Thursday, January 5, 2023

, , , , ,

PERMOHONAN MEMBINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI (iRAHMAN) BAGI TAHUN 2023 DIBUKA BERMULA 5 JANUARI 2023 HINGGA 15 FEBRUARI 2023

SYARAT:

1. Pemohon berumur 21 Tahun ke atas. Bagi pemohon melebihi umur 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga (isteri/adik-beradik/ibubapa/anak-anak);

2. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berumur 35 tahun ke atas layak dipertimbangkan;

3. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri;

4. Pendapatan isi rumah bagi pemohon adalah bermula RM2,000.00 sehingga RM4,500.00

5. Penerima tawaran membeli RMM (Penswastaan) yang tidak berjaya memperolehi pinjaman daripada pihak bank (2 bank); perlu disertakan surat penolakan daripada bank tersebut

6. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu;

7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon

8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.

9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM / RMR RAHMAN sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

10. Permohonan bina rumah di atas tanah sendiri perlu mempunyai keluasan minima (50' lebar x 72' panjang) = 3600 kps; dan

11. Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadai/bebanan ke atasnya.


Sila layari eperumahan Terengganu

Share:

0 comments:

Post a Comment