IKLAN JAWATAN KOSONG MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Rujukan Fail : MPD. 01/02/28 ( 55 )
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Negeri Terengganu Darul Iman yang berkelayakan dan memenuhi syarat serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :
1. Akauntan Gred WA41 (Tetap )
2. Jurutera Gred J41 (Tetap)
3. Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41 (Tetap)
4. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Tetap)
5. Penolong Pegawai Penilaian Gred W29 (Tetap)
6. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 (Tetap)
7. Juruteknik Komputer Gred FT19 (Tetap)
8. Pemandu Kenderaan (Contract For Service)
CARA MEMOHON
i) Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui laman web https://kerjampd.empd.gov.my/
ii) Tarikh Tutup Permohonan : 26 SEPTEMBER 2023 (JAM 12.00 TENGAHARI)
CATATAN
i) Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
ii) Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memajukan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan untuk tiga (3) tahun berturut-turut hendaklah dikemukakan kepada :-
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
JALAN YAHAYA AHMAD
23000 DUNGUN
(U.P. BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)
iii) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
iv) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Dungun
BERTARIKH : 12 SEPTEMBER 2023
reff: https://mpd.terengganu.gov.my/index.php/ms/rakyat/peluang-pekerjaan
No comments:
Post a Comment