Monday, August 15, 2016

Trick - Kembalikan Hidden Fail Yang diSerang Oleh Virus ShortCut


Kenal pasti lokasi pendrive. Biarkan dia terbukak. anda akan nampak folder shortcut dan folder lain² telah  di hiddenkan oleh virus shorcut.

Step seterusnya Klik pada      Start > Run > dan taip cmd.
Picture
Selepas itu akan keluar skrin hitam seperti dibawah ni.
Picture
Taip command kat bawah ni dalam skrin hitam tu.

attrib -h -r -s /s /d g:\*.*

(yang g tu ialah lokasi pendrive anda. Kalau pendrive anda location dia F, anda tulis lah F)
Kemudian, tekan button Enter.

Skrin hitam (cmd) anda akan ambik masa untuk loading. Jadi, anda tunggulah sampai second command muncul. Bila second command dah muncul.

Siap. anda punya folder yang hidden tadi dah back to normal.Delete folder yang ada shortcut tadi.

Anti Virus - UiTM V3.1 Shortcut Virus Remover Tool

UiTM V3.1 Shortcut Virus Remover Tool



Ini plak saya nak share cara saya buang virus shortcut dan unhide(keluar kan semula file yg telah disorok oleh virus shorcut) semula file dalam pendrive. Saya tak pasti pula siapa yang buat aplikasi ini, adekah student UiTM? treng teng tengggg...

Anda boleh download UiTM SHORTCUT VIRUS REMOVER v3.1  di link bawah ini:

***CARA GUNA:

Mudah saja nak guna tool ini.Cuma perlu download dan kemudian klik saja fail itu


Pilih sama ada mahu buang virus di Pen drive atau Computer


Lepas itu pilih mana-mana device yang mahu di bersihkan kerana ini untuk Pen drive.
Tekan scan dan delete semuanya


Yang ini pula jika pilih PC.Tekan scan dan delete semuanya. Selesai


**Jika masih ada lagi yang tidak dapat di buang,cuba run tool ini dalam keadaan Safe Mode.**

Wednesday, August 3, 2016

JAWATAN KOSONG - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu ( MAIDAM ) :[16 Ogos 2016]


Jawatan Kosong MAIDAM




• Permohonan Jawatan Kosong MAIDAM
1. Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41
2. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29
3. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
4. Pembantu Tadbir ( Perkeranian / Operasi ) Gred N19
5. Pembantu Tadbir ( Kewangan ) Gred W19
6. Pembantu Akauntan Gred W19

• Taraf Jawatan adalah Sementara.
• Permohonan adalah secara online dan boleh disi di http://aplikasi.maidam.gov.my/eJOBS/v2
• Tarikh Tutup adalah pada 16 Ogos 2016

Wednesday, July 20, 2016

JAWATAN KOSONG - Kolej Universiti Bestari Terengganu (Tamat 4 Ogos 2016)



1. PENSYARAH KEJURURAWATAN / INSTRUKTUR KLINIKAL

Syarat Kelayakan

Warganegara Malaysia

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejururawatan

Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia

Mempunyai Perakuan Pengamalan Jururawat Tahunan (APC) yang disah dan terkini

Mempunyai sijil pos basik

Mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman dalam bidang klinikal sebagai

Jururawat berdaftar.

Mempunyai sijil “Teaching Methodology” yang diiktiraf oleh Lembaga Jururawat Malaysia

Tanggungjawab

Menyampaikan kuliah, menyelia dan memantau pelajar dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran

Menyelia pelajar untuk latihan praktikum dan klinikal

Terlibat dalam pembangunan kurikulum, silibus dan penyediaan bahan untuk pengajaran

Membuat penilaian dan laporan kemajuan pelajar


2. PENSYARAH (KULINARI/PERHOTELAN/PELANCONGAN)

Syarat Kelayakan

Warganegara Malaysia

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kulinari/Perhotelan/Pelancongan

Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan

Tanggungjawab

Menyampaikan kuliah, menyelia dan memantau pelajar dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran

Terlibat dalam pembangunan kurikulum, silibus dan penyediaan bahan untuk pengajaran

Membuat penilaian dan laporan kemajuan pelajar


3. PENGAWAL KESELAMATAN

Syarat Kelayakan

Warganegara Malaysia

Memiliki sekurang-kurangnya SPM

Aktif dan mempunyai kesihatan yang baik

Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah

Sanggup untuk bekerja secara syif

Tanggungjawab

Membuat rondaan, pemeriksaan dan pemantauan di kawasan kampus

Menjaga pintu masuk dan membuat pemeriksaan terhadap pelawat dan kenderaan yang keluar

masuk

Bertanggungjawab menjaga keselamatan harta benda serta warga UC Bestari daripada sebarang

