PEMAKLUMAN:
Untuk makluman, ibu bapa penjaga boleh membuat semakan keputusan permohonan penempatan ke Tahun 1.Tuan/Puan boleh membuat pengesahan penempatan ATAU membuat rayuan ke sekolah pilihan (sekiranya tidak bersetuju dengan sekolah yang ditempatkan) mulai 1-30 Ogos 2022
semakan di web : https://public.moe.gov.my
Berikut adalah langkah membuat semakan / pengesahan / rayuan Tahun 1 secara online.
masuk ke web https://public.moe.gov.my
- Tekan butang Log masuk
2. Klik pada Semakan Status Permohonan Tahun 1
3. Setelah itu, pilih Semakan Penempatan
4. Status permohonan murid akan dipaparkan. sila sahkan penemptan jika terima penempatan tersebut atau sekiranya hendak tukar lain boleh buat rayuan.
5. Pengguna boleh mencetak surat penempatan sekolah.
TINDAKAN IBU BAPA
Berikut adalah tindakan yang perlu dilakukan ibu bapa setelah membuat semakan penempatan anak.
PERAKUAN PENEMPATAN
- Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.
- Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar SECARA FIZIKAL ke sekolah. Namun Salinan tersebut perlu DICETAK dan DISIMPAN dengan SELAMAT oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan semasa PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
- Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut.
Permohonan Rayuan
Sekiranya ibu bapa ingin membuat permohonan rayuan bagi penempatan yang diterima, anda boleh membuat rayuan mulai 1 Ogos 2022 hingga 30 Ogos 2022.
sila rujuk panduan di bawah:
- Permohonan RAYUAN PENEMPATAN hanya dibuat secara ONLINE dalam sistem dan TIADA proses RAYUAN MANUAL.
- Sekiranya ingin membuat RAYUAN, perakuan online perlu dibuat kerana Butang RAYUAN hanya akan aktif selepas proses PERAKUAN ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.
- Keputusan RAYUAN adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.
- Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
No comments:
Post a Comment