Friday, January 14, 2022

, , ,

SCAM TERKINI BUAT DUIT DENGAN ONLINE SHOPPING SHOPEE LAZADA - JANGAN MUDAH TERPENGARUH !!!

Ya saya kena scam. https://amazonlll.vip/index.php/product/247

Salam semua, harini baru sy dapat kekuatan utk menceritakan pengalaman sy kena scammed pd minggu lepas 6hb Jan 2022. Alhamdulillah sy dah buat report & berurusan dgn bank yg terlibat. Sy tahu sy takkan dpt semula duit sy, tapi sy anggap ini semua dugaan yg allah dan takdirkan dan sy taknak orang lain menerima nasib yg sama seperti sy.

Pd pertengahan bulan 12, sy telah diapproach oleh num whatsapp 01127328247 utk offer part time job di shopee. Tapi sy tak repy, sehingga lah pd 6/1 sy telah whatsapp semula num itu utk penerangan job offer yg diberikan. No itu dikenali sbg Jo. Jo telah menerangkan task yg diberikan, iaitu sy perlu like certain product di shopee dan screenshot bukti. Sy akan diberikan RM4 utk setiap task. Dan sy setuju utk melakukannya. Pd hari tersebut, sy telah memperoleh sebanyak RM28. Hahahaa mudah kan? Dia pancing, bagi gula gula dulu. 

Keesokan harinya, sy mendapat satu num whatsapp baru iaitu 01162164650 dan dikenali sbg Aileen. Aileen inform bahawa payment RM28 sy dah masuk ke dlm acc maybank. Sy check & ya, ianya ada. Aileen juga memberikan satu link group whatsapp utk sy join. Sy join, dan mereka memberikan task yg sama iaitu like product di shopee & hantar screenshot utk dapatkan RM4 sebagai upah. 

Kemudian, mereka bagi task lain iaitu task utama. Task ni, mereka bagi senarai price yg boleh kita pilih, kita bank in dahulu kpd mereka, dan kita melakukan repurchase utk dapatkan extra komisen. Sy diberikan link oleh Aileen utk mendaftar. Link tersebut ialah amazonIII.vip. And yes, sy daftar & sy membuat purchase yg pertama. Sy pilih harga yg paling rendah iaitu RM100. Sy bank in kpd no acc yg diberikan, dan Aileen bg instruction utk repurchase. Setelah selesai, sy diberikan RM120. Easy kan? Then sy terus kpd repurchase bernilai RM500 dan sy diberikan RM620. 

Kemuncaknya, sy try utk repurchase bernilai RM5,580 kpd Aileen. Sy diberitahu utk membeli 2 pcs item, tetapi di situ dia mula trick sy. Product tu dah ditulis 2pcs, tetapi di amount bawah hanya 1pcs, dan sy dah pun proceed kpd repurchase. Sy inform Aileen, dia bukan main sedih sbb dia tanya kenapa sy silap? Dia yg akan kena marah dgn atasan nanti. Ceh sy pun bodoh say sorry bagai kt dia. Then Aileen inform dia akan tanya pihak atasan ttg issue sy ni. 

Aileen kemudian inform, dia boleh tolong utk sy withdraw duit yg ada dlm link amazonIII.vip tu, tapi dgn syarat sy perlu membuat beberapa repurchase lagi utk merchant approve. YES lagi sekali sy jd bodoh buat repurchase RM8,800 dan RM9,420 utk dapatkan komisen dan duit sy semula. Tapi, lepas sy repurchase, sekali lagi dia push utk repurchase sbb merchant tak boleh nak approve request withdraw sy. Kalini, baru sy sedar. Sy dah kena tipu! Duit dlm account sy totally habis! Allahuakbar bodohnya sy. 

Sy terus tak reply whatsapp Aileen tp dia terus push sy, utk payment lagi. Kononnya ini last transaction sblm sy boleh withdraw duit sy. Sy tak reply. Sy terus sujud, menangis mengadu kpd Allah. Dlm sehari, sy hilang kesemua saving sy. Allahuakbar! Malam tu juga sy buat report polis, esoknya sy ke bank utk buat acc baru & block transaction semua scammer tu. 

Total kerugian sy adalah RM24,+++.00. 

Sy ambil masa juga beberapa hari utk menerima semuanya & redha di atas apa yg berlaku. Semoga Allah memberikan balasan yg setimpal kpd mereka yg berkenaan. Ya silap sy, sy tamak mengejar dunia. Semoga Allah menggantikan yg lebih baik utk sy menebus semuanya. Dan semoga anda semua tidak mengalami nasib yg sama seperti sy. 

Sekian

Penulis asal: Puteri Nur Ikhwan
--
Ingat ye. Tiada duit mudah dari Shopee. Yang ada hanya voucher je 

Sape nak voucher latest Shopee join: Lazada Shopee Malaysia Voucher [FREE]
Share:

0 comments:

Post a Comment