ancaman

Sila hantar permohonan ke hr@ucbestari.edu.my

Tarikh tutup permohonan: 4 Ogos 2016

web -> http://www.ucbestari.edu.my/

lihat iklan --> https://doc-0g-90-apps-viewer.googleusercontent.com/viewer/secure/pdf/nnfgfs6ks5iu04oo2vraa4e2erc7tq5r/8nohdovlvg9hp2q4vqsn2l6s3sq4rg2v/1469080800000/drive/13312761645135813086/ACFrOgCemhxx73JKwCfqA2z6twjRpXsXDnmIdktZjC6LPJ9aZpZAflgvkieG2qHDgMJIE-5YKu-k5-qtaMBR7xSbHojPbHtaX9xK9N0zTfx-cLH05LqnoRMP8q5XuXE=?print=true&nonce=kko5vftjo0p4e&user=13312761645135813086&hash=h6ihftbuebhd9gqamn7bt0oqj56kfj0c

Monday, July 18, 2016

JAWATAN KOSONG - T-HELP ( Yayasan Terengganu )

Dalam usaha untuk merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Terengganu untuk memperkasakan Bahasa Inggeris dan memastikan semua pelajar lulus dalam matapelajaran Bahasa Inggeris SPM Tahun 2016, Yayasan Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu akan melaksanakan projek TRENGLISH di mana Pembantu Guru Bahasa Inggeris/T-HELP (TERENGGANU HIRED ENGLISH LEARNING PERSONEL) diperlukan untuk membantu guru-guru Bahasa Inggeris sedia ada di sekolah-sekolah di Negeri Terengganu.

Yayasan Terengganu dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia keutamaan rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

1.            (a) Jawatan                :        PEMBANTU GURU BAHASA ENGLISH/T-HELP

               (b) Taraf Jawatan        :        Kontrak (Contract For Service)

               (c) Elaun                    :        RM2000.00 sebulan (Ijazah)

                                                        RM1500.00 sebulan (Diploma)

               (d) Penempatan           :       Sekolah Menengah terpilih di Terengganu

2.      Syarat Lantikan

 Rakyat Negeri Terengganu
Memiliki Ijazah dalam bidang TESL/TEFl/Bahasa Inggeris/ Komunikasi Bahasa Inggeris dari Institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Berumur antara 22 – 30 tahun, Pesara Guru Bahasa Inggeris juga boleh memohon
Fasih dalam Bahasa Inggeris
Memiliki personaliti yang ceria, penyabar dan kreatif
Celik ICT
3.      Deskripsi Tugas:

Rancang dan laksana aktiviti berasaskan komunikasi seperti English In Camp, Short Drama, Spelling Bee dsb melalui Persatuan Bahasa Inggeris, sesi petang/ pagi / Sabtu / kelas ganti.
Kendali klinik komunikasi Bahasa Inggeris secara kumpulan kecil pada waktu di luar waktu pembelajaran formal menggunakan modul-modul `Let’s Talk Basic Talk’ terbitan UMT.
Sedia dan selenggara profil perkembangan murid dalam komunikasi Bahasa Inggeris
4.       CATATAN AM

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga;
Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh enam (6) bulan selepas iklan jawatan yang tutup dianggap tidak berjaya.
5.      TARIKH TUTUP PERMOHONAN

         Permohonan dibuka sepanjang masa sehingga dimaklumkan tarikh tutup.

6.      Cara Permohonon

         Borang Permohonan Klik --> Jawatan Kosong - Pembantu Guru Bahasa Inggeris / T-Help

JAWATAN KOSONG - Guru Tuisyen ( Yayasan Terengganu )



Kerajaan Negeri Terengganu sedang merangka program untuk meningkatkan lagi pencapaian pelajar-pelajar di dalam peperiksaan UPSR di seluruh negeri Terengganu melalui Projek Tuisyen Yayasan Terengganu.

Sehubungan itu, Yayasan Terengganu mempelawa calon-calon warganegara Malaysia dengan keutamaan graduan bidang pendidikan yang masih belum bekerja di kalangan rakyat negeri Terengganu yang berkelayaakn untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Maklumat Jawatan

i. Jawatan               : Guru Tuisyen

ii. Penempatan         : Sekolah-sekolah rendah terpilih negeri Terengganu           

2. Syarat Lantikan

i.           Rakyat Negeri Terengganu

ii.          Memiliki Ijazah dalam bidang Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris/Sains Tulen/Matematik

iii.         Berumur 23 – 30 tahun

iv.         Minat mengajar serta berpersonaliti ceria, penyabar dan kreatif

3. Deskripsi Tugas

i.            Membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar sebelum menghadapi peperiksaan UPSR.

ii.            Meningkatkan motivasi pelajar untuk menghadapi UPSR.

4. Temuduga

i.            Hanya calon-calon yang LAYAK selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

ii.            Permohonan yang tidak menerima jawapan di dalam tempoh enam bulan selepas iklan ini ditutup dianggap GAGAL.

