KELAS KELAJUAN :
*ada 4 kelas kelajuan
*iaitu C10, C6, C4, C2
*C10 paling laju
*C2 paling perlahan
Kelas C2 sesuai untuk digunakan rakaman video berdefinisi biasa.
Kelas C4 dan Kelas C6 pula sesuai untuk digunakan pada rakaman berdefinisi tinggi.
Kelas C10 pula bersesuaian dengan kerja-kerja rakaman video HD penuh.
Selain dari empat kelas kelajuan berkenaan, terdapat lagi dua kelas yang lebih pantas : *Ultra High Speed (UHS) -direka untuk kegunaan profesional dan ia direka untuk digunakan pada peranti yang menyokong penggunaannya. U1 @ U3.
Sepatutnya, untuk kegunaan harian, penggunaan kad SD kelas C4 dan kelas C6 sudah memadai.
Kelas C10 pula sesuai digunakan untuk rakaman video berdefinisi tinggi dan foto berformat RAW berkualiti tinggi.
Kad SD kelas C2 pula, anda sebolehnya mengelak dari menggunakannya kerana faktor kelajuaannya yang memberikan kesan terhadap prestasi peranti anda. Hari ini, telefon pintar dengan harga di bawah RM500 pun mampu merakam video berdefinisi tinggi.
Terdapat juga sesetengah kad memori SD yang tidak dilabelkan dengan kelas kelajuan. Kelas ini dilabelkan sebagai Kelas C0 kerana ia dihasilkan sebelum kewujudan sistem pengkelasan kelajuan dan biasanya ia lebih perlahan dari Kelas C2.
Kapasiti dan format :
Sepertimana pemacu-pemacu lain, kad-kad SD hadir dengan pelbagai jenis kapasiti mengikut keperluan pengguna. Bezanya kad-kad SD hadir dengan tiga format yang berbeza, SD, SDHC, SDXC dan ketiga-tiga format ini tidak backward compatible di mana kad-kad baru tidak boleh digunakan pada peranti yang hanya menyokong format lama.
KELAS KELAJUAN TAMBAHAN:
Kelas kelajuan Ultra High Speed (UHS) direka untuk kegunaan profesional dan ia direka untuk digunakan pada peranti yang menyokong penggunaannya.
*U1
*U3
Ketiga-tiga format SD ini hadir dengan ciri-ciri berikut;
SD: Mempunyai kapasiti maksima 2 GB dan boleh digunakan pada mana-mana slot kad SD
SDHC: Mempunyai kapasiti sehingga lebih dari dari 2 GB dan maksima 32 GB dan boleh digunakan pada peranti yang menyokong SDHC dan SDXC.
SDXC: Mempunyai kapasiti lebih dari 32 GB dan mampu mencapai sehingga 2 TB. Bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, kapasiti maksima yang boleh diperoleh di pasaran mampu mencapai 1 TB.
Buat masa ini, format SD yang paling kerap di pasaran adalah SDHC. Manakala SDXC yang lebih baru, masih lagi jarang-jarang untuk diketemukan.
SDHC - tekno.lama ,saiz kecil max 32gb
SDXC - tekno.baru, saiz besar 1TB @ lebih
Pastikan ketika anda membuat pembelian kad-kad SD yang baru, anda telah menilai faktor kelajuan dan kapasiti yang anda perlukan berdasarkan kemampuan peranti-peranti anda.
Pilihan saya:
1. Smartphone 👉 C10, U1, SDHC
2. Dashcam/cctv 👉 C10, U3, SDXC
3. Kamera Digital 👉 C10, U3, SDXC
4. Peranti Game 👉 nintendo switch SDXC
5. Drone 👉 C10, U3, SDXC
Disyorkan SanDisk MicroSD Card
👉https://shope.ee/309rltS3lY
p/s : Betulkan saya kalau ada fakta kurang tepat..
No comments:
Post a Comment