Sunday, January 16, 2022

, ,

PAS BERMUSIM TERENGGANU FOOTBALL CLUB 2022

💳 PAS BERMUSIM TERENGGANU FOOTBALL CLUB 2022 💳

Bagi musim Liga Malaysia 2022, Terengganu Football Club akan mengeluarkan 3 jenis pas bermusim iaitu BLACK PASS, WHITE PASS dan GOLD PASS. Sukacita dimaklumkan penjualan Pas Bermusim 2022 bermula pada 16 Januari sehingga 31 Januari 2022. Permohonan yang dibuat oleh pemilik Kad Keahlian Terengganu FC 2022 akan mendapat potongan harga sebanyak 10%.

1.PAKEJ PAS BERMUSIM BLACK (RM350.00)

2. PAKEJ PAS BERMUSIM WHITE (RM450.00)

3. PAKEJ PAS BERMUSIM GOLD (RM600.00)

KELEBIHAN TAMBAHAN PEMILIKAN PAS BERMUSIM

-Dapat menyaksikan lebih kira-kira 30 perlawanan Liga Malaysia selama satu musim
-Memperoleh  barangan rasmi Terengganu Football Club mengikut pakej yang ditawarkan.
-Pemegang pas berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah yang akan diadakan pada setiap perlawanan di tempat sendiri melibatkan pasukan Terengganu FC.
-Pemegang pas akan mempunyai PINTU LALUAN KHAS untuk memasuki stadium perlawanan.

PAS BOLEH DIGUNAKAN BAGI PERLAWANAN BERIKUT

Terengganu FC : Liga Super | Piala FA | Piala Malaysia : Minimum 15 perlawanan + perlawanan Suku Akhir & Separuh Akhir

Terengganu FC II : Liga Premier | Piala Cabaran : Minimum 12 perlawanan + perlawanan Suku Akhir + Separuh Akhir + Perlawanan Akhir (Jika bermain di laman sendiri)

Terengganu FC III & Terengganu FC IV : Perlawanan Suku Akhir + Separuh Akhir + Perlawanan Akhir (Jika bermain di laman sendiri)

PENDAFTARAN OLEH DIBUAT

Langkah MudahPendaftaran Pas Bermusim 2020 secara atas talian:
1- Klik link https://www.tfcdirect.asia/product/season-pass-2022/
2- Pilih kategori Pas Bermusim 2022
3- Isi Name, No IC, No Telefon, Email
4- Snap Gambar IC/Passport
5- ‘Add to cart’ dan pembayaran boleh dibuat secara perbankan atas talian

Pemohon juga boleh mendapatkan borang pas bermusim ini di Pejabat Pengurusan Terengganu FC Sdn. Bhd. yang beralamat di : TFC DIRECT Pintu Utama Tingkat Bawah, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, 21300 Jalan Lapangan Terbang, Kuala Nerus, Terengganu.
Lampirkan 2 salinan Kad Pengenalan anda pada borang
Hantar borang pas bermusim (Beserta salinanan Kad Pengenalan ) dan duit pendaftaran ke Pejabat Pengurusan Terengganu FC Sdn. Bhd. sehingga tarikh tutup pendaftaran ( 31 Januari 2022).

#TerengganuFootballClub
#WeBleedBlackAndWhite

sumber - FB TERENGGANU FC
Share:

0 comments:

Post a Comment