5. Cara Permohonan


Borang Permohonan klik di sini -> BORANG ONLINE

Saman Sebab Menampal Pelekat Pada Cermin Kereta

MELAKA - Viral di media sosial gambar surat saman seorang pemilik kereta yang didakwa telah melakukan kesalahan menampal sesuatu pada cermin kenderaannya.



Surat saman yang dikeluarkan pada 17 Julai 2016 itu menyatakan bahawa pemilik kereta terbabit melakukan kesalahan menampal sesuatu di cermin keretanya pada jam 10:57 pagi, di Jasin.

Berdasarkan gambar kesalahan yang turut disertakan pada surat saman bercetak itu menunjukkan, sticker yang dimaksudkan itu adalah sticker larangan merokok, makan dan sebagainya yang menjadi trend pemilik kereta masa kini.

Bagaimanapun, tidak dijelaskan kesalahan itu di bawah Seksyen dan Akta Pengangkutan Jalan secara terperinci.



Susulan itu, netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka di laman sosial.

"Kesalahan di bawah seksyen mana, akta pengangkutan jalan mana? Dalam surat itu, ruang tersebut tidak diisi," kata Modesa yang mempertikaikan surat saman berkenaan.

"Rakyat perlukan penjelasan yang lebih mendalam. Sebelum (PDRM) melaksanakan sesuatu, tolong war-warkan di media agar pengguna tahu dan boleh bersedia," kata Itzme Elanne.

Rujukan -
http://www.lamankongsi.com/
http://pixelperfext.blogspot.com/

Pantai Batu Buruk

Pantai Batu Buruk terletak hanya 1 km dari pusat Bandar Kuala Terengganu. Pantai Batu Buruk merupakan antara pantai yang terkenal, bersih dan tercantik di Terengganu.


Sekiranya anda berkunjung ke sini pada hujung minggu, terdapat aktiviti pasar malam pada setiap hari Jumaat bermula jam 3.00 petang.





Disamping itu juga terdapat aktiviti bermain layang-layang, bolasepak pantai, bola tampar, sepak raga dan bola jaring di pantai. Untuk kanak-kanak ada disediakan tempat permainan khas berhampiran pantai. Selain dari restoran makanan segera (KFC & A&W), pengunjung juga boleh menikmati pelbagai jenis makanan tradisional seperti Nasi Dagang dan Keropok Lekor di pantai ini. Pada hari Jumaat juga terdapat persembahan pentas dari pukul 5.00 hingga 6.30 petang di Pentas Budaya.

Rujukan dari blog :
http://pelancongan-terengganu.blogspot.my/2010/07/pantai-batu-buruk.html
http://hatikubaik.blogspot.my/
http://ffterengganu.blogspot.my/


PARKING BERTINGKAT MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU (MBKT)

Tempat Parking Bertingkat Automatik (Rotary Type) mula beroperasi di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu pada 3 Februari 2011 lalu. 



Tempat parking automatik ini menelan belanja RM9.8 juta. Cetusan idea Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Said mampu menyelesaikan masalah tempat letak kereta khususnya di Bandar Raya Kuala Terengganu.

Dirasmikan oleh Dato' Seri Haji Ahmad Said :


Keratan akhbar :



Video rakaman parking bertingkat:


Sepuluh Projek Mega Kuala Terengganu

SEPULUH PROJEK MEGA YANG AKAN MENGUBAH KUALA TERENGGANU

Rujukan dari facebook : facebook.com/BandarayaKT

Bandaraya Kuala Terengganu pada hari ini cukup berbeza jika dibandingkan dengan sepuluh tahun yang lalu. Pelbagai projek mulai dibawa masuk oleh kerajaan negeri dalam usaha menjadikan Kuala Terengganu sebagai sebuah bandaraya dalam erti kata yang sebenar.

Paling dinantikan oleh rakyat Terengganu selama ini adalah pembinaan pusat-pusat membeli belah moden yang bertaraf mall, pusat riadah dan hiburan, selain tarikan-tarikan pelancongan yang mampu memberikan suntikan ekonomi yang lebih baik buat rakyat negeri ini.

Artikel ini akan menyorot sepuluh projek mega yang sedang berjalan di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu pada hari ini. Dijangka apabila kesemua projek ini siap kelak, landskap bandaraya Kuala Terengganu akan berubah sama sekali.


1. PB Square

Projek setinggi 19 tingkat ini sudah pun menjadi mercu tanda baru di tengah-tengah bandaraya ini. Dijangka beroperasi pertengahan tahun 2014, projek ini sudah pun hampir 80% siap.

Antara komponen yang terdapat di PB Square ini termasuklah sebuah mall, hotel dan blok pejabat untuk LHDN Negeri Terengganu.


2. PB Sentral

Berhadapan dengan projek PB Square di Jalan Embong Fatimah, projek PB Sentral adalah merupakan projek parkir kereta bertingkat yang turut menempatkan kompleks wayang (cineplex) dan pusat hiburan lain yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh rakyat Terengganu selama ini.

