Saturday, September 23, 2017

, , , , , , , , , ,

INFO - TERENGGANU FA PASUKAN BOLASEPAK PERTAMA MEMPUNYAI PASUKAN eSports


Terengganu FA akan menjadi pasukan bola sepak pertama di rantau ini yang mempunyai pasukan eSports yang akan bertanding dalam kejohanan profesional.




Pasukan ini terdiri dari 3 orang pemain yang akan dipilih daripada kejohanan FIFA Open di Chicken Cottage Malaysia, Kuala Terengganu pada 30 September ini.

Untuk permulaan, pasukan eSports Terengganu telah mengesahkan penyertaan mereka dalam kejohanan Red Bull Coliseum - Season 2 dan akan bertanding dalam kategori FIFA Online 3 - pusingan kelayakan Asia Tenggara bulan Oktober ini.

Fenomena pasukan eSports oleh pasukan bola sepak profesional sebenarnya tidak asing lagi terutamanya di Eropah malah negara Asia. VfL Wolfsburg mempunyai team FIFA mereka sendiri, PSG - Paris Saint-Germain dan Beşiktaş mempunyai pasukan League of Legends mereka, sementara F.C. Copenhagen mempunyai pasukan Counter Strike:GO. Pasukan mereka bertanding dalam kejohanan profesional dan menentang pasukan-pasukan elit seperti Fnatic, G2 Esports dan SK Gaming.

*info lanjut:


Pegawai Pemasaran Terengganu FA, En. Syafiq Hardy berkata, “Kami berharap dengan penglibatan Terengganu FA dalam eSports dapat memberi lebih peluang kepada penaja-penaja dan rakan strategik kami mencapai golongan sasaran muda menerusi pengiklanan atas talian seperti eSports ini, dan tidak hanya terhad di kit jersi dan di stadium sahaja.”

Maklumat lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat.

#SemangatKebanggaanKeberanian
#BangkitTerengganu ⚫️⚪️

*sumber ~ https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1920763148144345&id=1637394239814572
Share:

0 comments:

Post a Comment