JOM KEMASKINI MAKLUMAT BR1M 2018 BERMULA HARI INI 27 NOVEMBER 2017 HINGGA 31 DISEMBER 2017
MAKLUMAN TERKINI
- Tarikh akhir penunaian Baucar BR1M 2017 telah dilanjutkan sehingga 28 Disember 2017.
- Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2018 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang manual adalah bermula pada 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017. Sila klik Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2018 di semua Cawangan LHDNM.
SOALAN LAZIM (FAQ)
BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) 2018
PERMOHONAN BARU DAN KEMAS KINI BR1M 2018
1.
S: Bilakah pendaftaran BR1M 2018?
J: Pendaftaran BR1M 2018 bermula pada 27 November 2017 hingga 31
Disember 2017 (tertakluk kepada pindaan).
2.
S: Siapakah yang layak membuat Permohonan BR1M 2018?
J: Pemohon yang layak membuat permohonan BR1M 2018 perlulah
memenuhi syarat seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
ii. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang
tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi
rumah RM4,000 dan ke bawah
iii. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas)
dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
iv. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah
pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
v. Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Diskaun Siswa
1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018
3.
S: Bagaimana cara untuk saya membuat Permohonan BR1M 2018?
J: Anda boleh membuat Permohonan BR1M 2018 dengan mengisi Borang
BR1M 2018 sama ada secara dalam talian atau melalui borang.
i. Permohonan Dalam Talian
Permohonan BR1M 2018 boleh dibuat di Portal Rasmi BR1M
LHDNM,
*Permohonan baru atau kemaskini boleh klik link dibawah:
Permohonan dalam talian hanya boleh dibuat menggunakan
komputer sahaja dan simpan salinan permohonan bagi tujuan
rekod pendaftaran. Aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk
capaian peranti mudah alih.
ii. Permohonan Melalui Borang
Borang BR1M 2018 boleh didapati secara percuma di:
a. Portal Rasmi BR1M LHDNM
b. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /
Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
4.
S: Di mana saya boleh menghantar Borang BR1M 2018 yang telah
lengkap diisi?
J: Anda boleh menghantar Borang BR1M 2018 di kaunter-kaunter berikut:
i. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat
Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
ii. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
iii. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
iv. Pejabat Daerah / Pejabat Residen
Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.
5.
S: Apakah dokumen yang perlu dikemukakan bersama Borang BR1M
2018?
J: Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / tanggungan (jika
berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
i. Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang
dikeluarkan oleh SSM mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan
pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
ii. MyPR / MyKAS / Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) atau dokumen perjalanan seperti
pasport dan Visa bagi pasangan / tanggungan bukan warganegara
Malaysia.
iii. Salinan pembuktian status perceraian / kematian pasangan bagi
status Ibu Bapa Tunggal / Balu /Janda / Duda (jika berkaitan). Sijil
perceraian pemohon yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam
Negeri (JAIN) atau JPN .
Anda perlu mengisi Borang Serahan Dokumen Sokongan BR1M 2018
(BK-17) semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke
LHDNM jika permohonan BR1M 2018 dibuat secara dalam talian.
6.
S: Berdasarkan Phamplet BR1M 2018 yang saya terima, ada
menyatakan pemohon boleh kemukakan Penyata pendapatan
perniagaan tahunan 2017 / Penyata akaun bank perniagaan /
persendirian (Akaun semasa / simpanan) bagi 3 bulan terkini tahun
2017 semasa permohonan. Adakah dokumen berkenaan boleh
dikemukakan semasa permohonan?
J: Ya. Dokumen sokongan berkenaan boleh dikemukakan semasa
permohonan BR1M 2018.
7.
S: Semasa BR1M 2017, saya telah kemukakan salinan pengenalan
pasangan / tanggungan. Adakah saya perlu kemukakan semula
bagi Permohonan Kemas Kini BR1M 2018?
J: Tidak perlu sekiranya maklumat pasangan / tanggungan adalah sama
dan tiada perubahan kecuali sekiranya pasangan / tanggungan
menggunakan pengenalan Pasport / MyKAS, dimana tuan perlu
kemukakan semula salinan pengenalan pasport / MyKAS yang lengkap
ke Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat
Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran.
8.
S: Bagaimanakah saya hendak kemukakan dokumen sokongan
sekiranya Borang BR1M 2018 telah dihantar sebelum ini?
J: Anda boleh mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan ke
Cawangan LHDNM yang berhampiran dengan mengisi Borang Serahan
Dokumen Sokongan BR1M 2018 (BK-17) yang boleh diperolehi di
Cawangan LHDNM / muat turun di Portal Rasmi BR1M LHDNM.
Pastikan anda mendapat keratan Akuan Penerimaan Permohonan
BR1M 2018 apabila menghantar borang tersebut sebagai rekod
penyerahan. Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.
9.
S: Saya telah menghantar Permohonan BR1M 2018 secara dalam
talian. Perlukah saya kemukakan dokumen sokongan?
J: Ya. Anda perlu kemukakan dokumen sokongan yang diperlukan
sekiranya terdapat mesej peringatan penghantaran salinan dokumen
sokongan yang dipaparkan semasa permohonan dalam talian dibuat.
Kaedah penghantaran dokumen sokongan adalah seperti jawapan bagi
soalan No. 8.
10.
S: Saya telah membuat Permohonan BR1M 2018 secara manual
dengan menghantar Borang BR1M 2018 ke Cawangan LHDNM.
Adakah saya boleh mengemas kini semula permohonan secara
dalam talian?
J: Tidak. Kemas Kini secara dalam talian tidak dibenarkan sekiranya tuan
telah menghantar permohonan baru / kemas kini secara manual ke
Cawangan LHDNM yang berhampiran dan kemasukan data ke sistem
BR1M telah dibuat oleh LHDNM. Oleh itu, sebarang kemas kini
selanjutnya berkaitan permohonan BR1M, tuan perlu kemukakan
semula Borang BR1M 2018 ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.
11.
S: Adakah penerima BR1M sebelum ini perlu memohon semula /
mengemaskini maklumat?
J: Penerima BR1M perlu mengemas kini maklumat sekurang-kurangnya
sekali dalam tempoh 3 (tiga) tahun permohonan. Walau bagaimanapun,
kemas kini maklumat perlu dilakukan oleh pemohon setiap tahun
sekiranya terdapat perubahan seperti berikut:
i. Status perkahwinan (perceraian / kematian pasangan)
ii. Alamat surat menyurat terkini, e-Mel dan nombor telefon rumah /
bimbit
iii. Maklumat akaun bank
iv. Maklumat pasangan / tanggungan
v. Maklumat waris.
Oleh itu, bagi penerima BR1M 2014 yang tidak mengemaskini
permohonan sehingga BR1M 2017 perlu membuat permohonan baru
pada BR1M 2018.
12.
S: Jika penerima BR1M 2017 telah meninggal dunia, adakah ahli isi
rumah / waris layak menerima BR1M 2018?
J: Isi rumah / waris tidak layak menerima BR1M 2018 kerana penerima
BR1M 2017 telah meninggal dunia. Isi rumah / waris perlu membuat
Permohonan Baru BR1M 2018 jika melepasi syarat kelayakan.
13.
S: Saya telah bercerai pada pertengahan tahun 2017. Nama saya telah
dimasukkan sebagai pasangan kepada bekas suami saya semasa
permohonan BR1M 2018. Adakah saya boleh membuat
Permohonan BR1M 2018?
J: Boleh. Anda perlu membuat permohonan baru BR1M 2018 dengan
status Ibu / bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda dan memasukkan tarikh
perceraian. Salinan sijil perceraian yang sah perlu dikemukakan ke
Cawangan LHDNM yang berhampiran.
14.
S: Saya telah bercerai pada pertengahan tahun 2017 dan telah
berkahwin semula baru-baru ini. Nama saya masih dikekalkan
sebagai pasangan dalam permohonan BR1M bekas suami saya
semasa Permohonan BR1M 2017. Adakah suami saya sekarang
boleh memasukkan nama saya sebagai pasangan di dalam Borang
BR1M 2018?
J: Boleh. Suami anda sekarang boleh memasukkan nama anda sebagai
pasangan. Walau bagaimanapun, anda perlu kemukakan Sijil
Perceraian dengan bekas suami dan Sijil Perkahwinan yang baru dan
memaklumkan kepada Cawangan LHDNM semasa penghantaran
borang permohonan BR1M bagi membolehkan kemas kini dibuat ke atas
permohonan bekas suami anda.
13.
S: Pasangan saya merupakan penerima BR1M 2017 tetapi telah
menghilangkan diri. Adakah saya boleh memohon BR1M 2018?
J Anda perlu mengemukakan laporan polis berkenaan pasangan
menghilangkan diri bagi membatalkan permohonan pasangan di
Cawangan LHDNM dengan mengisi Borang Pembatalan Permohonan
BR1M 2018. Anda boleh membuat Permohonan Baru BR1M 2018
dengan berstatus kahwin (sekiranya belum bercerai secara sah).
14.
S: Pasangan saya merupakan penerima BR1M 2017 tetapi telah
dipenjarakan. Adakah saya boleh memohon BR1M 2018?
J Anda perlu mengemukakan surat pengesahan penjara bagi
membatalkan permohonan pasangan di Cawangan LHDNM dengan
mengisi Borang Pembatalan Permohonan BR1M 2018. Anda boleh
membuat Permohonan Baru BR1M 2018 dengan berstatus kahwin
(sekiranya belum bercerai secara sah).
15.
S: Semasa permohonan / rayuan BR1M 2017, saya telah
mengemukakan dokumen sokongan dan telah diluluskan bagi
kategori isi rumah. Adakah saya perlu kemukakan semula
dokumen berkenaan untuk BR1M 2018?
J: Ya. Anda perlu kemukakan semula dokumen berkenaan semasa
permohonan. Walau bagaimanapun, penentuan kelulusan bagi sesuatu
kategori adalah bergantung kepada ketetapan Kementerian Kewangan
Malaysia (MoF).
16.
S: Semasa BR1M 2017, saya dikenalpasti oleh LHDNM menjalankan
perniagaan dan gagal mengesahkan pendapatan semasa tempoh
rayuan. Oleh itu, bayaran bantuan yang diterima adalah tidak
sepenuhnya. Adakah saya perlu membuat permohonan baru
semasa BR1M 2018 dan apakah dokumen sokongan yang perlu
saya kemukakan?
J: Ya. Anda perlu membuat permohonan baru bagi BR1M 2018. Jika
didapati perniagaan telah ditamatkan mulai 1 Oktober 2017,
Pengesahan Penamatan Perniagaan boleh dikemukakan.
17.
S: Saya telah menerima surat tidak layak kerana berada di luar negara
pada BR1M 2017. Adakah saya layak untuk membuat permohonan
BR1M 2018 kerana saya kini telah menetap di Malaysia?
J: Ya. Anda boleh membuat permohonan BR1M 2018 dengan hadir sendiri
ke LHDNM dengan mengemukakan dokumen sokongan yang
membuktikan anda telah menetap di Malaysia seperti berikut:
i. Surat pengesahan daripada majikan; atau
ii. Salinan slip gaji terkini
18.
S: Saya telah menerima surat tidak layak kerana melaporkan
maklumat palsu pada BR1M 2017. Adakah saya layak untuk
membuat permohonan BR1M 2018?
J: Tidak. Anda tidak layak untuk membuat permohonan BR1M selama 3
tahun seperti ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).
19.
S: Pendapatan terkini saya termasuk gaji bulanan, bonus dan lain-lain
elaun. Apakah jumlah pendapatan yang perlu saya laporkan pada
Borang BR1M 2018?
J: Anda perlu melaporkan gaji kasar bulanan dan lain-lain elaun tetap
kecuali bonus bagi semua isi rumah.
20.
S: Bagaimana sekiranya saya tidak mengisi nombor akaun bank
semasa Permohonan BR1M 2018?
J: Anda digalakkan untuk mengisi nombor akaun bank bagi memudahkan
dan mempercepatkan urusan pembayaran. Jika tidak, anda perlu
menghadiri majlis penyerahan baucar dan penunaian perlu dibuat
secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).
21.
S: Apakah akaun bank yang perlu saya daftarkan ketika Permohonan
BR1M 2018?
J: Anda perlu mendaftarkan akaun bank persendirian yang aktif dimana
maklumat pengenalan diri (nama dan nombor pengenalan) ketika akaun
bank tersebut dibuka perlu sama seperti pengenalan diri pada
permohonan BR1M 2018. Anda boleh merujuk senarai bank yang
terlibat pada Portal Rasmi BR1M.
22.
S: Saya hanya mempunyai Kad Pengenalan Lama dan tidak
memperbaharuinya lagi. Adakah saya boleh membuat Permohonan
BR1M 2018?
J: Anda perlu merujuk Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan
MyKad kerana Permohonan BR1M 2018 mewajibkan penggunaan
MyKad sahaja.
23.
S: Saya bukan Warganegara Malaysia. Adakah saya layak memohon
BR1M 2018?
J: Tidak. Bantuan ini adalah untuk Warganegara Malaysia sahaja.
24.
S: Saya merupakan Warganegara Malaysia tetapi menetap di
Singapura. Adakah saya layak memohon BR1M 2018?
J: Tidak. Bantuan ini adalah untuk Warganegara Malaysia yang menetap
di Malaysia sahaja.
25.
S: Saya merupakan warganegara Malaysia tetapi menetap di
Singapura. Adakah saya layak membuat permohonan BR1M
dengan menggunakan alamat surat-menyurat di Malaysia?
J: Tidak. Ini kerana anda telah memberikan maklumat yang tidak benar
ketika permohonan dibuat. Anda dengan ini didapati bersalah di bawah
Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan
hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga (3) tahun dan
juga boleh dikenakan denda serta disenaraihitam oleh Kementerian
Kewangan Malaysia dari menerima BR1M.
LAIN-LAIN
26.
S: Bagaimana cara saya untuk mengetahui status permohonan BR1M
2018?
J: Status permohonan BR1M 2018 boleh diketahui apabila kerajaan
mengumumkan mengenai pembayaran BR1M 2018. Pemakluman
mengenai status permohonan BR1M 2018 adalah seperti berikut:
i. Surat makluman yang akan dicetak dan diposkan kepada
pemohon;
ii. Portal Rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my;
iii. Semakan secara Aplikasi Mobile BR1M:
Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps
Store bagi platform iOS
iv. Melalui e-Mel berdasarkan alamat e-Mel yang dikemukakan
semasa permohonan terutama bagi permohonan yang berstatus
tidak lulus;
v. Menghubungi LHDNM: 1-800-88-2716 atau MoF: 03-8882 4565 /
4566; atau
vi. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC
LHDNM.
27.
S: Bagaimana cara untuk saya mendapatkan maklumat terkini,
membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BR1M 2018?
J: Anda boleh mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau
aduan melalui saluran berikut:
i. Portal Rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my;
ii. Aplikasi Mobile BR1M
iii. Menghubungi LHDNM: 1-800-88-2716 atau MoF: 03-8882 4565 /
4566; atau
iv. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC
LHDNM.
28.
S: Jika seseorang memberi maklumat palsu, apakah tindakan yang
akan dikenakan?
J: Seseorang boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun
Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga
tiga (3) tahun dan denda serta disenaraihitam oleh Kementerian
Kewangan Malaysia dari menerima BR1M.
29.
S: Maklumat saya telah digunakan oleh individu lain bagi tujuan
permohonan BR1M 2018. Apakah yang perlu saya lakukan?
J: Anda perlu membuat laporan polis dan kemukakan bersama salinan
pengenalan (isi rumah), sijil perkahwinan / Sijil Kematian / Sijil
Perceraian (jika berkaitan) ke Cawangan LHDNM untuk tindakan
selanjutnya.
30.
S: Saya telah disenarai hitam oleh MoF, apa yang perlu saya lakukan?
J: Anda perlu merujuk kepada Sekretariat BR1M, MoF seperti berikut:
Sekretariat BR1M
Pejabat Belanjawan Negara
Aras 6 Blok Utara
Kementerian Kewangan Malaysia
No.5 Persiaran Perdana
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya.
Hotline BR1M MoF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
e-mel: br1m@treasury.gov.my
HUBUNGI KAMI
|
Kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada
ReplyDeleteallah s,w,t
dan terimah kasih banyak aki atas bantuan nomor togel nya,yang aki berikan,singapura.4D,(3849) alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus aki.dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga bank bri dan bukan hanya itu aki. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan aki..
sekali lagi makasih banyak ya aki bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi aki soleh,,di no cll 082-313-336-747
insya allah anda bisa seperti saya menang togel 275
juta, wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan sendiri,
Ada Solusi yang tepat jangan anda putus asah AKI SOLEH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/Gaib:
butuh angka togel 2D 3D 4D 5D 6D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: 082313336747
KLIK DISINI
Atau Chat/Tlpn di WhatsApp (WA)
No WA Aki : 082313336747
KLIK DISINI INfO PESUGIHAN PUTIH
Ada Juga Jenis Pesugihan Dana Ghaib, Pesugihan Uang Balik, Pesugihan Sewa Tuyul Dari Mesir&Nomor Togel, Dll,
Angka Ghaib; Singapura
Angka Ghaib; Hongkong
Angka Ghaib; Toto malaysia
Angka; Ghaib; Keputusan Magnum
Angka; Ghaib; Kuda Lari
Angka Ghaib; Kambodia
Angka Ghaib; Sydney
Angka Ghaib; Laos