Wednesday, October 30, 2019

, , , , , , , ,

TUTORIAL CARA BUAT BORANG GOOGLE FORM & QR CODE DENGAN MUDAH

TUTORIAL CARA BUAT BORANG GOOGLE FORM & QR CODE


*APA ITU GOOGLE FORM ?
- Google Forms membantu kita buat borang pendaftaran acara, membuat polling quick count pendapat dengan cepat dan mudah.

*APA ITU QR CODE / KOD QR ?
- QR (Quick Response code)
- merupakan generasi kedua kod bar dimana Kod QR berkebolehan menyimpan lebih banyak data dan maklumat berbanding kod bar biasa menerusi garisan mendatar dan menegaknya.
- Kod ini paling banyak digunakan untuk tujuan pengiklanan, di mana pengimbasannya yang segera boleh membawa pengguna kepada laman sesebuah jenama dalam masa siaran iklan yang singkat tanpa perlunya memaparkan URL yang biasa untuk tujuan yang sama.
- Kod QR yang menyimpan alamat dan URL juga boleh tertera pada bahan cetak seperti majalah dan kad, papan tanda atau kenderaan yang boleh dikesan dan diimbas pengguna menggunakan aplikasi yang bersesuaian dalam telefon bimbit berkamera mereka yang disambung pada suatu rangkaian mudah alih.Ia boleh digunakan untuk menyimpan maklumat akaun bank atau kad kredit; mahupun sebagai komponen utama dalam aplikasi pembayaran dalam talian (antara contoh yang terbaik ialah WeChat Pay dan PayTM.)
- Ada juga permainan video tertentu turut menerapkan teknologi ini sebagai sebahagian daripada unsur mekanisme bermain atau cerita dalam permainan tersebut.


*CONTOH CARA BUAT QR CODE UNTUK MENGISI BORANG JAWAPAN KEHADIRAN KE MAJLIS 

PERSARAAN GURU SEKOLAH

>BAHAGIAN 1 - Sediakan borang ( Google Forms) untuk diisi

Step 1 : anda wajib memiliki akaun google. pegi ke google drive ( https://drive.google.com/ ) dan log masuk


Step 2 : klik butang NEW > MORE > GOOGLE FORMS > BLANK FORM


Step 3 : Anda akan di bawa ke Google Forms. Rename "Untitled Form' dengan tajuk program. Taipkan 'Form Description' dengan maklumat masa/tempat/tarikh.


Step 4 : Klik pada 'Untitled Question' untuk membina borang mengikut maklumat yg dikehendaki. Klik butang [+] utk menambah soalan. Buat pilihan bentuk jawapan yg akan diterima (short answer @ paragraph/jawapan panjang),checkboxes utk pilihan dan lain2)

*Butang 'require' adalah arahan mewajibkan pengguna mengiisi soalan itu, selagi ia tidak diisi borang tidak dapat dihantar.



Step 5 : Klik butang SEND. klik LINK pada send via dan copy link tersebut.



>BAHAGIAN 2 - Menyediakan QR Code

Step 1 : Anda boleh ke mana2 laman web yg menyediakan perkhidmatan membina QR CODE. Anda boleh cari di google dengan taip 'QR CODE GENERATOR'

Contoh:
https://www.the-qrcode-generator.com/   <--kod QR blank/biasa
https://www.qrcode-monkey.com/  <--kod QR dengan logo

Step 2 : Copy dan paste link borang anda tadi di web QR CODE GENERATOR dan generate kod anda. kod anda siap utk digunakan. anda boleh download dan simpan kod tersebut dalam bentuk image.SIAP !!!


<BAHAGIAN 3 - Mengurus Data

Step 1 : Berbalik pd borang/form yg dibina, klik pada RESPONSES utk melihat respon/data yg terkumpul. Pada menu RESPONSES akan ada jumlah bilangan data yg telah direkodkan/diterima.


Step 2 : Anda boleh melihat rekod data dengan lihat summary responses secara direct atau dengan sheet.

Step 3 (Pilihan Anda Sendiri) : Daripada data yg diterima, dari sheet boleh buat bentu carta bar @ pie atau pelbagai bentuk gambaran analisis. *Yang ni kena explore sendiri la..


CONTOH QR CODE YANG TELAH SIAP, ANDA BOLEH CUBA SCAN :
*Borang 

Info Terengganu Darul Iman


Sekian perkongsian dari saya, selama mencuba ;P



*RUJUKAN : https://www.raihanjalaludin.com/2019/06/tutorial-google-forms-qr-

code-untuk.html
Share:

0 comments:

Post a Comment