Wednesday, January 12, 2022

Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (Smartphones) Bagi Anggota Perkhidmatan Awam ( Peraturan-Peraturan Dan Syarat-Syarat )

 


Peraturan-Peraturan Dan Syarat-Syarat Mengenai Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (Smartphones) Bagi Anggota Perkhidmatan Awam

Tujuan Pekeliling ini bertujuan untuk menetapkan syarat-syarat permohonan pembelian di bawah Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (Smartphones) bagi Anggota Perkhidmatan Awam. Pekeliling ini juga memperuntukkan tatacara kewangan dan perakaunan yang perlu dipatuhi oleh pihak yang bertanggungjawab memproses, meluluskan, mengurus dan menerima pembiayaan Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (Smartphones) ini.

Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (Smartphones) Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (Smartphones) adalah suatu kemudahan pembiayaan yang diwujudkan bagi membiayai pembelian komputer dan Telefon Pintar (Smartphones) oleh Pegawai Perkhidmatan Awam.

Syarat-Syarat Pembiayaan

Kelayakan :
*Pegawai Perkhidmatan Awam yang sedang berkhidmat, dilantik secara tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan layak memohon pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan ini. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 9.1 M.S. 4/15 
*Pegawai Perkhidmatan Awam yang telah membuat pinjaman pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (Smartphones) ini juga layak membuat permohonan pembiayaan setiap tiga (3) tahun dengan syarat pinjaman yang terdahulu telah diselesaikan. 

Amaun Pembiayaan :
*Amaun pembiayaan maksimum adalah sebanyak Ringgit Malaysia Lima Ribu (RM5,000.00) sahaja (bagi salah satu atau kombinasi kedua-duanya). 
*Amaun pembiayaan yang dibenarkan juga adalah tertakluk kepada pengiraan jumlah potongan bulanan bagi bayaran balik tidak melebihi 1/3 daripada gaji pokok dan semua potongan gajinya hendaklah tidak melebihi 60% daripada jumlah gaji pokok dan elaun-elaun. 

Pembelian komputer:
*Pembelian komputer yang dibenarkan adalah pembelian komputer baharu termasuk perkakasan dan perisiannya. 
*Komputer bagi maksud pekeliling ini dikelaskan kepada tiga (3) kategori seperti berikut: a) komputer desktop; b) komputer riba; dan c) komputer tablet. 
*Perkakasan bagi maksud pekeliling ini dikelaskan kepada tiga (3) kategori seperti berikut: a) mesin pencetak; b) mesin pengimbas; dan c) peranti pelbagai fungsi (multifunction device). 
*Pemohonan untuk membuat pembelian lebih daripada satu unit komputer adalah dibenarkan tetapi bukan dari kategori komputer yang sama. 
*Permohonan untuk pembelian komputer bersama lebih dari satu unit perkakasan adalah dibenarkan tetapi bukan dari kategori perkakasan yang sama. 
*Pembelian komputer di bawah pakej jalur lebar dibenarkan tetapi pembiayaan tidak termasuk bayaran langganan bulanan. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 9.1 M.S. 5/15 
*Urus niaga pembelian komputer hendaklah dilakukan di dalam Malaysia. 

Pembelian Telefon Pintar (Smartphones):
*Pembelian telefon pintar (smartphones) yang dibenarkan adalah pembelian telefon pintar (smartphones) baharu termasuk perkakasan tambahan. 
*Pemohonan untuk membuat pembelian lebih daripada satu unit telefon pintar adalah tidak dibenarkan sama sekali. 
*Pembelian telefon pintar (smartphones) di bawah pakej jalur lebar dibenarkan tetapi pembiayaan tidak termasuk bayaran langganan bulanan. 
*Urus niaga pembelian telefon pintar (smartphones) hendaklah dilakukan di dalam Malaysia. 6. 

Permohonan Pembiayaan :
*Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (smartphones) Anggota Perkhidmatan Awam (Borang Kew. 317) seperti yang dilampirkan di Lampiran A. Borang Permohonan hendaklah disediakan sebanyak tiga (3) salinan dan dikemukakan kepada Bahagian Kewangan Kementerian/Jabatan Pegawai. 
*Permohonan hendaklah disertakan dengan sebut harga dengan menyenaraikan butiran yang hendak dibeli. Sebut harga daripada pembekal yang berdaftar berdasarkan undang-undang di Malaysia sama ada diperoleh secara terus atau atas talian (online) adalah diterima.  

Jadual pembayaran pinjaman :

*tambahan: dokumen perlu disertakan

Boleh baca maklumat dengan lebih detail : WP 9.1 - Pekeliling Perbendaharaan Pinjaman Kerajaan

No comments:

Post a Comment