Projek ini dalam kerja-kerja tanah dan sudah 15% siap. Difahamkan, projek ini akan turut dihubungkan ke PB Sentral melalui sebuah jejantas.


3. Mydin Mall Gong Badak

Sekiranya anda menghala ke Jalan Pantai dari Bulatan Batu Enam ke Utara Terengganu, pastinya anda akan melihat satu projek besar di sebelah Sekolah Teknik Wakaf Tembesu.

Untuk pengetahuan, Mydin Mall kedua di negeri Terengganu berkeluasan 250 000 kaki persegi sedang dibina dan dijangka siap tahun hadapan.

Di sebelah projek ini, projek perkedaian skala besar dikenali sebagai Dataran Austin juga telah siap sepenuhnya dan dijangka akan beroperasi awal tahun hadapan.


4. KTCC Mall

Projek KTCC Mall bakal dibina awal tahun hadapan. Walaubagaimanapun, kerja-kerja tanah dan infrastruktur asas untuk projek ini telah dimulakan.

KTCC Mall bakal menjadi pusat belah terbesar di Kuala Terengganu apabila siap kelak. Mall ini yang menghadap Laut China Selatan juga turut dilengkapi dengan menara hotel.

Berhampiran dengan KTCC Mall ini juga akan dibina sebuah pangsapuri mewah iaitu Myra Infinity yang bakal dibangunkan oleh Austin Heights Sdn Bhd


5. Icon Residence

Terletak di Jalan Sultan Omar (berhadapan dengan SK Sultan Sulaiman), projek kediaman kondominium mewah setinggi 25 tingkat ini bakal dirasmikan pecah tanahnya tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun, kerja-kerja tapak untuk projek ini telah dimulakan oleh pemaju iaitu VST Gemilang Sdn Bhd. Projek ini juga merupakan satu inisiatif oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu.


6. Kuala Terengganu Specialist Hospital

Dibangunkan oleh anak syarikat kerajaan negeri Terengganu iaitu TDM Berhad, KTS adalah merupakan hospital swasta pertama di Kuala Terengganu yang sekarang ini beroperasi di Jalan Kamarudin.

Sebuah kompleks hospital KTS yang baharu sedang giat dibina setinggi lapan tingkat di Batu Buruk. Apabila siap kelak, ia dijangka menjadi sebuah hospital yang moden dan canggih serta mampu mengurangkan kesesakan di Hospital Sultanah Nur Zahirah sekarang.


7. Jambatan Lipat (drawbride)

Jambatan yang bakal dibina pada tahun 2014 ini adalah merupakan jambatan angkat (drawbridge) yang pertama di Malaysia.

Ia menyerupai jambatan london yang terkenal iaitu London Tower Bridge. Bakal dibina di muka kuala Sungai Terengganu, jambatan ini akan menghubungkan Bandaraya Kuala Terengganu terus ke Seberang Takir melalui kawasan KTCC yang dinamakan sebagai Muara Utara (kawasan Seberang Takir) dan Muara Selatan (kawasan Tanjung)

Apabila siap kelak, ia mampu mengatasi masalah kesesakan di Jambatan Sultan Mahmud pada masa ini dan menghubungkan terus Aiport ke Bandar tanpa perlu melalui kawasan perkampungan di Seberang Takir dan Duyong.


8. Menara MBKT

Bakal dibina tahun hadapan, Menara MBKT setinggi 30 tingkat akan menjadikannya antara bangunan yang tertinggi di Kuala Terengganu apabila siap kelak. Menara ini akan dibina menghadap Laut China Selatan di kawasan Muara Selatan dan merupakan sebahagian daripada projek KTCC.


9. Pembangunan Semula Pasar Payang

Pembangunan semula pasar payang dijangka akan dibuat dalam masa terdekat sebelum menyelesaikan beberapa isu berbangkit terutamanya berkaitan dengan para peniaga. Kerajaan negeri bercadang untuk mengubah imej Pasar Payang supaya menjadi moden, teratur dan lebih selesa untuk para pengunjung. Sebuah hotel dikatakan turut dibina bersekali dengan projek ini.


10. Pulau Warisan Fasa II

Sejak pertengahan tahun ini, kerja-kerja penyambungan projek Pulau Warisan untuk fasa kedua sedang giat dijalankan. Antara komponen projek ini termasuklah membina jalan baharu bagi mengatasi kesesakan di hadapan Pasar Payang serta membina jeti baru yang lebih selesa ke Pulau Redang

