Wednesday, April 20, 2022

, , , ,

AMALAN 10 AKHIR RAMADAN

𝐀𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍 𝟏𝟎 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐇𝐀𝐍

Antara cara-cara yang betul menyambut Ramadhan ialah:

• Menyambut Ramadhan dengan perasaan yang gembira kerana keampunan, rahmat dan kurniaan Allah yang mencurah-curah disediakan oleh-Nya dalam bulan ini. 

• Mempersiapkan diri dengan menambah ilmu pengetahuan fardu ain, khususnya tentang puasa melalui pembacaan dan menghadiri majlis-majlis ilmu, tentang hukum-hakam puasa, solat Tarawih, membaca al-Quran dan apa sahaja yang berkaitan dengannya supaya semua ibadah bukan sahaja 𝘴𝘢𝘩 (lulus), tetapi 𝘮𝘢𝘲𝘣𝘶𝘭 (diterima) di sisi Allah. Ingatlah selalu bahawa berapa banyak amalan yang 𝘴𝘢𝘩, tetapi tidak 𝘮𝘢𝘲𝘣𝘶𝘭 di sisi-Nya. 

• Bersedia membersihkan diri daripada kotoran dosa dan maksiat dengan banyak beristighfar dan bertaubat seawal bulan Rejab malah lebih awal dari itu, supaya dapat memasuki Ramadhan dan mendapat keampunan (𝘮𝘢𝘨𝘩𝘧𝘪𝘳𝘢𝘩) seawal sepuluh pertama daripada Ramadhan.

• Berusaha menyelesaikan urusan-urusan yang berkaitan dengan dunia umpamanya tugasan kerja di pejabat dan di rumah, supaya tidak disibukkan dengan urusan-urusan sebegini bila tiba Ramadhan, terutama pada 10 yang terakhir.


Share:

0 comments:

Post a Comment