Maklumat mengenai negeri terengganu, pekerjaan, rakyat, lokasi perlancongan, makanan, pantai dan pelbagai..
Sunday, September 26, 2021
TABUNG PINJAMAN PEMBINAAN RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI OLEH KERAJAAN NEGERI TERENGGANU 2021
PERUMAHAN RAKYAT (PPR) BUKIT NANAS, KUALA NERUS. TERENGGANU
PENGAMBILAN KHAS CALON TIADA IKHTISAS PENDIDIKAN TUTUP 10 OKTOBER 2021
Saturday, September 25, 2021
Thursday, September 23, 2021
Semakan Status Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal Pengambilan Khas Bukan Bumiputera bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki dan Wanita) Bermula 27 September 2021 hingga 17 Oktober 2021.
Tuesday, September 21, 2021
Dapatkan e-baucar KFC Snack Plate dengan promosi Beli 1 Percuma 1
Tuesday, September 14, 2021
IKLAN JAWATAN KOSONG - Duyong Marina & Resort TERENGGANU tutup 30 september 2021
Tuesday, September 7, 2021
SCAMMER - SKIM CEPAT KAYA SIMPAN EMAS TOK BELAGAK YANG AKHIRNYA RAMAI BERGADAI
Tok Belagak adalah nama yang tidak asing lagi bagi orang Melayu suatu ketika dahulu. Jika anda masih ingat insan inilah yang melahirkan ramai Melayu yang kaya sekelip mata dan Melayu yang papa kedana sekelip mata.
Darul Emas Perak Berhad atau DEPB iaitu sebuah syarikat pelaburan emas yang pernah menggegarkan dunia pelaburan emas di Malaysia suatu ketika dahulu. Tidak hairanlah jika aada yang mengatakan bahawa skim pelaburan syarikat tersebut telah melahirkan ramai ‘Jutawan senyap’ rata-rata dari kalangan anak melayu kita di Malaysia.
DEPB dimiliki oleh Hanarudin Baharudin atau lebih dikenali ramai sebagai Tok Belagak, pakar manipulasi Emas telah memulakan skim pelaburan emas awal tahun 2013 (atau mungkin sebelum itu lagi) yang menjanjikan keuntungan bulanan yang lumayan kepada pelabur. Beliau juga aktif menganjurkan seminar pelaburan emas bermula sekitar tahun 2013.
Pelaburan DEPB berkembang dengan begitu pantas dengan dibantu oleh ejen-ejen yang dilantik yang digelar sebagai “Wakalah”.
Terdapat beratus-ratus Wakalah di bawah DEPB dan angka itu mungkin lebih tinggi jika diambil kira Wakalah yang tidak berdaftar dengan DEPB.
Skim pelaburan ini menjadi semakin popular dengan tersiarnya video temuramah pengelola skim pelaburan emas, Tok Belagak dengan Astro Awani yang membuatkan lebih ramai lagi pelabur mempercayai skim pelaburan emas anjuran DEPB.
*boleh lihat video di youtube
Dipetik dari temuramah tersebut, Tok Belagak menyatakan bahawa beliau mempunyai kapasiti emas sebanyak ‘3 Tan’ dan tambahan ‘0.5 Tan’ barang kemas di bawah syarikat beliau. Ramai pelabur-pelabur ketika ini melonjak gembira dan memuji-muji kejayaan beliau sehinggakan menarik pula rakan-rakan dan ahli keluarga untuk turut serta dengan pelaburan yang menampakkan hasil begitu pantas ini. Lebih menyedihkan, ramai pelabur-pelabur yang sanggup membuat pinjaman bank, ‘personal loan’, meminjam dari ‘ah-long’, mencagar tanah, harta dan sebagainya hanya untuk mendapatkan sejumlah wang yang besar untuk dilaburkan di dalam skim pelaburan emas ini.
Pada bulan Oktober 2014, pengelola skim pelaburan emas DEPB telah mengeluarkan kenyataan dimana skim pelaburan mereka terpaksa dihentikan atas sebab tidak mematuhi parameter-parameter syariah. Di dalam kenyataan tersebut, Tok Belagak juga menyatakan bahawa pihak DEPB akan memulangkan pelaburan yang akan disalurkan melalui ejen-ejen (Wakalah) mereka secara berperingkat bermula dari penghujung 2014.
Pada ketika ini, pelabur-pelabur mula tersedar bahawa mereka telah tertipu dan mula berang, menyerang laman sosial Tok Belagak, ‘page’ dan ‘group’ yang berkaitan. Tok Belagak ketika ini dengan begitu yakin dan berani berdepan dengan kemarahan pelabur-pelabur dengan memberi jaminan bahawa semua wang pelaburan mereka akan dikembalikan. Ada dikalangan pelabur yang mengugut ingin membuat laporan polis dan Bank Negara Malaysia namun dengan bijaknya Tok Belagak menyatakan bahawa jika mereka berbuat demikian, besar kemungkinan wang pelaburan mereka tidak dapat dikembalikan kononnya akibat campurtangan pihak berkuasa.
