TIPS TEMUDUGA : PENYEDIAAN RAKAMAN VIDEO OLEH CALON TEMU DUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN SPP TAHUN 2020 ZON TIMUR(TERENGGANU, KELANTAN & PAHANG) - BAGI JAWATAN PEMBANTU OPERASI GRED N11
ARAHAN OLEH SPP: Berikutan daripada penularan pandemik COVID-19, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP) mengambil langkah untuk melaksanakan urusan temu duga AKP secara rakaman video. Sehubungan dengan itu, calon perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan iaitu CALON PERLU MEMUAT NAIK SEMUA MAKLUMAT SECARA DALAM TALIAN.
Antara maklumat yang perlu calon hantar ialah :
1. Borang maklumat calon ( borang maklumat )
2. Rakaman video calon ( panduan video rakaman)
3. Dokumen berkaitan dengan calon seperti kad pengenalan, sijil spm dan yg berkaitan. ( senarai dokumen)
*CALON DISARANKAN UNTUK BACA DAN IKUT SEMUA ARAHAN DARI WEB SPP YANG SAH !!! ( https://semakan.spp.gov.my/semakan/Rakaman/jadual_temuduga_rakaman_view.php )
***BAGI CALON JAWATAN PEMBANTU OPERASI GRED N11, DI SINI SAYA KONGSIKAN TIPS DAN MAKLUMAT YANG PERLU ANDA SERTAKAN DALAM RAKAMAN VIDEO TEMU DUGA ANDA***
Berdasarkan soalan yang SPP berikan, calon perlu menyediakan rakaman video tanpa edit/filter dengan berpakaian kemas seperti ditemuduga biasa dan rakaman perlu berbahasa melayu dan berdurasi 3-5 minit.
SOALAN YANG PERLU DIJAWAB :
A. Latar belakang - huraikan latar belakang anda. Bermula dengan nama, umur dan tahap pendidikan anda. sedikit latar belakang keluarga seperti pekerjaan ayah mak dan bilangan adik beradik. asal tempat tinggal dimana. disini anda perlu setakan maklumat tentang diri anda yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon dan pengalaman kerja juga berkait dengan jawatan dipohon.
B. Apa yang anda faham tentang jawatan dan kenapa pilih jawatan ini? - SKOP KERJA! anda perlu tahu apa tugas kerja yang anda pohon ini. Jadi sertakan semua yang anda tahu. DI SINI SAYA KONGSI SKOP JAWATAN PEMBANTU OPERASI N11 iaitu:
*SEKIRANYA DITEMPATKAN DI JABATAN (JPN@PPD)
1. Mengendalikan tugas penyampaian atau kutipan surau dokumen/saman/ notis dengan sempurna, cekap dan berkesan.
2. Membantu membuat salinan pendua dan penjilidan dokumen
3. Mengangkat, menyusun dan mengemas barang-barang atau peralatan bekalan dari stor pejabat.
4. Mengemas dan menyusun atur bilik mesyuarat sebelum dan selepas mesyuarat serta memastikan peralatan di bilik mesyuarat disenggara dengan baik.
5. Membantu membawa peralatan penggambaran/ peralatan ICT dan memastikan keselamatan peralatan berkenaan.
6. Memastikan kebersihan dan kekemasan pejabat sepanjang masa
7. Melaksanakan tugas pemanduan kenderaan pada bila-bila masa apabila diarahkan oleh Ketua Jabatan.
8. Membantu dan menjadi urus setia bengkel/ kursus/ mesyuarat sekiranya diarahkan.
9. Bertugas di kaunter pertanyaan/ kaunter utama mengikut jadual.
10. Membantu dalam penyediaan Kad Perakam waktu.
11. Tugas- tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
*SEKIRANYA DITEMPATKAN DI SEKOLAH/INSTITUSI KPM
1. Mengendalikan tugas penyampaian atau kutipan suraU dokumen/saman/ notis dengan sempurna, cekap dan berkesan.
2. Membantu membuat salinan pendua dan penjilidan dokumen.
3. Mengangkat, menyusun dan mengemas barang-barang atau peralatan bekalan dari stor pejabat.
4. Mengemas dan menyusun atur bilik mesyuarat sebelum dan selepas mesyuarat . serta memastikan peralatan di bilik mesyuarat disenggara dengan baik.
5. Membantu membawa peralatan penggambaran/ peralatan lcT dan memastikan keselamatan peralatan berkenaan.
6. Memastikan kebersihan dan kekemasan pejabat sepanjang masa.
7. Melaksanakan tugas pemanduan kenderaan pada bila-bila masa apabila diarahkan oleh Ketua Jabatan.
8. Membantu dan menjadi urus setia bengkel/ kursusl mesyuarat sekiranYa diarahkan.
9. Membantu merekod dan menguruskan pengambilan dokumendokumen seperti sijit-sijil peperiksaan UPSR/ PMR/ PT3/ SMA/ SpM/ STpMI bfng dan Surat Akuan/ Sijil Berhenti Sekolah.
10. Bertugas di kaunter pertanyaan/ kaunter utama mengikut jadual.
11. Membantu dalam urusan bank seperti membayar bil dan lain-lain.
12. Membantu dalam penyediaan Kad Perakam waktu.
13. Membantu urusan pendaftaran murid baru dan pertukaran murid.
14. Tugas- tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
*Anda perlu huraikan setiap tugasan kerja tersebut.
*Untuk senarai penuh skop kerja dan tugasan serta skop kerja bagi jawatan lain, saya sertakan link untuk download dokumen skop tugas di akhir entri ini...
C. Kemahiran untuk berkerja dengan jawatan ini? - anda perlu ceritakan pengalaman kerja atau apa2 pengalaman anda yang pernah lakukan yang berkaitan dengan jawatan ini. sebagai contoh : "Saya pernah berkerja sebagai EIO, dalam tugas harian saya selalu mengendalikan email, minit surat dan simpan fail" email/surat/rekod fail adalah berkaitan dengan tugas jawatan dipinta.
D. Pendapat anda mengenai kerja kerajaan? - pendapat peribadi anda, berikan yang positif. contoh: jawatan PEMBANTU OPERASI(PO) ibarat tulang belakang bagi sesebuah organisasi. tanpa pembantu operasi; surat tidak di cetak/minit/edar dan tiada rekod fail yang tersusun. organisasi sukar untuk bergerak melakukan tugas. bantu mempercepatkan tugasan harian jabatan/organisasi.
E. Pendapat anda mengenai kerja luar masa/waktu pejabat? - Sekiranya di arahkan atau ada tugasan yang perlu disiapkan. sebagai pekerja kita perlu siapkan tugasan atau ikut arahan ketua jabatan walaupun pada luar waktu pejabat - Anda boleh reka sendiri ayat manis dimana setujukan aje.
F. Adakah anda sedia ditempatkan kerja diluar negeri? - YA!!!
G. Sebab kenapa anda patut dipilih - Ceritakan kelebihan diri anda dan bagaimana anda boleh menguntungkan jabatan anda kerja. sebagai contoh : "Saya mempunyai pengalaman dalam mengendalikan komputer dan boleh membaiki kerosakan, saya berharap dapat membantu jabatan walaupun luar tugasan saya bagi memudahkan urusan organisasi"
H. *Dalam rakaman anda perlu buat gerakan. (*untuk penemuduga lihat pakaian kemas anda : kasut hitam, stokin, seluar slack hitam, baju kemeja lengan panjang, tali leher, nametag dan kemas tergosok rapi.. AMARAN : JANGAN PAKAI KOD/BLASER!!!)
TARIKH TUTUP !!! 6 Julai 2020
*itu saja yang boleh saya kongsikan sedikit tips untuk temuduga jawatan pembantu operasi. selamat berjaya kepada semua. :)
DOWNLOAD LINK SKOP TUGAS:
Saya nak tnya mcmmna nak buat video 5 minit. Boleh bagi conoh
ReplyDeleteBagi contoh
Delete