Tuesday, October 10, 2017

, , , , , , , , ,

TIPS TEMUDUGA - SENARAI TUGAS PEMBANTU OPERASI GRED N11/N14 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TIPS TEMUDUGA - SENARAI TUGAS PEMBANTU OPERASI GRED N11/N14 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SPP




Senarai Tugas Pembantu Operasi N11 : Tahniah sekiranya anda telah terpilih untuk temuduga jawatan ini. jangan lupa untuk menghafal semua senarai tugas pembantu operasi n11 ini. Pastikan anda tahu diskripsi tugas jawatan yang anda minta ini. Skop tugas jawatan ini pasti akan ditanya pada anda semasa temuduga nanti.

Sila muat turun / download senarai tugas pembantu operasi n11 dibawah:


SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU OPERASI SPP


  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan/Pentadbiran Kerajaan Negeri 

  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    RM1,216.00RM2,983.00RM80.00
  • Syarat Lantikan:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
      1. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau
      2. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Deskripsi Tugas:
    Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan. Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat/jeti [Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)].

*surat pekeliling senarai tugas pembantu operasi

SENARAI TUGAS PEMBANTU OPERASI RASMI BOLEH DOWNLOAD DIBAWAH:

*Senarai Tugas Pembantu Operasi Gred N11,N14 di KPM.pdf Muat Turun / Download ]

Sila muat turun / download surat diatas untuk maklumat senarai penuh tugas pembantu operasi.

Semasa temuduga pastikan anda bersedia, cukup rehat, cukup tidur dan berpakaian kemas.

Antara soalan-soalan yang akan ditanya semasa temuduga:
=>Latar belakang & kelayakan calon & pengalaman kerja
=>Senarai tugas jawatan yang dimohon
=>Dasar kerajaan & menteri berkaitan jawatan
=>Isu semasa dalam & luar negara & sukan.


PANDUAN AM TEMU DUGA :


*SELAMAT BERJAYA*

*TAMBAHAN MAKLUMAT SOALAN PENEMUDUGA (iv bulan okt2017):
~NKRA pendidikan
~Menteri, exco, pengarah jabatan/kementerian pendidikan
~gaji dan elaun jawatan


Share:

0 comments:

Post a Comment