Peraturan-Peraturan Dan Syarat-Syarat
Mengenai Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon
Pintar (Smartphones) Bagi Anggota Perkhidmatan
Awam
Tujuan
Pekeliling ini bertujuan untuk menetapkan syarat-syarat permohonan
pembelian di bawah Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar
(Smartphones) bagi Anggota Perkhidmatan Awam. Pekeliling ini juga
memperuntukkan tatacara kewangan dan perakaunan yang perlu dipatuhi
oleh pihak yang bertanggungjawab memproses, meluluskan, mengurus
dan menerima pembiayaan Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar
(Smartphones) ini.
Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (Smartphones)
Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (Smartphones) adalah
suatu kemudahan pembiayaan yang diwujudkan bagi membiayai
pembelian komputer dan Telefon Pintar (Smartphones) oleh Pegawai
Perkhidmatan Awam.
Syarat-Syarat Pembiayaan
Kelayakan :
*Pegawai Perkhidmatan Awam yang sedang berkhidmat,
dilantik secara tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan
layak memohon pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan ini.
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 9.1
M.S. 4/15
*Pegawai Perkhidmatan Awam yang telah membuat pinjaman
pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan Komputer dan
Telefon Pintar (Smartphones) ini juga layak membuat
permohonan pembiayaan setiap tiga (3) tahun dengan syarat
pinjaman yang terdahulu telah diselesaikan.
Amaun Pembiayaan :
*Amaun pembiayaan maksimum adalah sebanyak Ringgit
Malaysia Lima Ribu (RM5,000.00) sahaja (bagi salah satu
atau kombinasi kedua-duanya).
*Amaun pembiayaan yang dibenarkan juga adalah tertakluk
kepada pengiraan jumlah potongan bulanan bagi bayaran
balik tidak melebihi 1/3 daripada gaji pokok dan semua
potongan gajinya hendaklah tidak melebihi 60% daripada
jumlah gaji pokok dan elaun-elaun.
Pembelian komputer:
*Pembelian komputer yang dibenarkan adalah pembelian
komputer baharu termasuk perkakasan dan perisiannya.
*Komputer bagi maksud pekeliling ini dikelaskan kepada tiga
(3) kategori seperti berikut:
a) komputer desktop;
b) komputer riba; dan
c) komputer tablet.
*Perkakasan bagi maksud pekeliling ini dikelaskan kepada tiga
(3) kategori seperti berikut:
a) mesin pencetak;
b) mesin pengimbas; dan
c) peranti pelbagai fungsi (multifunction device).
*Pemohonan untuk membuat pembelian lebih daripada satu
unit komputer adalah dibenarkan tetapi bukan dari kategori
komputer yang sama.
*Permohonan untuk pembelian komputer bersama lebih dari
satu unit perkakasan adalah dibenarkan tetapi bukan dari
kategori perkakasan yang sama.
*Pembelian komputer di bawah pakej jalur lebar dibenarkan
tetapi pembiayaan tidak termasuk bayaran langganan
bulanan.
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 9.1
M.S. 5/15
*Urus niaga pembelian komputer hendaklah dilakukan di
dalam Malaysia.
Pembelian Telefon Pintar (Smartphones):
*Pembelian telefon pintar (smartphones) yang dibenarkan
adalah pembelian telefon pintar (smartphones) baharu
termasuk perkakasan tambahan.
*Pemohonan untuk membuat pembelian lebih daripada satu
unit telefon pintar adalah tidak dibenarkan sama sekali.
*Pembelian telefon pintar (smartphones) di bawah pakej jalur
lebar dibenarkan tetapi pembiayaan tidak termasuk bayaran
langganan bulanan.
*Urus niaga pembelian telefon pintar (smartphones) hendaklah
dilakukan di dalam Malaysia.
6.
Permohonan Pembiayaan :
*Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang
Permohonan Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar
(smartphones) Anggota Perkhidmatan Awam (Borang Kew. 317)
seperti yang dilampirkan di Lampiran A. Borang Permohonan
hendaklah disediakan sebanyak tiga (3) salinan dan dikemukakan
kepada Bahagian Kewangan Kementerian/Jabatan Pegawai.
*Permohonan hendaklah disertakan dengan sebut harga dengan
menyenaraikan butiran yang hendak dibeli. Sebut harga daripada
pembekal yang berdaftar berdasarkan undang-undang di Malaysia
sama ada diperoleh secara terus atau atas talian (online) adalah
diterima.
Jadual pembayaran pinjaman :
0 comments:
Post a Comment