Tuesday, July 25, 2017

, , , , , ,

CARA-CARA MENUNTUT WANG TIDAK DITUNTUT MILIK ANDA DI JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA CAWANGAN NEGERI TERENGGANU

CARA-CARA MENUNTUT WANG TIDAK DITUNTUT MILIK ANDA  DI JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA CAWANGAN NEGERI TERENGGANU.


Lokasi : ANM PAYA KELADI , KUALA TERENGGANU.

Cara membuat semakan

1. Hanya serahkan MyKad di kaunter dengan hadir sendiri di mana-mana Jabatan Akauntan Negara di seluruh negeri.

ANM Negeri Terengganu :
Pejabat
No. Tel.
No. Fax
Poskod
E-Mail
09-6278200
09-6222137
20594
pneg_trg@anm.gov.my
*ANM Cawangan Paya Keladi, Bersebelahan KFC persimpangan stesen bas K.TRG

2. Pegawai bertugas akan semak melalui sistem dan tidak sampai lima minit kita akan dapat tahu jika mempunyai WTD.
3. Tiada bayaran atau caj perkhidmatan dikenakan.
4. Bayaran akan dibuat kepada penuntut selepas semua butiran dalam borang yang diisi disahkan sahih.


semakan Wang Tak Dituntut (WTD) boleh dibuat di Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara.
Terdapat sebanyak RM5.6 bilion jumlah terkumpul WTD dilaporkan masih gagal diserahkan kepada empunya kerana tiada tuntutan dibuat. 
Pertama sekali, kita ketahui terlebih dahulu akan apa yang dimaksudkan dengan Wang Tak Dituntut.

1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah:
·          gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
·          dividen;
·          keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
·          tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
·          draf bank, cashier's order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
·          simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang; cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
·          Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah:
·          akaun simpanan;
·          akaun semasa;
·          Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.

- akaun pemiutang dagangan
- akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Berdasarkan maklumat di atas, jadi bolehlah kita menuntut kembali baki wang yang ada dalam akaun, dengan syarat mengikut apa yang telah ditetapkan.


LOKASI CAWANGAN DI KUALA TERENGGANU: *Bersebelahan dengan KFC Paya Keladi.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Terengganu , Cawangan di Paya Keladi , Kuala Terengganu , Terengganu.

*Persimpangan Stesen Bas Kuala Terengganu. Bersebelahan dengan KFC.

UPDATE MAKLUMAT:

Bawa IC je kalau nak check. Melalui IC nanti dorang detect, akaun dari institusi kewangan yang mana duit korang masih berbaki. Semua yang ada baki akan keluar. Kalau tak ada balance duit, kaunter akan maklumkan tak ada. So, korang boleh la balik tanpa perlu isi borang segala tu.

HANYA PENAMA je boleh check akaun sendiri.

Kalau nak check untuk agli keluarga yang uzur, silalah bawa surat pengesahan kesihatan dari Klinik/Hospital dan surat sokongan yang menyatakan hubungan kita dengan pesakut.

Kalau nak check untuk orang yang dah meninggal dunia, silalah bawa surat mati dan surat sokongan yang menyatakan hubungan kita dengan si mati.

Andai kata dah check, lepas tu memang ada lebihan duit kita kat situ, dorang akan suh isi borang dan sertakan beberapa dokumen berkaitan termasuk IC fotostat, surat pengesahan bank berkenaan, (bank statement atau buku bank yang aktif) utk tujuan bayaran balik melalui kredit terus (bank in).

#Nasihat kpd yang belum check tu:

1. Please la pergi check. Kalau tak check, tak tau kan.

2. Dah check, tapi tak ada. Jangan kecewa. Berlapang dada. Mungkin ada rezeki lain yang Allah nak bagi tu. Bersangka baik dengan Allah.

3. Dah check. ADA! Once duit dah masuk akaun, perkara pertama kena buat, bayar ZAKAT SIMPANAN. Tak banyak. 2.5% je dari jumlah duit yang kita dapat tu. Mana tau, zakat WTD ni asbab utk kita dapat rezeki berkat yang lebih banyak lagi. Kita tak tau kan? JANJI ALLAH ITU PASTI.

4. Doakan insan2 yang memviralkan pasal WTD ni terus dilimpahkan rezeki yang mencurah2. Kalau dorang tak viralkan, kita pun tak tau.

5. Andai kata no. tel di atas susah untuk ditembusi, silalah dail nombor2 ini:

📞0320568052
📞0320568053
📞0320568054

Semoga post ini membantu sahabat sekalian. Sila share.

#wangtakdituntut

Sumber Info Effa Shamsuddin

Sumber dari :
1- https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwjApIjV76XVAhUcSI8KHZ5BCrMQFggjMAA&url=http%3A%2F%2Fwww.anm.gov.my%2Findex.php%2Fkhidmat%2Fwang-tak-dituntut&usg=AFQjCNGzcYHLj0nege1Gvy1NErIXd8cGZg

2- https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=4&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwjApIjV76XVAhUcSI8KHZ5BCrMQFgg8MAM&url=http%3A%2F%2Fsozcyili.blogspot.com%2F2017%2F07%2Fcara-cara-menuntut-wang-tidak-dituntut.html&usg=AFQjCNFPaagbM69QUj85IQgmmyejKmsnCA

3- https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=9&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwjApIjV76XVAhUcSI8KHZ5BCrMQFghlMAg&url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fini-caranya-untuk-mendapatkan-duit-anda-daripada-senarai-wang-tak-dituntut%2F&usg=AFQjCNGt8hwQcq_4qMITDsf5FYEGYkl9-A

4- (*gambar) http://www.ohdunia.my/2017/07/tak-sangka-dapat-rm14000-wanita-kongsi-cara-dapatkan-wang-tak-dituntut.html
Share:

0 comments:

Post a Comment