Thursday, October 24, 2019

, , , , ,

Top IT Buang 51 Pegawai EIO, TSO

Syarikat milik kerajaan negeri, Top IT Industries Sdn Bhd akan menamatkan kontrak 51 Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) dan Juruteknik Komputer (TSO) berkuatkuasa 31 Disember ini.

EIO dan TSO berkenaan kini bertugas di Pusat Pintar dan jabatan-jabatan kerajaan negeri di seluruh Terengganu.

Tidak bersetuju dengan keputusan itu, kumpulan berkenaan telah mengemukakan memorandum kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, YB Ariffin Deraman dan Pengerusi Top IT Industries Sdn Bhd, Zakaria Dagang, hari ini.

"Kami ingin mempertahankan jawatan kami kerana sebilangan besar telah berkhidmat antara 10 hingga 15 tahun," katanya.

sumber dari : https://www.terengganu.today/2019/10/top-it-buang-51-pegawai-eio-tso.html?m=1
Share:

0 comments:

Post a Comment