Bajet Terengganu 2016

70 Fakta Ringkas Tentang Bajet Terengganu 2016
Bajet Bertemakan 'Menjayakan Transformasi Mensejahterakan Rakyat'

1. Anggaran peruntukan sebanyak RM2.103 bilion.
2. Digerakkan dengan lima strategi iaitu; Melonjakkan pertumbuhan melalui Transformasi Terengganu Baharu (TTB), Pengurusan perbelanjaan awam yang cekap lagi berhemat, Pengukuhan program pengupayaan berteraskan ekonomi keperluan rakyat, Pembinaan kapasiti sumber modal insan yang berdaya tahan dan Peningkatan kemudahan awam yang mendamaikan hidup rakyat.
3. Peruntukan RM2.103 bili¬on untuk Perbelanjaan Mengurus, RM1.139 bilion untuk pembangunan dan RM8.88 juta untuk Kumpulan Wang Bekalan Air.
Meningkatkan Keupayaan Sektor-Sektor Berimpak Tinggi
4. Menubuhkan Majlis Ekonomi Negeri Terengganu (MEN-T) dan Unit Transformasi Ekonomi Negeri (U-TENT).
5. Melalui pelantikan Pasukan Petugas (Task Force) dan pelaksanaan Makmal Transformasi Ekonomi Negeri Terengganu,
18 EPP (Entry Point Projects) dengan 71 projek untuk dilaksanakan dari 2016 hingga 2020.
6. RM15.1 billion jangkaan pelaburan dengan RM11.3 billion daripada pelaburan swasta, RM2.02 billion pelaburan awam dan RM1.74 billion pelaburan bersifat pemangkin (enablers) dengan 41,201 peluang pekerjaan dijangka dapat diwujudkan. 9 projek berada dalam fasa pelaksanaan.
7. Mewujudkan Special Economic Zone (SEZ) seluas 729,400 hektar merangkumi 53% daripada penduduk Terengganu.
Memperkasa Sektor Pelancongan Menjelang Tahun Melawat Terengganu 2017
8. RM51 juta untuk sektor pelancongan.
9. Lapangan Terbang Sultan Mahmud dijadikan Gerbang Pelancongan Negeri. T-Kitchen dibina dengan sajian makanan Terengganu.
10. RM1 juta untuk perkhidmatan bas Amphibious atau Amphicoach.
11. RM1.5 juta bangunkan Pulau Bidong sebagai Pulau Warisan.
12. RM140 juta untuk pembangunan produk pelancongan Tasik Kenyir.
13. Mewujudkan Heritage Trail yang melibatkan Kampung Cina, Pasar Cabang Tiga dan Losong dengan bajet RM200 ribu.
14. RM2 juta untuk Kempen 'Islamic Tourism'.
Memartabatkan Sektor Pertanian
15. RM10 juta untuk tingkat pengeluaran hasil 19,000 petani termasuk Pembangunan Industri Padi, Pembangunan Ladang Kelapa Sawit Rakyat, Projek Tanaman Kelapa dan projek kecil berkelompok.
16. RM1.5 juta untuk tanaman padi dua kali setahun, beri manfaat kepada 9,000 petani padi sawah.
17. RM100 ribu akan diperuntukkan untuk Kempen Keselamatan Nelayan.
18. Jaket keselamatan percuma kepada 8,000 nelayan dengan bajet RM1 juta.
Memperkukuhkan Sektor PKS Sebagai Enjin Pertumbuhan
19. RM2 juta Tabung Pembiayaan Usahawan atau T’Fund.
20. RM500 ribu Skim Pinjaman Khas Usahawan Desa.
21. RM1 juta untuk Pembangunan Usahawan Graduan
Terengganu, feadah dinikmati 300 peserta.
22. RM500 ribu bajet untuk program latihan kemahiran usahawan, beri manfaat 3,000 peserta.
23. RM2.1 juta untuk promosi usahawan termasuk Program Pembangunan Produk.
24. RM4.5 juta bina 70 premis perniagaan dan penambahbaikan Kompleks Usahawan Terengganu (KUT) sebagai pejabat utama YPU.
Mengutamakan Ekonomi Keperluan Rakyat
25. Bantuan Dana Persekolahan sebanyak RM10 juta, beri faedah 100,000 pelajar.
26. Dana Bantuan Raya sebanyak RM50 juta untuk 200,000 penerima.
27. Dana Bakti Remaja berjumlah RM22 juta untuk 100,000 orang.
28. RM2.5 juta bajet untuk usahawan online.
29. Membina 20,000 unit lagi rumah baharu, 5,000 unit dibina oleh PR1MA, 5,000 unit oleh SPNB dan 10,000 unit oleh PMINT.
30. 10% dari keseluruhan unit rumah dikhususkan kepada golongan belia yang belum berkahwin.
31. RM1 juta naik taraf Taman Awam Batu Burok.
32. RM2 juta untuk Program Perkahwinan Perdana Generasi TTB, beri manfaat 240 pasangan.
33. Tambah kemudahan tempat letak kereta di sekitar Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
