Kerajaan Negeri Terengganu sedang merangka program untuk
meningkatkan lagi pencapaian pelajar-pelajar di dalam peperiksaan UPSR di
seluruh negeri Terengganu melalui Projek Tuisyen Yayasan Terengganu.
Sehubungan itu, Yayasan Terengganu mempelawa calon-calon
warganegara Malaysia dengan keutamaan graduan bidang pendidikan yang masih
belum bekerja di kalangan rakyat negeri Terengganu yang berkelayaakn untuk
mengisi kekosongan jawatan berikut:
1. Maklumat Jawatan
i. Jawatan
: Guru Tuisyen
ii. Penempatan
: Sekolah-sekolah rendah terpilih negeri Terengganu
2. Syarat Lantikan
i. Rakyat
Negeri Terengganu
ii. Memiliki
Ijazah dalam bidang Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris/Sains Tulen/Matematik
iii. Berumur
23 – 30 tahun
iv. Minat
mengajar serta berpersonaliti ceria, penyabar dan kreatif
3. Deskripsi Tugas
i. Membantu
meningkatkan pencapaian akademik pelajar sebelum menghadapi peperiksaan UPSR.
ii.
Meningkatkan motivasi pelajar untuk menghadapi UPSR.
4. Temuduga
i. Hanya
calon-calon yang LAYAK selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
ii.
Permohonan yang tidak menerima jawapan di dalam tempoh enam bulan
selepas iklan ini ditutup dianggap GAGAL.
5. Cara Permohonan
Borang Permohonan klik di sini -> BORANG ONLINE
No comments:
Post a Comment