Saturday, July 30, 2022

Checklists TTC : Ada yang tengah TTC tengah ikhtiar Jom ikut tips TTC

Checklists TTC ✅

Ada yang tengah TTC / tengah ikhtiar 
Jom ikut tips TTC πŸ”₯πŸ”₯

1- Acid folic 
Wajib ambik sebulan sebelum kehamilan dan tiga bulan pertama kehamilan. (Lepas tu biasa tukar Iberet , dll)
Penting sangat ambik asid Folik 
πŸ‘‰  https://shope.ee/99lrfaKvzO

2- Ovulation test kit (OPK) 
Ovulation Kit Predictor atau singkatannya OPK adalah alat tahu hari subur/ ovulasi. 
πŸ‘‰ https://shope.ee/10Q9wkYWFF

3- Thermometer BBT
Selain OPK, suhu badan pertama masa bangun pagi pun petunjuk hari subur kita. Inilah yang dipanggil Basal Body Temperature (BBT). Pastikan thermometer 2 decimal okeyyy
πŸ‘‰ https://shope.ee/2pro8Dtyzo

4- Supplement tambahan
Supplement tambahan penting bagi sedang TTC. Blackmores Multivitamin , Blackmores Fish Oil, Surbex zink & Himalaya Spemen untuk lelaki antara supplement yang bagus untuk TTC.Isteri amalkan Shavatri
fish oilπŸ‘‰ https://shope.ee/6KRgIueaxd
surbex zinkπŸ‘‰ https://shope.ee/2KvXXicNUn
himalayaπŸ‘‰ https://shope.ee/2VExkAuAvg
shatavariπŸ‘‰ https://shope.ee/7A0nJBehbF

5- Buat senaman & jaga pemakanan
Yang ni penting ya, stop makan makanan segera , fastfood & minuman manis. Lebihkan sayuran buahan CTH : tauge, brokoli & buah kiwi. Buat senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari 

6- Doa & sedekah
Ikhtiar terakhir jangan lupa doa bersungguh-sungguh nak zuriat , kalau boleh doa biar spesifik nak zuriat tahun ni & banyakkan bersedekah dekat baby & budak-budak serta anak yatim

Bagi yang dah berkahwin setahun ke atas, jangan lupa dapatkan nasihat doktor pakar sakit puan & check kalau ada masalah dalaman rahim, telur & fallopian tube okeyyy , suami pun buat ujian sperma
Jangan ler isteri je beriya2 ikhtiar (even pernah kawin duda/janda) πŸ˜‡

Sunday, July 24, 2022

TEMUDUGA TERBUKA JAWATAN KOSONG SYARIKAT LADANG HITAM DI MERANG SETIU. TERENGGANU 2022

TEMUDUGA TERBUKA JAWATAN KOSONG SYARIKAT LADANG HITAM DI MERANG SETIU.
 
Projek Penanaman Lada Hitam di Bukit Bidong, Meran Setiu akan membuat interview secara walk in di EMPAT Dun lokasi berkenaan.

Sila war-warkan kepada yang berminat dengan menghadiri temuduga tersebut dan membawa dokumen sokongan bersama resume bagi berminat.

Salah satu projek di bawah Setiu Gedung Pengeluaran Makanan Negeri Terengganu.

#GPMT #TerengganuMajuBerkatSejahtera

Friday, July 22, 2022

TIGA BEZA KEGUNAAN DIFFLAM DALAM MERAWAT SAKIK TEKAK DAN BATUK TAPI DIFFLAM HEXTRA PALING RARE

3 jenis Difflam yang berbeza dan kegunaan utamanya :

Difflam AB : Lozenge anti bakteria, untuk sakit tekak. Lebih kurang macam strepsil. Biasa jumpa perasa lemon, oren dan anggur.

Difflam anti inflammatory : Fungsi macam AB, tapi ditambah untuk kelegaan radang tekak. Kalau rasa tekak tu cam bengkak, sebab batuk, boleh try yg ni. Yg ni sugar free, tapi ada tambahan saccharin sodium sebagai pemanis tanpa zat.
Yang ni jumpa perasa honey lemon, raspberry dan eucalyptus menthol.

Difflam Hextra : Yang paling rare dan susah nk jmp skang ni. Yang ni kalau makan memang kebas mulut. Kalau dah kebas mulut tu memang kurang la rasa sakit kat tekak tu, dan juga di guna untuk melawan jangkitan dalam tekak. Mgkn boleh diguna untuk melegakan sakit tekak akibat C19.
Yang ni jumpa 1 perasa je wat masa ni, anggur.

boleh beli online..