34. Menubuhkan Pejabat Tabung Darul Iman di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu.
35. RM1.86 juta untuk Program Jaya Diri melibatkan 27,630 ibu dan bapa tunggal.
36. RM50 ribu untuk tingkat prasarana awam untuk OKU seperti tandas dan tempat letak kereta.
37. Insentif SSPN-i untuk bayi yang lahir ditambah sehingga RM500.
Melonjakkan Pembangunan Sukan
38. RM48 juta bajet untuk pembangunan sukan.
39. Menaiktaraf kemudahan padang hoki di Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak dan Stadium Hoki MBKT di Batu Burok.
40. RM6 juta untuk bina Kompleks Asrama Atlet di Gong Badak.
41. Tubuh Yayasan Pembangunan Sukan Terengganu.
Memperkasa Modal Insan
42. RM38.45 juta bajet bagi pembangunan pendidikan.
43. Meneruskan Program Pendidikan Anjung Ilmu dengan bajet RM11 juta.
44. RM4 juta untuk Program Pintar Quran melibatkan 772 kelas dan 19,000 pelajar.
45. RM180 juta bina tiga buah kompleks Sekolah Imtiaz di Marang, Setiu dan Kuala Nerus.
46. Tubuh Sekolah Menengah Imtiaz MRSM Ketengah di Bukit Besi, 50 peratus anak Terengganu.
47. RM10 juta bagi menyediakan peralatan dan pengisian di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT).
48. 4 Pejabat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) diwujudkan di Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Timur dan Zon Utara.
49. RM3.8 juta untuk Hadiah Kecemerlangan Pelajar melalui Yayasan Terengganu.
50. RM1.5 juta untuk Program Al-syahadah Al-Ulya Ulul Albab, kumpulan pertama 50 pelajar.
51. Tubuh Kolej Quran Terengganu, tawar pengajian peringkat Diploma dan Ijazah.
52. RM2 juta untuk program latihan kemahiran selepas SPM, manfaat 6,000 peserta.
53. Program T-GAS dijenamakan semula sebagai Terengganu-Graduate Transformational Program (T-GTP) dengan bajet RM3.7 juta membabitkan 500 peserta, elaun RM1,000 sebulan.
54. RM3 juta untuk Program Transformasi Belia Terengganu.
55. Latihan bagi mengurus bakat melalui Talent Management Terengganu.
Menambah baik Kemudahan Awam
56. RM10 juta untuk naik taraf jalan daripada dua lorong ke empat lorong dari Kemasik ke Kijal, Kemaman.
57. RM24 juta untuk membina jalan bertingkat di jalan Jambatan Sultan Mahmud di Bukit Tumbuh.
Meningkatkan Infrastruktur ICT
58. RM20 juta bagi memperkukuhkan pembangunan infrastruktur telekomunikasi.
59. Penambahbaikan perkhidmatan Terengganu Electronic Government (T-eG) dengan bajet RM500 ribu seperti e-CAKNA, e-ZAKAT dan e-MUNAKAHAT.
60. RM900 ribu bagi menaiktaraf peralatan rangkaian di pusat data negeri dan perisian antivirus secara berpusat.
61. RM2.65 juta bagi pembangunan sistem aplikasi jabatan dan agensi kerajaan.
62. RM2 juta untuk pembinaan dua unit Pusat Bestari.com.
Merancakkan Pembangunan Wilayah
63. RM10 juta untuk pembangunan Bandar Baru Kijal.
64. RM40 juta untuk infrastruktur Bandar Baru Bukit Besar.
65. RM10 juta setahun untuk pembangunan pusat pentadbiran dan komersil Bandar Baru Kuala Nerus selama 10 tahun.
66. RM73 juta untuk projek kebersihan bagi menjadikan Terengganu TerBersih (TTB).
67. RM10 juta bajet untuk Dana Pembinaan Masjid.
68. Bonus RM500 kepada 3,700 guru-guru KAFA dan Guru Pintar Quran melibatkan bajet RM1.9 juta.
69. 12,000 penjawat awam negeri terima bonus RM500 melibatkan bajet RM6 juta.
70. Memperkenalkan plat kereta TTB.
"Dengan asas Wawasan SIHAT, marilah sama-sama kita berjuang untuk Memahat Sejarah, Mencipta Tamadun, dengan tekad bahawa Tiada Halangan, Hanya Peluang, melalui pendekatan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan, bersendikan keikhlasan, bahawa yang kita perjuangkan mungkin Kecil Bagi Kita, Tapi Besar Bagi Rakyat. Marilah sama-sama kita bergerak ke hadapan dan menganjak watan tercinta ini ke persada yang sehabis tinggi. Inilah Transformasi Terengganu Baharu" - Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman

