Sunday, July 30, 2017

, , , , ,

PERMOHONAN TANAH BAGI RAKYAT NEGERI TERENGGANU SECARA ONLINE

Permohonan Tanah dibuka Secara Online, Mulai 2 Ogos Ini



Bermula pasa 2hb Ogos 2017, Kepada semua anak jati negeri Terengganu boleh membuat permohonan tanah secara online..

URL Web:  http://tanahrtb.terengganu.gov.my

Tarikh tutup: 31hb Ogos 2017

Syarat²:
1. Berumur 21thn -40thn shja
2. Berkahwin ( single, janda, duda xlayak memohon )
3. Xpunyai tanah walaupun sebidang
4. Rakyat Terengganu shj ( permohon )
5. Gaji rm3500 ke bawah

*Sila share


Sumber daripada :- https://terengganutimes.com/permohonanatanah-dibuka-secara-online-mulai-2-ogos-ini

Kuala Terengganu – Kerajaan Negeri menerusi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu (PTG) telah membuka pendaftaran online bermula 2 ogos ini kepada rakyat Terengganu yang berusia 21 hingga 40 tahun untuk memohon tanah di negeri ini.
Sebelum ini Menteri Besar Terengganu  Dato’ Seri Ahmad Razif Abd  Rahman telah mengumumkan tawaran sebanyak 5,900 lot tanah kosong untuk diagihkan kepada rakyat Terengganu yang memenuhi syarat yang ditetapkan.
Rakyat yang berkelayakkan memohon  dan memenuhi 10 syarat yang telah ditetapkan akan diproses untuk tindakan seterusnya.
Antara syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti mana berikut
 SKIM KHAS TRB (TAPAH RUMAH)
Bahawasanya Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju untuk menawarkan Skim Khas dalam Rancangan Tanah Berkelompok (Kategori Tapak Rumah) tahun 2017 kepada rakyat Negeri Terengganu.
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
  1. Rakyat Negeri Terengganu
  2. Berumur 21 tahun hingga 40 tahun
  3. Berkahwin
  4. Pendapatan isi rumah RM3,500 ke bawah
  5. Berdaftar sebagai pemilih di Negeri Terengganu dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
  6. Pemohon/pasangan belum memiliki tanah
  7. Pemohon/pasangan belum memiliki rumah mampu milik/rumah mesra rakyat/rumah kos rendah
  8. Pemohon/pasangan hanya layak memohon satu Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) sahaja
  9. Pemohon/pasangan belum menerima tanah pemberian kerajaan
  10. Permohonan daripada e-kasih layak menerima premium nominal
Disini juga Terengganu Times memberi LINK Laman WEB Khas PTG : https://tanahrtb.terengganu.gov.my/login
Disediakan : *Terengganu Times*
Share:

1 comment:

  1. Sekiranya saya membuat permohonan ini dan andai kata permohonan tersebut lulus, adakah masih layak lagi saya membuat permohonan lain contohnya permohonan rumah mampu milik terengganu? Mohon pencerahan..

    ReplyDelete