kutu air yang sukar dilihat dengan mata kasar.

Jarrod berkata: “Saya menangkap ratusan kutu yang diletakkan pada seketul daging yang hampir licin dimakan.”

Dia membawa daging dipenuhi serangga berkenaan ke hospital untuk ujian lanjut.

Sementara itu, pakar hidupan marin, Michael Brown berkata, kejadian itu kali pertama dilihatnya sepanjang kerjayanya.

“Saya mempunyai pengalaman 20 tahun dalam bidang ini, tetapi tidak pernah melihat sesiapa mengalaminya,” katanya.

***LIHAT VIDEO KUTU YANG TELAH BERJAYA DIRAKAM:


Sam dibenarkan pulang, semalam. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Ogos 2017 @ 9:29 AM


***sumber dari - https://www.hmetro.com.my/global/2017/08/251410/kaki-berlubang-dimamah-kutu-air


Share:

0 comments:

Post a Comment