Saturday, October 2, 2021

, , ,

PELUANG PEKERJAAN ANAK TERENGGANU DI SYARIKAT PANASONIC

PELUANG PEKERJAAN ANAK TERENGGANU DI SYARIKAT PANASONIC
Insya-Allah, kerjasama antara Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn Bhd (PAPAMY) dengan kerajaan negeri Terengganu bakal dijalinkan dalam usaha membangunkan ekonomi dan modal insan tempatan.

Antara cadangan awal ke arah usaha ini ialah pembinaan kilang dan keutamaan jawatan kepada lepasan institusi latihan dalam Terengganu.

Kerajaan negeri juga baru memeterai Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Terengganu Human Resource Development Centre (T-HRDC) dengan Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn Bhd (PAPAMY) bagi membuka peluang pekerjaan kepada anak Terengganu.

Buat anak-anak Terengganu sama ada yang berada di dalam atau luar negeri, boleh rebut peluang untuk bina kerjaya di syarikat gergasi Jepun ini.

Doakan.

Share:

0 comments:

Post a Comment