Tuesday, September 24, 2019

, , , , , , ,

BAGAIMANA CARA UNTUK MEMOHON JAWATAN SPP ( SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN )

BAGAIMANA CARA UNTUK MEMOHON JAWATAN SPP ( SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN )


*Saya kongsi maklumat ringkas untuk memohon jawatan kosong di SPP

1. Anda wajib ada akaun JobsMalaysia ( https://www.jobsmalaysia.gov.my )
*kalau anda belum ada akaun JobsMalaysia, sila daftar akaun sekarang
TUTORIAL  DAFTAR JOBSMALAYSIA : https://www.jobsmalaysia.gov.my/jobsmy/home/homeTutorial

2. Sekiranya anda telah daftar/mempunyai akaun Jobsmalaysia, apa yg perlu dilakukan ialah anda log masuk ke jobsmalaysia.

3. Kemaskini maklumat calon bagi memohon jawatan SPP
TUTORIAL KEMASKINI JAWATAN SPP: https://www.spp.gov.my/images/MuatTurun/Panduan/Panduan-Menghadiri-Temu-Duga/panduan-pengemaskinian-permohonan-oleh-pencari-kerja-jobsmalaysia.pdf

4. Setelah mengisi semua maklumat dan memohon jawatan ,sila klik butang simpan
apabila butang simpan di klik akan keluar :

i - Pengesahan
 sila klik butang setuju...
akan keluar perakuan penerimaan permohonan :
ii - akuan penerimaan permohonan

lepastu klik butang OK

***SELESAI PERMOHONAN***

5. Selepas selesai membuat permohonan, anda perlu menunggu 2-3 hari bekerja untuk jobsmalaysia & SPP memproses pemohonan anda.. selepas itu anda boleh menyemak status permohonan anda di web spp atau pada url ni --> https://semakan.spp.gov.my/SemakanPermohonan/semak.php

semakan status permohonan di SPP
Catatan: Permohonan yang telah dikemaskini hanya akan dihantar ke SPP sekiranya akuan penerimaan permohonan berjaya dipaparkan. Pencari pekerja boleh melaksanakan semakan permohonan jawatan dalam tempoh 3 hari berkerja di Portal SPP melalui URL https://www.spp.gov.my.

6. Cuma perlu masukan nombor  IC anda dan tekan butang hantar... sekiranya keluar seperti gambar dibawah, permohonan andai telah diterima dan akan diproses untuk proses seterusnya...

*NOTE :- sekiranya TIADA rekod maklumat anda dalam semakan status permohonan SPP, ada masalah @ kesilapan semasa mengisi/mengemaskini permohanan. perlu buat semula !!!

*NOTE +1 : biasanya masalah pada kelulusan akademik PMR,SPM ...


*Ringkasan mohon SPP :
logmasuk JOBSMALAYSIA > pilih kemaskini jawatan dimohon > pilih jawatan pada pilihan SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN SPP > simpan > setuju > ok

7. SELESAI BUAT PERMOHONAN !!! sekarang cuma tunggu tarikh semakan panggilan temuduga.
permohonan hanya laku setahun, sekiranya tidak berjaya dipanggil temuduga selepas setahun anda perlu kemaskini semula permohonan...

SELAMAT BERJAYA !!!


*p/s: admin umur 34thn baru berjaya...jadi jangan putus asa! teruskan berusaha!

**p/s: SPP paling mudah nak dpt kerja kerajaan sebab buat masa ni spp tidak ada ujian fizikal, ujian bertulis, ujian online.. cuma apply > interview>kerja
Share:

1 comment:

  1. asalammm haii...masih sama ke untuk tempoh sah laku permohonan dalam setahun untuk tahun 2020?

    ReplyDelete