Wednesday, September 1, 2021

, , , ,

RUMAH PANGSA MAMPU MILIK (RPMM) TOK JEMBAL- KUALA NERUS TERENGGANU 1.9.2021 - 31.10.2021

RUMAH PANGSA MAMPU MILIK (RPMM) TOK JEMBAL

Permohonan bermula 1 September hingga 31 Oktober 2021

Semua permohonan melalui online.

Syarat Kelayakan:

JENIS A
1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.

2. 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).

3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.

4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.

5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.

6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 3,500 sebulan.

  • Pendapatan minimum RM 1,500 hingga pendapatan maksimum RM 4,000 bagi perumahan awam dan

  • Pendapatan minimum RM 2,000 hingga pendapatan maksimum RM 4,500 bagi perumahan swasta.

7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon

8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.

9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.


JENIS B

1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.

2. 21 tahun keatas

3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500.

4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.

5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.

6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 7,000 sebulan.

7. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500 sebulan.

8. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.


RPMM TOK JEMBAL

01/09/2021 - 31/10/2021

Mempunyai 5 Blok Pangsapuri Mampu Milik 5 Tingkat (160 unit kediaman). Juga mempunyai kemudahan seperti Surau, Dewan Terbuka, Pejabat Pengurusan dan sebagainya. Berharga RM80,000.


*Jangkaan siap Oktober 2021

Share:

0 comments:

Post a Comment