Sunday, August 6, 2017

, , , , , , ,

HEBAHAN - PENGESAHAN PENEMPATAN MURID TAHUN 1 / 2018 SUDAH DIBUKA

PENGESAHAN PENEMPATAN TAHUN 1 , 2018 BOLEH DIBUAT PADA BULAN OGOS 2017


*Kepada semua ibubapa / penjaga yang mempunyai anak  yang akan bersekolah darjah 1 tahun 2018 boleh membuat pengesahan penempatan secara online bagi ibubapa penjaga yang mendaftar secara online atau datang ke sekolah-sekolah untuk membuat pengesahan anak masing-masing.


untuk pengesahan secara online ibubapa penjaga boleh layari laman web https://public.moe.gov.my


FAQ

1.   Mengapakah Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan?
    Memudahkan permohonan ke tahun 1 dan sekolah kawalan tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.

2.   Bagaimanakah Sistem Pendaftaran Atas Talian ini berfungsi?
    Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1 dan ke sekolah kawalan.

3.   Siapakah yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna?
    Ibu bapa dan penjaga.

4.   Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar sebagai pengguna baru?
    Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar
Rujukan: Manual Pengguna. 

5.   Selepas membuat pendaftaran, saya mendapati No. Mykad yang dimasukkan adalah salah, apakah yang harus saya lakukan?
    Sila daftar semula dengan menggunakan No. Mykad yang betul. 
Sekiranya telah memohon menggunakan ID Pengguna yang salah atau menggunakan MyKid murid, Pengguna boleh teruskan permohonan dengan menggunakan ID tersebut.

6.   Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?
    Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN.
Mohon semak Email (berdasarkan email yang telah dimasukkan semasa pendaftaran) 

7.   Bagaimanakah jika Email yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN?
    E-mel kepada pihak admin. (Dengan subjek email: Email tidak sah untuk fungsi katalaluan)

8.   Bagaimanakah jika hendak mengemaskini maklumat pengguna sistem selain dari ID Pengguna?
    Sila Daftar Masuk terlebih dahulu, kemudian klik butang menu UTILITI.




*untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi sekolah atau ppd  kawasan anda..
   



sumber daripada - http://www.public.moe.gov.my



Share:

0 comments:

Post a Comment