Wednesday, April 20, 2022

, , , ,

AMALAN 10 AKHIR RAMADAN

๐€๐Œ๐€๐‹๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ ๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐‡๐€๐

Antara cara-cara yang betul menyambut Ramadhan ialah:

โ€ข Menyambut Ramadhan dengan perasaan yang gembira kerana keampunan, rahmat dan kurniaan Allah yang mencurah-curah disediakan oleh-Nya dalam bulan ini. 

โ€ข Mempersiapkan diri dengan menambah ilmu pengetahuan fardu ain, khususnya tentang puasa melalui pembacaan dan menghadiri majlis-majlis ilmu, tentang hukum-hakam puasa, solat Tarawih, membaca al-Quran dan apa sahaja yang berkaitan dengannya supaya semua ibadah bukan sahaja ๐˜ด๐˜ข๐˜ฉ (lulus), tetapi ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฒ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ญ (diterima) di sisi Allah. Ingatlah selalu bahawa berapa banyak amalan yang ๐˜ด๐˜ข๐˜ฉ, tetapi tidak ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฒ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ญ di sisi-Nya. 

โ€ข Bersedia membersihkan diri daripada kotoran dosa dan maksiat dengan banyak beristighfar dan bertaubat seawal bulan Rejab malah lebih awal dari itu, supaya dapat memasuki Ramadhan dan mendapat keampunan (๐˜ฎ๐˜ข๐˜จ๐˜ฉ๐˜ง๐˜ช๐˜ณ๐˜ข๐˜ฉ) seawal sepuluh pertama daripada Ramadhan.

โ€ข Berusaha menyelesaikan urusan-urusan yang berkaitan dengan dunia umpamanya tugasan kerja di pejabat dan di rumah, supaya tidak disibukkan dengan urusan-urusan sebegini bila tiba Ramadhan, terutama pada 10 yang terakhir.


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment