Monday, October 21, 2019

, , , , , ,

BAJET 2020 - PERKIRAAN TEBUS AWAL 75 HARI GANTIAN CUTI REHAT (GCR) 15 TAHUN PERKHIDMATAN

Dalam Bajet 2020 penjawat awam dibenarkan tebus awal Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 75 hari kalau dah berkhidmat minimum 15 tahun.


Ni ganjaran kalau tak pakai cuti rehat untuk penjawat awam. Sebelum ni boleh dapat kalau dah pencen je. Maksimum 150 hari.



Berapa boleh dapat kalau kita tebus sekarang? Contoh kalau nak tebus 75 hari ikut gaji semasa.
Gaji semasa : 5000
Elaun tetap : 500

Formula dia :
1/30 x 75 x 5500 = RM13,750

Berbaloi ke tak? Ada baki lagi 75 hari kan. Ambil contoh.

Gaji akhir : 6500
Elaun tetap : 500
Ganjaran : 1/30 x 75 x 7000 = RM17,450

Jumlah ganjaran 150 hari : RM13750 (tebus awal) + RM17450 (tebus pencen) = RM31,200

Cuba kita bandingkan kalau tak keluarkan sekarang. Tebus cuti 150 hari masa pencen.



Gaji akhir : 6500
Elaun tetap : 500
Ganjaran : 1/30 x 150 x 7000 = RM35,000

Kita dah boleh agak berapa anggaran kita boleh dapat kalau maksimum ganjaran cuti kita. Ni hanya perbandingan secara kasar.

Ada yang kata baik pakai sekarang nanti takut tak panjang umur nak pakai. Ada yang kata simpan dulu.

Ada yang cakap keluarkan sekarang lepas tu laburkan, boleh dapat lebih. Cuba kira kalau labur 10 tahun dan dapat return 7%.

RM13,750 -------> RM27,048

Jadi semuanya bergantung pada pilihan masing-masing. Lagipun surat edaran tak keluar lagi. Kita hanya buat perancangan.



Tak salah bermimpi di siang hari kan. Kah!

*Segala pengiraan dan perbandingan hanya pendapat peribadi penulis dan tiada kena mengena atau mewakili mana-mana individu atau pihak.

#cikguscooter

*perkongsian oleh : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2908771415816931&id=100000523031405
Share:

1 comment:

  1. Paling untung kalau 2-3 tahun lagi nak bersara. Kalau yang baru 15 tahun pun untung juga. :)

    ReplyDelete