*Contoh Surat Permohonan Pegawai Pembantu Operasi Yang Mempunyai Lesen Memandu*
Nama Pemohon
Jawatan
Alamat Tempat Bertugas
Melalui :
Nama Ketua Jabatan
Jawatan
Alamat Tempat Bertugas
Kepada :
Alamat SPP
(u.p : Bhg Perkhidmatan) -> tarikh
Tuan,
*PERMOHONAN PELARASAN GAJI PERMULAAN BAGI PEMBANTU OPERASI N11 YANG MEMPUNYAI LESEN MEMANDU KENDERAAN*
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Untuk makluman tuan saya ....nama Pemohon..., No kad pengenalan ...... merupakan lantikan baru sebagai Pembantu Operasi N11 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang mula berkhidmat pada ..........
3. Saya mendapat maklumat, bagi Pembantu Operasi yang mempunyai lesen memandu kenderaan B2/B/D/E2/E1/E boleh memohon pelarasan gaji permulaan RM1262.15.
4. Justeru itu, saya ingin memohon pelarasan gaji tersebut. Hal ini kerana, saya mempunyai lesen memandu kenderaan B2 dan D untuk makluman tuan, diharap pihak tuan dapat mempertimbangkan pemohonan saya ini.
Segala keprihatinan dan perhatian daripada pihak tuan diucapkan terima kasih.
Sekian,
*"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"*
*"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"*
Saya yang menjalankan amanah,
............................................
Nama Pemohon
Jawatan
No comments:
Post a Comment