Wednesday, June 24, 2020

, , , ,

TIPS DAN CARA RAKAMAN VIDEO TEMUDUGA : TEMU DUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN SPP TAHUN 2020 CONTOH BAGI JAWATAN PEMBANTU OPERASI GRED N11

TIPS dAN CARA RAKAMAN VIDEO TEMUDUGA : TEMU DUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN SPP TAHUN 2020 CONTOH BAGI JAWATAN PEMBANTU OPERASI GRED N11


Berdasarkan soalan yang diberikan, calon perlu menyediakan rakaman video berdurasi 3-5 minit...

*boleh lihat baca maklumat penuh : http://terengganu-darul-iman.blogspot.com/2020/06/tips-temuduga-penyediaan-rakaman-video.html


SOALAN YANG PERLU DIJAWAB :

 A. Latar belakang

B. Apa yang anda faham tentang jawatan dan kenapa pilih jawatan ini? 

C. Kemahiran untuk berkerja dengan jawatan ini? 

D. Pendapat anda mengenai kerja kerajaan? 

E. Pendapat anda mengenai kerja luar masa/waktu pejabat? 

F. Adakah anda sedia ditempatkan kerja diluar negeri? 

G. Sebab kenapa anda patut dipilih 

H. Dalam rakaman anda perlu buat gerakan. 


APA YANG PERLU ANDA BUAT ???

1-Anda wajib berpakaian kemas seperti hendak ditemuduga secara biasa.
*untuk markah bonus : nametag, tali leher, kasut/talipinggan/stokin hitam, rambut pendek dan kemas,  kemeja lengan panjang. seperti dalam gambar...


2- Sediakan skript ucapan yang akan anda cakapkan semasa buat rakaman nanti. skrip mesti berdasarkan/menjawab solan yang telah diberikan oleh SPP. *semasa buat rakaman, letak skript kat depan kita mengadap kamera(telefon) macam pembaca berita ni...


3- Kedudukan semasa membuat rakaman mengikut tatacara yang telah SPP berikan iaitu duduk diatas kerusi denga sopan.


4- Tambahan; letak@set timer untuk pastikan rakaman anda tidak terlalu panjang. *arahan rakaman video mesti berdurasi 3-5minit sahaja.. Boleh letak depan seperti skrip tadi, senang nampak masa..


5- PALING UTAMA, ANDA SEDIAKAN SCRIPT LENGKAP MENJAWAB SEMUA SOALAN YANG TELAH DIBERIKAN.. 


CONTOH SKRIP MENJAWAD SOALAN TEMUDUGA SECARA RAKAMAN VIDEO :

 A. Latar belakang

- Assalammualaikum..,  nama saya Abu bin Bakar dan saya berumur 25 tahun , saya sudah/belum berkahwin dan belum mempunyai anak. isteri bekerja dalam sektor kerajaan sebagai kerani. saya sekarang menetap di kampung mak lagam, kemaman, terengganu.  Saya mempunyai 7 orang adik beradik.

 -Ibubapa masih ada/sudah tiada, bapa saya bekerja sebagai pemandu teksi dan emak saya pula ialah persara kerajaan dalam sektor kementerian kesihatan.

 - Pendidikan tertinggi saya ialah sijil pelajaran malaysia (SPM) dimana saya telah tamat pelajaran pada tahun 2000 dan Saya belajar di SMK BANGGOL.

 - Pengalaman kerja saya pernah bekerja di kedai percetakan selama 2 tahun dan sekarang saya bekerja secara kontrak dengan kerajaan negeri sebagai pegawai it di kerajaan negeri.

 

B. Apa yang anda faham tentang jawatan dan kenapa pilih jawatan ini? 

- Saya memilih jawatan sebagai PEMBANTU OPERASI kerana tugas kerjanya mempunyai kaitan dengan pengalaman dan tugas kerja sekarang.

 -Antara tugas kerja PEMBANTU OPERASI yang saya tahu ialah :

1. merekod dan menghantar surat dan dokumen jabatan

2. membuat salinan dokumen menggunakan mesen fotostat atau printer

3. mengangkat, mengantar dan menyusun alat² dari stor pejabat

4. menguruskan,menyusun dan mengemas bilik mesyuarat serta memastikan alatan dalam bilik mesyuarat berfungsi dengan baik.

5. membantu membawa peralatan ICT dan memastikan keselamatan alat tersebut.

6. memastikan kebersihan dan kekemasan pejabat

7. melaksanakan tugas pemanduan kenderaan sekiranya diarahkan oleh ketua jabatan.

8. membantu dan menjadi urusetia bengkel/seminar/mesyuarat sekiranya diarahkan

9. bertugas dikaunter ikut jadual

10. menyediakan kad perakam waktu kerja

11. mengikut tugas² dari semasa ke semasa

 *sekiranya ditugaskan di SEKOLAH pula, skop tugas tambahan ialah :

12. merekod dan mengurus pengambilan dokumen seperti sijil² peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM dan surat akuan/sijil berhenti sekolah.

13. membantu dalam urusan bank atau pembayaran bil sekolah

14. mengurusankan pendaftaran murid baru atau pertukaran murid

 

C. Kemahiran untuk berkerja dengan jawatan ini? 

- Saya mempunyai pengalaman dalam mengendalikan komputer.

- Saya selalu mengendalikan emel dan sistem online. Dan,

-Tugas² kerja saya sebelum ini banyak menggunakan software msword, excel dan powerpoint.

-saya juga biasa menggunakan mesen pencetak, scanner dan mesin fotostat

-alat² lain seperti mesen binding juga saya biasa menggunakan dalam menjilid dokumen.

-biasa bekerja secara berkumpulan atau berseorangan.

 

D. Pendapat anda mengenai kerja kerajaan/sektor awam? 

- pendapat saya mengenai kerja dalam sektor awam ialah ia suatu tugas yg patut dibanggakan kerana kita bertugas untuk berkhidmat kepada kerajaan MALAYSIA.

-sebagai penjawat awam, amat penting untuk bekerja dengan penuh dedikasi dan cemerlang bagi menaikan prestasi sesebuah jabatan kerana ia memberikan gambaran yg baik kepada masyarakat.

 

E. Pendapat anda mengenai kerja luar masa/waktu pejabat? 

- tiadas masalah dalam melakukan kerja luar masa /waktu pejabat kerana ia perlu dilakukan sekiranya ada tugasan kerja yg masih belum disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan.

- bagi memastikan setiap kerja selesai dan tiada yang tertangguh.

 

F. Adakah anda sedia ditempatkan kerja diluar negeri? 

- Saya bersedia untuk ditempatkan dimana² lokasi tempat bertugas termasuklah diluar negeri mengikut arahan jabatan.

 

G. Sebab kenapa anda patut dipilih 

- saya mempunyai pengalaman kerja dan ia mempunyai kaitan dengan bidang tugas kerja yang saya mohon sekarang.

- sekiranya saya dipilih, insyaallah saya boleh membantu meningkatkan prestasi sesebuah jabatan dengan cara kemahiran dan skill yang saya miliki.

 

H. Dalam rakaman anda perlu buat gerakan. 

- bangun

- pusing

- gerakan tangan

*motif : penemuduga nak tengok pakaian kita sesuai tak? Jadi sila pakai kemas..



*itu sahaja yang boleh dikongsikan.. selamat berjaya :)

Share:

0 comments:

Post a Comment