Monday, September 21, 2026

, ,

JAWATAN KOSONG 2026 : Jawatan Kosong Polis Bantuan ECRL - Tutup 26 September 2026

Jawatan Kosong Polis Bantuan ECRL 



 Skop Tugas:

  • Menjalankan rondaan, kawalan keselamatan dan pencegahan jenayah
  • Melindungi kakitangan, penumpang, pelawat, aset dan infrastruktur ECRL
  • Membantu pengurusan insiden, kecemasan dan pematuhan prosedur keselamatan.

Syarat Kelayakan:

  • Terbuka kepada pemohon warganegara Malaysia yang berasal dari Kuantan, Maran, Temerloh, Bentong, Dungun atau Kemaman, berdasarkan alamat tempat tinggal yang tertera pada MyKad.
  • Berumur 18 hingga 21 tahun pada tarikh tutup permohonan
  • Lulus SPM/setaraf dan kepujian Bahasa Melayu dan lulus bahasa Inggeris (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM/setaraf
  • Tiada rekod jenayah atau kesalahan serius
  • Lulus tapisan keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia
  • Mempunyai lesen memandu yang sah sekurang-kurangnya B2
  • Bersedia menjalani latihan asas Polis Bantuan dan ditempatkan di lokasi operasi ECRL mengikut keperluan syarikat
  • Mempunyai sahsiah, disiplin, integriti dan ketahanan diri yang tinggi.

Kelayak Fizikal:

  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.65 (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa bersepatu
  • Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan wanita sekurangkurangnya 48 kg
  • Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26
  • Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja)
  • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap)
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
  • Tidak mempunyai sejarah kemalangan atau kecederaan serius.

Tarikh Tutup Permohonan 26 September 2026
Share:

0 comments:

Post a Comment