Tuesday, July 19, 2022

SEMAKAN JADUAL PANGGILAN TEMU DUGA SPNT NEGERI TERENGGANU 2022

πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄ MAKLUMAN_TERKINI πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄

SEMAKAN JADUAL PANGGILAN TEMU DUGA BAGI JAWATAN:

► PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29

► PENOLONG PEGAWAI SYARIAH GRED LS29

Sila layari Portal Rasmi di http://spn.terengganu.gov.my

atau terus semak di link

Sunday, July 17, 2022

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Negeri Terengganu 17.7.2022 - 30.7.2022

IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi memohon jawatan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam Perkhidmatan Kumpulan Pelaksana. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang menetap di Negeri Terengganu.
1. Penolong Juruukur
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
3. Pemandu Kenderaan

CARA MEMOHON
1. Permohonan hendaklah dibuat terus secara ATAS TALIAN menggunakan Sistem e-Jawatan KETENGAH yang boleh dilayari melalui laman web rasmi KETENGAH, https://www.ketengah.gov.my atau terus ke https://ejawatan.ketengah.gov.my 

2. Pemohon-pemohon yang pernah memohon adalah dikehendaki memohon semula jika masih berminat dan layak.

3. Permohonan-permohonan berikut AKAN DITOLAK:-
(a)  Pemohon berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan; 
(b)  Tidak disertakan dokumen-dokumen yang diperlukan;
(c ) Maklumat tidak lengkap atau tidak terang;
(d)  Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di dalam iklan;
(e) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi Pegawai yang sedang berkhidmat

4. Tarikh Tutup Permohonan ialah pada 30 Julai 2022.

CATATAN AM
1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.
2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
3. Sebarang tuntutan perjalanan menghadiri temuduga jawatan ini adalah tanggungjawab sendiri.

#kplb #luarbandarsejahtera
#Ketengah #bersamamembangun

Tuesday, July 5, 2022

HEBAHAN IKLAN PENGAMBILAN JAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH41 DAN DH29 TAHUN 2022.

Permohonan atau pengemaskinian hendaklah dikemukakan secara dalam talian melalui portal https://myspp.spp.gov.my/myspp/ dan tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Julai 2022 (Ahad).

Monday, July 4, 2022

JENIS PANADOL DAN FUNGSI KEGUNAAN YANG WAJIB KITA KETAHUI - JANGAN SALAH MAKAN !!!


Panadol Actifast - merasakan kesannya dengan lebih cepat tapi tidak sesuai untuk pesakit darah tinggi.

Panadol Optizorb - cepat hancur di dalam badan dan lebih mudah dan cepat diserap. Kesannya dapat dirasai seawal 15 minit. Tidak mempunyai sodium, jadi ia sesuai untuk pesakit darah tinggi.

Panadol Extra - Kafein digunakan untuk mengurangkan sakit yang teramat sangat. Sesuai untuk masalah sakit kepala, migrain, sakit belakang, sakit gigi dan lain-lain. Bagaimanapun, ia tidak sesuai untuk wanita hamil dan menyusukan anak kerana mempunyai kandungan kafein.

Panadol Soluble - Sesuai digunakan oleh pesakit yang sukar untuk menelan ubat jenis tablet. Mempunyai kandungan sodium yang tinggi, ia tidak sesuai untuk penghidap darah tinggi.

Panadol Menstrual - untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut ketika datang haid.

Panadol Extend - mempunyai dua lapisan bagi memanjangkan tempoh penyerapan ubat. Kesan ubatnya akan lebih lama iaitu menjangkau lapan jam dan ia sesuai untuk pesakit kronik.


dapatkan panadol dishopee

πŸ‘‰https://shope.ee/6KR0oeNFmS

SEMAKAN KEPUTUSAN MENDUDUKI UJIAN SARINGAN PENGAMBILAN STAF PEBTADBIRAN UNISZA TERENGGANU 2022


Pengambilan Staf Pentadbiran 
(Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana)
Universiti Sultan Zainal Abidin Tahun 2022

Dimaklumkan bahawa semakan keputusan untuk menduduki ujian saringan pengambilan staf pentadbiran UniSZA bagi jawatan di bawah  boleh dibuat di laman sesawang UniSZA bermula pada 04 Julai 2022 – 16 Julai 2022:

i. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
ii. Penolong Pegawai Sains Gred C29
iii. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
iv. Penolong Pegawai Perikanan Gred G29
v. Penolong Pegawai Veterinar Gred G29
vi. Penolong Pegawai Belia & Sukan Gred S29
vii. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29
viii. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19
ix. Pembantu Kemahiran (Perkayuan/Mekanikal) Gred H19
x. Pembantu Awam Gred H11
xi. Pemandu Kenderaan Gred H11

Semakan juga boleh dibuat di pautan berikut: https://tinyurl.com/57vhe43w

PERHATIAN:
Sila benarkan popup atau tutup sebarang popup blocker di browser anda sekiranya PDF tidak tertera.

*sumber fb unisza

Saturday, July 2, 2022

JAWATAN KOSONG PERTIMA TRENGGANU SDN BHD -2022

Anda mempunyai pengalaman atau kepakaran dalam jawatan yang kami cari? Jom mohon dan sertai kami di Pertima Trengganu Sdn Bhd
Kenapa Pertima Trengganu Sdn Bhd?
.
✅ Merupakan Anak Syarikat Milik Penuh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT)
✅ Peneraju Utama Dalam Sektor Pembuatan Makanan Halal Dalam Tin Di Malaysia
✅ Pelbagai Faedah Menarik Disediakan
.
Berminat untuk sertai team kami? Hantarkan permohonan dan resume anda di emel pertima72@yahoo.com


sumber FB PERTIMA