Pembinaan Jalan Bertingkat Di Persimpangan Ke Jalan Bukit Tumbuh Seberang Takir



 Pembinaan Jalan Bertingkat Di Persimpangan Ke Jalan Bukit Tumbuh Seberang Takir.



#BajetTerengganu2016 FOKUS 5 : Peningkatan kemudahan awam yang mendamaikan hidup rakyat

Menyedari kesesakan yang sentiasa berlaku di atas Jambatan Sultan Mahmud, Kerajaan Negeri telah merancang untuk membina jalan bertingkat di persimpangan ke Jalan Bukit Tumbuh bagi memastikan aliran trafik daripada Bulatan Batu Enam dapat bergerak lancar. Kos pembinaan jalan bertingkat ini ialah RM24 juta.




Pelan pembinaan :


Saturday, July 16, 2016

Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT)

“PSKT dibina di kawasan seluas hampir 25 hektar dan dilengkapi pelbagai kemudahan moden bertaraf antarabangsa bakal menjadi pusat sains terbesar di negara ini.


Menempatkan sembilan galeri pelbagai tema, antaranya galeri maya, galeri berkaitan alam dinosaur, dewan teater dan sebuah auditorium.  

PSKT mampu memberi pendedahan lebih mendalam kepada orang ramai terutama pelajar berkaitan alam sains, teknologi dan inovasi.

Peta Lokasi Ke Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) :




info daripada -> http://www.pskt.com.my/


Sejarah Negeri Terengganu Darul Iman


Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu (1881 - 1918).

Sejarah Terengganu yang awal adalah tidak jelas. Namun begitu terdapat catatan mengenai Terengganu oleh saudagar Cina, Chao Ju Kua pada tahun 1225 yang menyebut sebagai jajahan takluk Palembang.

"Negarakartagama", tulisan Prapanca dari Jawa pada tahun 1365, menyatakan bahawa Terengganu, Paka dan Dungun di bawah taklukan Majapahit. Berdasarkan bukti arkeologi seperti kapak batu dan tembikar yang dijumpai di Gunung Bewah, terdapat manusia tinggal di situ sejak 4000 SM. Pada Batu Bersurat Terengganu terdapat pula catatan nama Raja Mandalika. Seterusnya dalam sejarah Terengganu, terdapat pemerintahan bernama Megat Panji Alam dan juga Tun Telanai.

Terengganu kemudiannya disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan kerajaan Johor. Pada ketika itu, dua orang pembesar Johor, Laksamana dan Paduka Megat Seri Rama, dihantar memerintah Terengganu. Seterusnya, Bendahara Hasan pula dihantar mentadbir Terengganu. Berikutnya, Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera, kemudiannya, oleh anak Tun Zain Indera, Tun Yuan, Tun Sulaiman dan Tun Ismail; Tun Sulaiman sebagai sultan di Pantai Layang ( Balik Bukit ), Tun Yuan sebagai Bendahara dan Tun Ismail sebagai Menteri Tersat.

Pengasas Kesultanan Terengganu sekarang ialah Sultan Zainal Abidin I. Baginda yang juga dikenali dengan panggilan "Bendahara Padang Saujana" ialah putera Tun Habib Abdul Majid. Mengikut buku Tuhfat al-Nafis, karangan Raja Haji, Tun Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk atau Raja Tua di atas perintah Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Johor. Sumber yang lain pula dinyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas tahta Kerajaan Negeri Terengganu oleh Phra Chau Yang(Raja Perempuan Mas Cayam), Raja Pattani.

Mengikut hikayat Johor serta Pahang, Tun Zainal Abidin datang ke Pattani setelah Paduka Raja Laksamana Wan Abdul Rahman dibunuh di Terengganu disekitar 1688. Ketika berada di Pattani, Tun Zainal Abidin dijadikan anak angkat oleh Raja Pattani, Phra Nang Chau Yang.

Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu pada tahun 1708. Ini berdasarkan duit kupang emas Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin dan tahun 1120 hijrah (bersamaan tahun 1708). Sultan Zainal Abidin I tidak lama bersemanyam di Tanjung Baru, Kuala Berang, berpindah ke Kota Batang Mahang, ke Langgar dan ke Pulau Manis. Kemudian berpindah lagi ke Chabang Tiga, Kuala Terengganu dan akhirnya di kawasan berhampiran Bukit Keledang (kini dipanggil Kota Lama).


Sultan Zainal Abidin I digantikan oleh putera baginda, Ku Tana Mansur dengan gelaran Sultan Mansur I pada tahun 1733, ketika berusia 7 tahun. Baginda memerintah Terengganu sehingga tahun 1794. Pada tahun 1739, Sultan Mansur Shah I berkahwin dengan Raja Bulang anak Daeng Chelak, Yamtuan Muda Johor Kedua. Berikutnya, baginda berkahwin pula dengan Raja Bakul, putera Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Ketika menduduki takhta kerajaan Terengganu, Sultan Mansur I telah menghabiskan empat belas tahun (1746–1760) daripada masa pemerintahannya di Riau, terlibat dalam persaingan di antara orang Melayu dengan orang Bugis. Apabila pulang ke Terengganu pada 1760, baginda terlibat pula dalam politik Kelantan membantu Long Yunus, Putera Long Sulaiman Ibni Long Bahar, Yang DiPertuan Kelantan menduduki takhta kerajaan Kelantan pada tahun 1776.

