Monday, September 23, 2019

, ,

Permohonan Guru Interim

[Good Sharing!]
Permohonan Guru Interim is back!

Utk korang yg ada degree yg diiktiraf oleh MQA.
Esok dah boleh mula isi form ye. 23 Sept 2019.

https://pismp.moe.gov.my/myUMUM

Ramai yang tertanya2, What is GURU INTERIM?
Meh nk bg penerangan serba sedikit ttg INTERIM.
(Kalau salah mohon perbetulkan ye)
(Bare in mind that, the stages and all the processes sedikit berlainan each batch tau)

Okay guys, guru interim ni level atas sikit dari guru ganti dan ber gred (Gred DC41). Gaji masih berjalan waktu cuti sekolah. Semua tugas guru biasa, korang kena buat. No excuse!
Kami diberi masa 3 tahun untuk berkhidmat dan dalam masa 3 tahun tu, for those yang takde diploma/degree in education, kami akan menduduki Kursus Dalam Cuti (KDC). As for now, kami takde perkhabaran ttg itu lg. Diserap atau tidak, itu bergantung pd KPM.

What are the stages?

- Sila isi online form ye tuan2, puan2 dan cik2. Soalan2 yg selalu ditanya: Kalau masa degree dlu study business, boleh ke apply utk mengajar subjek Sejarah/BM/RBT? Jawapannya: Tidak pasti. Krn sudah tertulis dalam syarat2 iaitu “Ijazah yang berkaitan” dgn subjek yg akan diajar. Dalam online form nnti sudah diberi senarai degree yg berkaitan shj. Apply je dulu. Kalau ada rezeki, kalian akan ke stage seterusnya. Oh ya, isi alamat dimana anda rasa nak posting nanti. Tapi tak janji ye akan dapat posting kat mane. Depends pd kawasan kritikal guru matapelajaran tersebut. Jgn perasan nak posting kt Kelantan guys, ramai lagi guru beratur nk masuk Kelantan/Terengganu. 🙂 My friends yg isi alamat Kelate, mostly dihantar ke Melaka, Perak dan Johor. As for me, I isi alamat rumah lama which is at Ukay Perdana, Selangor and dapat mengajar di Selangor jugak but somewhere in Hulu Selangor. Still lagi Selangor hokay! and I’m more than happy to be here. Calm and peace. Doakan I terus mengajar kat sini ye after “3 interim years”. *Depends pada kekosongan jugak ye*

- INTERVIEW dan UKCG (Ujian Psikometrik)

Permohonan anda berjaya jika anda dipanggil utk ke stage seterusnya melalui sms dan online. Print segala borang yg ada di link permohonan berjaya tu. *jgn byk ckp* Anda diberi Borang Pernyataan Hasrat. Sempat la nak study/reflect diri dlu sebelum iv.
Kenapa kau nk jadi guru?
*Jwpn cliche: Teaching is my passion.* lol

This time around, be ready!

Ladies:
Baju Kurung (Preferable plain/not so colourful),
NAMETAG cikgu tu, jgn kedeks sgt! RM15 jehhhh yg magnet. Kasut hitam/gelap bertumit tinggi, jgn tinggi sgt tumit tu, kau bukan nk gi IV jd stewardess!
Make up ala2 kadar ye sis (Tak payah make up pengantin bagai)

Gentleman:
Shirt with necktie
Seluar slack gelap
Nametag
Kasut hitam

Oh ya, jgn lupa bawa keyakinan diri ye and dont be too confident. lol

Interview diadakan di IPG berdekatan dgn alamat kita dan ade juga berjauhan. Depends* lol

Di hari kejadian, sila datang awal. Jgn menyusahkan penemuduga dan calon lain utk tunggu korang. Then, semua calon iv dikumpulkan di dalam dewan. Kami diberi taklimat ttg interim. Kami diberi masa 35 minit utk membuat karangan Pernyataan Hasrat. *Dah study kan knp nk jadi cikgu?*

Masa utk INTERVIEW…

Kami diberi kumpulan (5 atau 6 orang). Kesemua calon masuk ke bilik interview. Suasana di dalam bilik interview, berdebar baq ang! Masa jalan rasa macam tak pijak lantai. Mungkin time tu sis guna skill burung.

Penemuduga membaca setiap jwpn Pernyataan Hasrat korang dan mereka ajukan soalan berdasarkan jwpn korang. Not to forget, 21st Century Learning Skills. (Sila google sendiri). Kpd sesape yg dah ada pengalaman mengajar matapelajaran tersebut, sila selitkan usia pengalaman korang dalam bidang itu. Mungkin juga penemuduga akan bertanyakan soalan ttg matapelajran yg korang mohon.

Kemudian, kami diberi SATU SITUASI utk dibincangkan. Sila bertolak ansur, jgn tamak sgt nk bg points smpai abaikan orang lain dalam group korang. Bagi point dan contoh. Korang boleh guna whiteboard yg disediakan. After the discussion, come up with a conclusion. Done with the interview.

UKCG plak guys. Anda diberi masa 45 mins kalau tak silap, utk jwb 120 questions berkaitan diri anda. (Google sendiri)

Utk matapelajaran PJK, korang haruslah ada Ujian Kecergasan. Tekan tubi bagai. (Diluar bidang kuasa sis lah kalau yg ni)




OK DONE FOR IV and UKCG. Eh, not done yet! MINTAK MAK AYAH KORANG SOLAT HAJAT BYK2, DOA BYK2 utk korang dilantik sbgai seorang guru.

“Doa seorang ibu tiada hijab, guys!”

Semua ni bermula dgn umi dan baba sy yg tak pernah jemu mendoakan kejayaan sy. Terima kasih.

Stay alert dgn segala info yg akan di update di laman web guru interim. (Korg taip je interim 2019 kt google, confirm keluar info) *Ni pun my mom yg sentiasa update dgn setiap info* ðŸĪŠ
Nmpak x semangat betul dia nak sis jd cikgu 😊

Hopefully terjawab semua soalan kalian. Okay now sis nk sambung tulis RPH. lol

Teacher Wawa
22.09.2019
Genaplah 5 bulan sis bergelar Guru Interim di SKBB2

Kredit: @wawa jaafar
Share:

1 comment:

  1. Bole, pm no telefon, sebab nak tnya mengenai guru interim, sebab saya berjaya ditawarkan guru interim..

    ReplyDelete