Tuesday, January 17, 2023

, , , ,

PERCUTIAN SERENDAH RM600 DIATAS KAPAL KAPAL MEWAH 2023


RESORT WORLD CRUISES 🚢
Memang berbaloi sangat bila bercuti di atas cruise ni. Sepanjang trip memang tak sempat lapar. Makan non stop 🥹

🔸Berapa harga pakej ? 
Harga berbeza bergantung kepada sailing date. Kalau nak murah boleh pilih sailing May onwards serendah RM600 seorang. Of.fer ni sah sehingga 30 jan 2023 je.

🔸Bayaran macam mana ?
Full payment sahaja, tak boleh deposit. Sama macam beli ticket flight.

🔸Ada bayaran tambahan ke ?
Ada . Bayaran tambahan untuk port charges iaitu charge kapal berlabuh. Bayar sekali dengan agent semasa booking, harga port charges berbeza beza mengikut tarikh sailing. Range port charges between 180-270 seorang. Selain daripada port charges , kena bayar juga gratuity fees iaitu tipping utk cruise. SGD22/night/pax. Yang ni bayar dekat atas cruise sebelum end journey.

🔸Bayaran include apa je ? 
Bayaran dah termasuk cabin pilihan , makan 5x sehari. Breakfast,lunch,hitea,dinner dan supper.
Termasuk jugak FREE activitiy macam waterpark,wall climbing,rope course,wayang,live band,theatere, kids playroom free 2 jam pertama dan banyak lagi lah.

🔸Perjalanan berapa hari ?
1️⃣3H2M port klang - singapore - port klang 
2️⃣4H3M port klang - penang - singapore - port klang 
3️⃣4H3M port klang - singapore - phuket - port klang 

🔸Sampai destinasi boleh turun ke ? 
Boleh turun jalan jalan once dah sampai destinasi. Ada tempoh masa untuk korang spend bila sampai.

🔸Contoh activity yang berbayar ?
•Karaoke 
•Arcade 
•Spa
• Wifi 
•Bowling 

🔸Penumpang yang tak dibenarkan naik cruise
•Ibu mengandung 24weeks above
•Bayi bawah 6 bulan

🔸Kena ada passport ke nak naik cruise? 
WAJIB ada passport, untuk booking boleh submit ic dulu, passport buat kemudian.

🔸Fasiliti dalam bilik ada apa ? 
•Katil 
•plug point 
•toilet duduk (tak ada pili, boleh beli portable bidet dkt shopee)
•ada shower
•ada tv
•takde pemanas air. (air panas and sejuk ada watercooler dkt luar bilik)

🔸Makanan atas cruise ni HALAL ke ?
Lido restaurant ada sijil HALAL.

🔸Barang pemanas boleh bawa ke ? 
•Iron,hairdryer, atau apa sahaja barang pemanas TIDAK dibenarkan bawa.

🔸Nak travel seorang boleh ke ? 
Boleh tapi kena bayar harga utk 2 orang.


layari web

Share:

0 comments:

Post a Comment