Thursday, February 3, 2022

, , ,

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO "TERENGGANU FOOTBALL LEAGUE"

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO "TERENGGANU FOOTBALL LEAGUE" 

Sukacita dimaklumkan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) ingin membuka peluang buat orang ramai untuk menjadi sebahagian dari penyumbang dengan menyertai pertandingan mencipta logo rasmi liga bola sepak negeri ini iaitu "TERENGGANU FOOTBALL LEAGUE" yang bakal bermula pada tahun ini dan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.00.

πŸ“„SPESIFIKASI REKAAN LOGO "TERENGGANU FOOTBALL LEAGUE"
1. Setiap reka bentuk, warna dan simbol yang digunakan hendaklah disertakan penjelasan yang rasional
2. Warna tema logo adalah HITAM, PUTIH dan KUNING

πŸ“„SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
1. Terbuka kepada warganegara Malaysia
2. Hanya SATU logo sahaja bagi setiap penyertaan
3. Ciptaan mestilah asli dan tidak mempunyai elemen sensitif
4. Artwork Logo perlu direka dengan menggunakan Adobe Illustrator
5. Hantar Logo penyertaan dalam fail : Adobe Illustrator dan PNG
6. Logo Penyertaan perlu melalui email : pbsntrg@gmail.com
7. Logo yang telah dipilih menjadi hak milik PBSNT dan tidak boleh dikembalikan
8. PBSNT berhak meminda logo selepas dipilih
9. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Februari 2022
10. Pemenang akan dipilih oleh pihak pengurusan PBSNT

#PBSNT
#PersatuanBolasepakNegeriTerengganu
Share:

0 comments:

Post a Comment