Sultan Mansur I digantikan oleh puteranya, Sultan Zainal Abidin II (1794–1808). Pada masa pemerintahan baginda, berlaku peperangan dengan Kelantan yang dipimpin oleh Long Mahammad Ibni Long Yunus, Raja Kelantan. Terengganu dikalahkan dan seterusnya Kelantan berjaya membebaskan diri daripada naungan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh beberapa sultan, termasuknya Baginda Omar.

Baginda Omar pernah menduduki takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1831 mengantikan Sultan Daud. Tetapi baginda diturunkan daripada takhta kerajaan oleh Tengku Mansur dan seterusnya sebagai Sultan Mansur II. Sultan Mansur II digantikan oleh putera baginda, Sultan Muhammad. Pada tahun 1839, Baginda Omar berjaya mengalahkan Sultan Muhammad dan seterusnya menduduki takhta kerajaan Terengganu. Ketika pemerintahan baginda, Terengganu berkembang maju.

Apabila Baginda Omar mangkat, takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad Shah II (1876–1881). Sultan Ahmad Shah pula digantikan oleh putera baginda, Sultan Zainal Abidin III (1881–1918). Ketika pemerintahan baginda, British beberapa kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan Terengganu. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan "Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu" yang di antara lain menyatakan Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah II (1918–1920) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920–1942).


Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu ke-16 yang memerintah sekarang.
Menurut "Warta Chahaya Timor No. 38" bertarikh 29 September 1942, apabila Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah mangkat pada 26 September 1942, Tengku Ali, yang dirujuk sebagai putera sulung baginda telah dilantik sebagai "Pemangku Sultan Sementara" oleh pihak pentadbiran Jepun pada 29 September 1942. Seterusnya Tengku Ali telah diberikan gelaran "Sultan" pada 30 September 1942 oleh Syuckokan atau Gabenor Jepun. Walau bagaimanapun perlantikan ini dinyatakan tidak menurut "Undang-Undang Diri Bagi Negeri Terengganu" 1911.

Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ismail diisytiharkan sebagai Sultan Terengganu pada Ahad, 16 Disember 1945. Baginda seterusnya ditabalkan pada tahun 1949 dengan gelaran "Sultan Ismail Nasaruddin Shah". Sultan Ismail Nasaruddin dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke–6 dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970. Dalam tempoh itu, Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahmud dilantik sebagai Pemangku Raja Terengganu. Apabila Sultan Ismail Nasaruddin Shah mangkat pada tahun 1979, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Tengku Mahmud. Baginda menduduki takhta kerajaan Terengganu dengan gelaran Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Sultan Mahmud mangkat pada 15 Mei 1998 di Singapura. Dengan itu, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Sultan Mizan Zainal Abidin.


Kesultanan Terengganu[sunting | sunting sumber]
1708-1733: Sultan Zainal Abidin Ibni Tun Habib Abdul Majid
1733-1794: Sultan Mansur I
1794–1808: Sultan Zainal Abidin Shah II, Putera Sultan Mansur I
1808–1830: Sultan Ahmad Muazzam Shah I, Putera Sultan Zainal II
1830: Sultan Abdul Rahman Shah, Putera Sultan Zainal II
1830–1831: Sultan Daud, Putera Sultan Ahmad I
1831–1837: Sultan Mansur Riayat Shah II, Putera Sultan Zainal II
1837–1839: Sultan Muhammad Muazzam Shah I, Putera Sultan Mansur II
1839–1876: Baginda Omar
1876–1881: Sultan Ahmad Muazzam Shah II
1881–1918: Sultan Zainal Abidin Shah III, putera Sultan Ahmad II
1918–1920: Sultan Muhammad Muazzam Shah II, Putera Sultan Zainal III
1920–1942: Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
1942-1945: Sultan Ali, putera Sultan Sulaiman
1945-1979: Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Putera Sultan Zainal III
1979-1998: Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
1998-2024: Sultan Mizan Zainal Abidin

Negeri Terengganu Darul Iman


Terengganu

Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri dalam Malaysia. Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu ialah 12,955 km2.
Terengganu terbahagi kepada 8 daerah iaitu :-

Besut بسوت
Setiu ستيو
Hulu Terengganu هولو ترڠڬانو
Kuala Nerus كوالا نروس (Diisytiharkan pada 18 September 2014 oleh PM Malaysia yang ke-6,)
Kuala Terengganu كوالا ترڠڬانو
Marang مارڠ
Dungun دوڠون
Kemaman كمامن

Terengganu dibahagikan kepada 8 parlimen iaitu:-

Besut بسوت
Setiu ستيو
Hulu Terengganu هولو ترڠڬانو
Kuala Nerus كوالا نروس
Kuala Terengganu كوالا ترڠڬانو
Marang مارڠ
Dungun دوڠون
Kemaman كمامن

Bandar-bandar utama di Terengganu adalah

Kuala Terengganu Bandaraya Warisan Pesisir Air (Ibu negeri)
Gong Badak
Chukai
Jerteh
Dungun
Kuala Berang
Marang
Bandar Permaisuri
Kampung Raja
Kuala Ibai