Monday, March 7, 2022

BILA NAK BELI RUMAH NAK AMBIL MRTT ATAU MLTT, MANA PALING UNTUNG???

Bakal-bakal pembeli rumah. Info ini sangat2 membantu.

Ada yang dah beli, ada yang dah booking, yg tengah survey² pn ramai. So saya share ni dulu sbg panduan Tuan/Puan bab MLTT ni.

“Saya ada nak beli rumah ni. Tapi nak ambil MRTT ataupun MLTT ni? “
🏠Beza antara MRTT dan MLTT 🏠
Dua insurance rumah yakni perlindungan aset yang patut diambil tahu.
Ramai yang tidak ada ilmu pasal ini.

Bila submit loan , Bank akan meyakinkan anda untuk mengambil MRTT kerana itu keuntungan untuk mereka.
Persoalannya nak bagi untung dekat bank ataupun dekat diri kita sendiri?
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Disini yang “summarize “ kan untuk anda semua:
📌MRTT akan membiayai lebihan hutang sahaja.
📌MLTT pula satu “mechanism transfer of risk”
Kenapa saya bilang macam tu:
Contohnya jika harga Rumah : Rm297000
Situasi : Selepas 7 tahun bayar baki pinjaman tinggal Rm 160000. Owner Rumah meninggal dunia.
Jika MRTT : Bank hanya akan membayar lebihan baki pinjaman iaitu Rm160000 .
✅Dan rumah tersebut akan dapat kepada waris.
Jika MLTT: Waris akan menerima pampasan Rm297000 . Baki pinjaman Rm 160000 dapat dilunaskan .
✅Rumah tersebut akan dapat kepada waris.
✅Dan ada lagi lebihan sebanyak Rm 137000 untuk waris!
Itulah dia Hibah!
Kelebihan MLTT ini dia include sekali dengan hibah kepada waris kita.
Dan satu lagi kelebihan MLTT , ia bukan sekadar perlindungan untuk aset anda , ia juga tempat pelaburan.
Jadi dengan Ambil MLTT:
✅Protection Rumah dapat
✅Hibah dapat
✅Saving dapat
Jadi which one yang lagi menguntungkan kita?

#CreditfromAH

P/s : info tambahan 
nampak macam ada berat sebelah dalam perbandingan.. btw MRTT boleh masuk dalam loan,selepas itu hidup tenang...MLTT tak boleh.kalau ditakdirkan tak bekerja n tak mampu bayar bulan2 MLTT,automatik MLTT terbatal n rumah tu tiada insurans sekiranya meninggal dunia.dah la tak mampu bayar MLTT,ditakdirkan pula meninggal dunia.Isteri terpaksa bayar rumah tu bulan2..

#infohartanah

Kredit: Fadhli Ikram

No comments:

Post a Comment