Ramai pelabur akhirnya membuat keputusan untuk hanya terus menunggu wang mereka dikembalikan. Ada yang mengatakan ‘Dapat balik modal separuh pun jadilah’, ‘Tak dapat duit, bagi balik jumlah emas yang kami beli’ dan banyak lagi keluhan, harapan, dan kemarahan yang dilontar tetapi tidak mendatangkan kesan.
Apa Tindakah Dari Pihak Berkuasa?
Pada penghujung September 2016, Tok Belagak telah ditahan polis atas sebab menjadi dalang sindiket penipuan pelaburan emas. Tok Belagak yang ketika itu berusia 51 tahun ditahan polis setelah menerima laporan daripada seorang individu yang mendakwa menjadi mangsa penipuan sindiket terbabit dengan nilai kerugian RM80,900.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan, berkata pengadu mendakwa mengetahui mengenai pelaburan emas itu melalui laman sosial Facebook pada Ogos 2014 dan diperkenalkan kepada syarikat milik suspek oleh seorang ejen.
“Mangsa yang berminat dengan pelaburan itu kemudian menyerahkan wang pelaburan berjumlah RM80,900. Bagaimanapun, selepas pembayaran dibuat, mangsa tidak mendapat emas seperti nilai yang dilaburkan dalam tempoh yang dijanjikan.
Dimanakah Tok Belagak Sekarang?
Ramai yang tertanya-tanya apakah kesudahan kes ini? Dan masih ramai lagi yang berharap mendapat pulangan wang pelaburan mereka. Namun bertahun lamanya, tiada sebarang berita. Semakin lama isu ini semakin dilupakan, sudah tidak hangat diperkatakan. Disebalik harapan yang masih tersimpan, semoga ini menjadi pengajaran kepada kita semua bahawa tiada jalan mudah untuk mencapai kekayaan segera. Akhirnya kita menderita, Tok Belagak entah di mana.
Ada yang pernah hantar gambar di laman sosial kelibat Tok Belagak dilihat menjadi ‘taukey’ restoran sekarang? Ada yang cakap beliau masih aktif menjual emas untuk mencairkan modal-modal pelabur. Ada yang cakap beliau dalam penjara. Yang mana satu betul? Jom kongsi di bahagian komen, agar semua orang dapat baca perkembangan isu ini.
Pengajaran Dari Kisah Ini
Tiada jalan pintas untuk menjadi kaya. Orang yang tamak selalunya rugi. Lihatlah berapa ramai yang menjadi mangsa “sontot” emas dari DEPB ini. Ada yang masih menanggung beban hutang sehingga sekarang disebabkan sifat tamak mahu kaya cepat(majoriti buat pinjaman peribadi).
*sumber - https://www.blogammar.com/masih-ingatkah-tok-belagak/
HEBAHAN: SEMAKAN KEPUTUSAN MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN SECARA ATAS TALIAN BAGI PERMOHONAN JAWATAN KOSONG DI HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (HPUniSZA) PENGAMBILAN TAHUN 2021
Monday, September 6, 2021
JAWATAN KOSONG LEMBAGA GETAH MALAYSIA - TUTUP 20 SEPTEMBER 2021
Friday, September 3, 2021
Program Vaksinasi Covid-19 Secara Walk-In di Negeri Terengganu
Thursday, September 2, 2021
UPDATE MALAM INI FUNGSI BAHARU MYSEJAHTERA - CHECK OUT DAN STATUS VAKSIN
Wednesday, September 1, 2021
SEMAKAN KEPUTUSAN TEMU DUGA BAGI JAWATAN KOSONG SPNT KERAJAAN NEGERI TERENGGANU 2021
RUMAH PANGSA MAMPU MILIK (RPMM) TOK JEMBAL- KUALA NERUS TERENGGANU 1.9.2021 - 31.10.2021
2. 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).
3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.
4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 3,500 sebulan.
Pendapatan minimum RM 1,500 hingga pendapatan maksimum RM 4,000 bagi perumahan awam dan
Pendapatan minimum RM 2,000 hingga pendapatan maksimum RM 4,500 bagi perumahan swasta.
7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.
JENIS B
1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
2. 21 tahun keatas
3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500.
4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 7,000 sebulan.
7. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500 sebulan.
8. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.
RPMM TOK JEMBAL
01/09/2021 - 31/10/2021
Mempunyai 5 Blok Pangsapuri Mampu Milik 5 Tingkat (160 unit kediaman). Juga mempunyai kemudahan seperti Surau, Dewan Terbuka, Pejabat Pengurusan dan sebagainya. Berharga RM80,000.