*Program Vaksinasi Covid-19 Secara Walk-In di Negeri Terengganu*
Sehingga 2 September 2021, 84.8% daripada populasi di Negeri Terengganu telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin Covid-19. Untuk meningkatkan lagi pencapaian dan memastikan imuniti kelompok (herd immunity) dalam kalangan rakyat Terengganu dapat dicapai dalam masa terdekat, CITF Negeri Terengganu telah bersetuju untuk membuka program vaksinasi secara walk-in di semua PPV Awam dan PPV Integerasi bermula pada 5 September 2021 di setiap daerah di Negeri Terengganu.
Vaksinasi secara walk-in di PPV ini terbuka kepada pemastautin Negeri Terengganu SAHAJA dan mereka yang memenuhi kriteria berikut:
1. Berumur 18 tahun dan ke atas
2. Warganegara Malaysia
3. Mereka yang telah mendaftar atau belum mendaftar melalui MySejahtera/MyVas dan belum mendapat temujanji suntikan, layak untuk hadir secara walk-in. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang telah mendapat temujanji suntikan melalui MySejahtera, sila patuhi temujanji tertera.
4. Tercicir temujanji asal samada dos pertama atau dos kedua.
Ayuh! Dapatkan vaksin Covid-19 Segera. Tindakan anda dapat menyelamatkan nyawa diri dan komuniti.
#LindungDiriLindungSemua
No comments:
Post a Comment