Monday, July 18, 2016

Saman Sebab Menampal Pelekat Pada Cermin Kereta

MELAKA - Viral di media sosial gambar surat saman seorang pemilik kereta yang didakwa telah melakukan kesalahan menampal sesuatu pada cermin kenderaannya.



Surat saman yang dikeluarkan pada 17 Julai 2016 itu menyatakan bahawa pemilik kereta terbabit melakukan kesalahan menampal sesuatu di cermin keretanya pada jam 10:57 pagi, di Jasin.

Berdasarkan gambar kesalahan yang turut disertakan pada surat saman bercetak itu menunjukkan, sticker yang dimaksudkan itu adalah sticker larangan merokok, makan dan sebagainya yang menjadi trend pemilik kereta masa kini.

Bagaimanapun, tidak dijelaskan kesalahan itu di bawah Seksyen dan Akta Pengangkutan Jalan secara terperinci.



Susulan itu, netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka di laman sosial.

"Kesalahan di bawah seksyen mana, akta pengangkutan jalan mana? Dalam surat itu, ruang tersebut tidak diisi," kata Modesa yang mempertikaikan surat saman berkenaan.

"Rakyat perlukan penjelasan yang lebih mendalam. Sebelum (PDRM) melaksanakan sesuatu, tolong war-warkan di media agar pengguna tahu dan boleh bersedia," kata Itzme Elanne.

Rujukan -
http://www.lamankongsi.com/
http://pixelperfext.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment