INFO - PERTANDINGAN MEMBANGUNAN APLIKASI APP HACKATHON APLIKASI MUDAH ALIH 2017
TERMA DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. MATLAMAT PERTANDINGAN
Mempromosikan inisiatif MAMPU dalam pembangunan aplikasi mudah alih.
Menggalakkan penglibatan agensi kerajaan untuk membangunkan aplikasi mudah alih menggunakan perisian AppGen.
Menjana pemikiran kreatif dan berinovasi dalam perkhidmatan awam.
Memperbanyakkan aplikasi mudah alih yang memberi impak tinggi kepada rakyat.
2. MASA PERTANDINGAN
Tempoh Pertandingan: 24 jam
Tarikh Mula dan Masa: 11 September 2017 (Isnin), 12:00 tengahari
Tarikh Tamat dan Masa: 12 September 2017 (Selasa), 12:00 tengahari
3. LOKASI PERTANDINGAN
Bebas atau di agensi masing-masing.
4. TERMA DAN SYARAT
A) PASUKAN BERTANDING
Terbuka kepada semua penjawat awam Malaysia.
Penyertaan secara berkumpulan tidak melebihi dari empat (4) orang setiap kumpulan.
Pasukan yang kekurangan ahli semasa pertandingan berlangsung boleh meneruskan penyertaan atau menarik diri daripada pertandingan.
B) PENDAFTARAN PENYERTAAN
Pasukan yang ingin menyertai pertandingan perlu menghantar borang penyertaan secara dalam talian sebelum/pada pukul 05:00 petang, 7 September 2017 (Khamis).
Pautan borang penyertaan: Link dibawah
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSemUPkLVISX4j2ROwnx9tmyS8Z-H0X3AXpYQ-4w1l4PmPQIDw/closedform
Pasukan yang layak bertanding akan diumumkan melalui e-mel selepas 7 September 2017 (Khamis).
Pemilihan pasukan dilakukan oleh pihak urus setia pertandingan; dan
Pasukan yang disenarai pendek adalah berdasarkan kepada cadangan aplikasi mudah alih yang akan dibangunkan.
C) AKTIVITI PERTANDINGAN
Membangunkan aplikasi mudah alih menggunakan perisian AppGen yang boleh diakses melalui URL: Portal AppGen ~ http://appgen.gamma.malaysia.gov.my/front/login
Bagi peserta yang tidak pernah menjalani kursus AppGen, manual pengguna akan dibekalkan oleh pihak penganjur pertandingan untuk membantu peserta memahami dan menguasai kemahiran menggunakan perisian tersebut.
Aplikasi mudah alih dibangunkan dalam tempoh masa 24 jam, penyerahan yang dibuat selepas daripada itu tidak akan dinilai oleh panel juri.
Aplikasi mudah alih yang dibangunkan MESTILAH berkaitan dengan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Aplikasi mudah alih yang dibangunkan adalah asli dan tidak terikat dengan mana-mana Harta Intelek (Intellectual Property).
Produk yang memenuhi kriteria, berpotensi dan mempunyai impak kepada masyarakat umum akan dimuatnaik ke portal GAMMA dan didedahkan kepada orang awam.
Sebelum memulakan proses pembangunan aplikasi mudah alih, pasukan atau wakilnya WAJIB menghadiri satu sesi taklimat yang akan diadakan sebelum majlis pembukaan pertandingan.
Semasa sesi taklimat, setiap pasukan akan menerima akaun pengguna AppGen yang baharu untuk digunakan dalam pertandingan.
Setiap kumpulan yang telah menyerahkan aplikasi mudah alih dikehendaki untuk membuat pembentangan hasil kerja masing-masing kepada panel juri pada satu sesi yang akan ditetapkan. Tempoh pembentangan adalah selama 10 minit.
Penganjur pertandingan (MAMPU) tidak akan menyediakan tempat dan perkakasan untuk pasukan membangunkan aplikasi mudah alih.
Kumpulan dikehendaki menggunakan perkakasan dan perisian ICT sendiri.
D) PENILAIAN
Setiap aplikasi mudah alih yang dibangunkan akan dinilai oleh panel juri profesional yang dilantik oleh pihak penganjur pertandingan. Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang bantahan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
E) HADIAH/CENDERAHATI PERTANDINGAN
Pertama: RM5,000.00
Kedua: RM3,000.00
Ketiga: RM1,000.00
Ke-4 hingga Ke-10: RM500
Sijil penyertaan (akan diberikan kepada setiap peserta)
F) PERUBAHAN
Penganjur pertandingan berhak untuk menukar, meminda, memotong atau menambah terma dan syarat pertandingan ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan semua peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.
G) LIABILITI
Penganjur pertandingan tidak akan bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berikut:
Sebarang masalah, kehilangan atau kerosakan hasil daripada sebarang sebab yang dialami oleh mana-mana pihak yang disebabkan oleh kelewatan atau kegagalan dalam menerima dan menghantar Borang Penyertaan
Sebarang masalah, kerosakan atau kerugian dalam apa jua bentuk kepada kesihatan fizikal dan mental daripada mana-mana peserta.
Sebarang masalah, kerosakan atau kerugian dalam apa jua bentuk kepada mana-mana peserta dan barang-barang mereka kerana mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Sebarang kesilapan (termasuk kesilapan dalam pemberitahuan pemenang), gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian Internet, kecurian, kemusnahan, atau kemasukan penyertaan tanpa kebenaran, kegagalan fungsi perkasasan atau perisian yang timbul semasa pertandingan.
Peserta bertanggungjawab terhadap:
Apa-apa kemudahan dan peralatan yang disediakan oleh pihak penganjur kepada mereka bagi tujuan pertandingan ini.
Memastikan kebersihan kawasan persekitaran yang digunakan semasa sesi taklimat dan pembentangan.
H) KEHILANGAN KELAYAKAN
Penganjur pertandingan (MAMPU) berhak untuk membatalkan penyertaan agensi/pasukan didapati melanggar atau tidak mematuhi mana-mana terma dan syarat yang telah ditetapkan.
H) KEHILANGAN KELAYAKAN
Penganjur pertandingan (MAMPU) berhak untuk membatalkan penyertaan agensi/pasukan didapati melanggar atau tidak mematuhi mana-mana terma dan syarat yang telah ditetapkan.
I) PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui e-mel ke: supports-gamma@mampu.gov.my
*sumber:
~ http://gamma.malaysia.gov.my/hackathon/
~ https://m.facebook.com/groups/210891205670497?view=permalink&id=1473610199398585
0 comments:
Post a Comment